Pengiraan Kos Sebenar 4H 3M Ke Thailand



 Assalamualaikum.

Oleh kerana ada yang nak tahu tentang kos keseluruhan kembara selatan Thai keluarga kami bulan Februari lalu, inilah kos sebenar enam orang sewaktu ke Yala-Narathiwat-Phattalung-Thailand. Walaupun ada seorang budak 12 tahun, dia makan macam dewasa 22 tahun 😄

Kos petrol dan makan paling tinggi selain penginapan jadi kena bajet dalam RM500 seorang termasuk insurans Thailand (setakat ni tak jumpa lagi ejen yang promote takaful motor di sana). Insurans Thai ada compulsory dan voluntary. Kami beli dua-dua kerana malang tak berbau. Kalau nasib tak baik berlaku kemalangan macam mana nak bayar? Lagipun kos balik berjalan sendiri lebih murah daripada 'berbungkus'. Why take the risk, ye tak?

Sebagai Menteri Kewangan, aku asingkan duit dalam tiga angpow packet:

1. Untuk makan - aku bajet seorang RM20 sekali makan. Biar lebih supaya tak stress.

2. Untuk petrol - minyak mahai... bajet RM5.50 seliter

3. Untuk hotel dan aktiviti - hanya satu resort bayar di sana. Aku asingkan duit untuk berkayak dan water slide. 

Balik Malaysia duit masih berbaki dengan nilai bersamaan RM900. Happy ending 😄

Semoga membantu.

 



Post a Comment

0 Comments