Day 3- Road Trip Phattalung-Hatyai | Halluuu....
Aku dari Malaysia lagi nak ootd kat Seaverse Cafe tapi bebudak ni nampak penat dan lapar jadi terus je ke restoran di simpang masuk ke Central Mosque of Songkhla. Tak tau namanya sebab hanya ada signboard "Halal Restaurant" je. Kami kena dalam RM18 seorang, tahun sebeum kena separuh je, agaknya dulu salah kira kot.
Kemudian kami ke Masjid Songkhla yang dikatakan ala Taj Mahal dan popular di kalangan orang yang nak berpoligami. Barulah cantik ambil gambar post wedding ye tak? 😊
Pinjam Exora allahyarham abah buat kali ketiga. Terima kasih abah 😢
Kita bikin romantis... bikin paling romantis 🎵🎵. Di depan Central Mosque of Songkhla.
Kali ni bergambar je tak masuk solat pun.
Malam Di Hatyai
Oleh kerana kami berada di Hatyai pada hari Isnin jadi tak dapatlah kakak tengok Khlong Hei floating market. Selepas Maghrib kami terus ke Central Festival tengok apa yang menariknya di sana. Setelah beberapa kali ke bandar Hatyai inilah kami pertama aku masuk shopping mall. Kita tak berapa minat wak. Parking free, masa masuk tu mereka minta kad pengenalan atau passport.
Takde jualan murah dah masa ni. Kalau ada nak beli sesiap pakaian raya anak-anak tapi bila harga normal aku rasa lebih baik beli di Malaysia je. Aku beli makanan yang dijual di kiosk je. Eh madu pun, yang dalam tiub macam ubat gigi. Pengeluar produk Thailand memang memudahkan kehidupan manusia, boh dalam tiub senang untuk dibawa ke mana-mana tak perlu bawa sudu. Tengok je lah barangan pencuci muka dan produk kosmetik dalam sachet di 7E, sangat memudahkan traveler. Kita bukan nak guna banyak pun.
Selepas tu kami ke pasar malam di Lee Garden Plaza. Pelancong Malaysia sesaje kat situ tapi dah tak semeriah cuti raya Cina sebab minggu tu dah minggu akhir cuti persekolahan akhir tahun. Orang sibuk nak ke sekolah kami baru berjalan. Buku dah beli apadehal ye tak? Yang penting beli buku dulu. Selepas beli kacang dan t-shirt yang lelaki pun balik ke bilik sementara aku dan kakak pi berurut. Tak best lah kedai yang staf pakai t-shirt pink tu. Berurut dalam lampu terang bederang, tak jaga privacy dan dia banyak urut pakai lengan bukan jari. Ada lagilah yang aku tak satisfied. Lepas bayar aku menonong keluar, no tips. Tak puas hati maka no tips lah.
Berpagian Di Kim Yong Market
Keesokan paginya kami terus ke Kim Yong market untuk beli kacang lagi. Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah masuk yang dalam bangunan tu, rupanya kedai kacang buka 24 jam. Ya Allah rasa nak beli semua! Selain kekacang buah zatun dan kiwi kering pun ada. Aku perasan atas penimbang tu ada banyak getah sedangkan mereka tak ikat plastik pembungkus dengan getah. Adakah sebagai pemberat? Banyak eh tapi disebabkan ramai pelanggan aku kunci mulut. Lenkali aku tanya.
Salah satu kedai kacang di Kim Yong Market.
First round di Bazin Dimsum Halal. Suka benar mereka makan dimsum. Breakfast je RM100+. Pitam bawa bebudak ni.
Untuk kesekian kalinya kami sarapan pagi di Bazin Dimsum Halal sebab anak-anak suka makan di sini lagipun roti canai pun ada. Harga satu bekas dah naik ke 25 baht tapi rasa masih sama sedapnya. Next time aku nak tempat lainlah, mungkin Chabura sebab mereka tak pernah cuba lagi. Jika ke sini sila parkir depan 7E di stesen minyak PTT. Hari Ahad boleh ke Hatyainai berjalan kaki je dari kedai ni.
Dah tak tahu nak ke mana kami ke Yanyong Market tapi peniaga pun dah nak balik. Pukul 11 pagi pun kemain panas weh.
Selepas di congak jarak ke beberapa sempadan negara, kali ini kami balik ke Baling melalui imigresen Danok/Bukit Kayu Hitam. Laa... baru tahu dari Hatyai ke sini cuma 57km je. Besar juga pekan Danok dan sangat dekat dengan imigresen, patutlah orang tempatan kita asyik ke sini je.
Maka berakhirlah percutian di selatan Thailand buat kali ini. InsyaAllah kami akan datang lagi.
💓 Amazing Thailand.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.