Papantanda Merengsa Mata | Papantanda berfungsi membantu menunjuk jalan ke sesuatu tempat. Tulisannya besar dengan penggunaan huruf besar dan kecil serta ejaan yang betul.
Pernah tengok papantanda taman macam yang di Seremban ni tak? Aku takde masalah dengan warna atau bentuknya, nampak moden, tapi bukankah logo Majlis Bandaraya Seremban lebih sesuai diletakkan di bucu atas yang runcing tu dan nama taman disusun melintang? Apolah motif buek macam tu... teleng kepalo maco eh. Apasal tak melintang aje? Tak paham den. Ontah apo logik ea entah.
Tak pasti juga apa keperluan meletakkan koordinat kerana kebanyakan kita menggunakan google map/waze untuk ke sesuatu tempat. Set nama lokasi terus dibawanya ke sana.
Sebenarnya aku pernah komen di facebook page MBS tapi takde response. Buka lagi taman baru macam tu juga. Setakat ini aku pernah emel tiga kali untuk tiga isu berbeza tapi satu sahaja yang bagi maklum balas, itu pun dia kata nanti saya forward kepada jabatan berkenaan. Lepas tu senyap. Entahlah MBS ni, ramai orang muda kerja sana yang sudah pasti mahir dengan media sosial.
Tu belum lagi nak komplen daun dan dahan pokok yang menutupi papantanda sampai tak jelas apa benda ditulisnya. Belum lagi nak komplen rumah ibadat haram yang bersepah-sepah tak diambil tindakan. Masa kecil tak nak cantas. SEMUA tanah ada tuan, jangan main ceroboh je.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.