Thailand | Day 2 Part 2 - Road Trip Pattani-Phattalung (Nhanmoddang Kayaking lagi!)



Day 2 Part 2 - Road Trip Pattani-Phattalung (Nhanmoddang Kayaking lagi!) | Dari Masjid Kerisik kami meneruskan perjalanan ke Phattalung. Rancangan asalnya nak terus ke Nhanmoddang Kayaking tapi anak ajak ke Route 41 Steak House di Cowboy Town. Memang ada aura pekan koboi walau tepi jalan besar. Dia kata, "halal Ma!". On...

Masa kami sampai tu hanya ada satu meja kosong di dalam. Semua pakat nak duduk dalam ekon blake padahal banyak meja kosong di luar. Malas ah, berlengas. Masa tu dah pukul lima petang jadi aku kata kat anak-anak jangan order banyak sebab makan malam akan dihantar jam 6.30 petang nanti. Ehh... tak dengar bebudak ni. terutama si adik yang sambut birthday semalam. Kami makan beberapa jenis western food tapi spagetti carbonara kuat betul rasa susu macam susu budak hahahha... Di sini juga ada kedai cenderahati untuk dibuat kenangan tanda hadir.


Penuh sticker menunjukkan betapa ramainya rider dah sampai sini.


Dari Route 41 ke Nhanmoddang di Pa Phayom 34 km lagi. Check-in process smooth je dan kali ini kami stay bilik jenis lain dan minta extra bed. Bilik agak besar tapi tak secantik yang tahun lepas, yang berbentuk sarang tempua (takde bajet walaupun THB1900 sahaja sebilik). Mereka caj 250 baht sahaja untuk tilam, selimut, bantal dan tuala. Bila masuk ala... tak tambah ekstra bed pun takpe sebab sofa pun selesa.

6.30 petang makanan sampai dan kami bayar terus kepada pekerja tu. Di Phattalung pun ramai muslim jadi bila kita request makanan halal pihak resort akan tempah dari luar. Alhamdulillah sedap dan berbaloi dengan harga 530 baht untuk enam orang. Malamnya takde ke mana sebab nak ke bandar pun jauh, pasar malam kecil je tak padan dengan effort, minyak dahlah mahal, jadi kami layan bebudak ni pergi 7 Eleven je... entah apa dibelinya asal masuk 7E je membeli.

Sebenarnya sejak kali pertama ke sini dah rasa seronok. Suka suasana resort yang luas, hijau, senyap, harga bilik dan aktiviti yang murah dan paling penting, Thai hospitality. Belum jemu lagi. Disebabkan dua tahun lepas dah banyak ambil gambar sekitar resort ni, kali ini kami bergambar waktu malam pulak dari resort membawa ke tengah jalan hahahhaa... Jalan kampung.. memalam tak banyak kereta tapi laju berdesup. Kalau kena langgar terus masuk alam lain. Cuma, kalau ke sini lagi nak bilik tahun lepas, rasa have have sket 😁

Keseluruhan perjalanan hari ini sejauh 334.2 km. Tak rasa penat duduk lama dalam kereta sebab minda dah bersedia.


Berkayak Di Sungai
Anak tanya, sarapan mereka hantar ke bilik ke?

hahahha...takdo jang, tahun lepas duduk bilik mahal dia hantarlah 😁. Kali ini kita kena bergerak ke tempat sarapan di tepi sungai sana. 


Kira-kira 8.20 pagi kami dihantar dengan trak pikap ke hulu sungai untuk berkayak. Ini kali pertama kakak berkayak, dengan mak hang kena buat aktiviti ginilah (next year kita ajak ziplining pula 😍). Aku suruh Bangteh naik seorang dia takut walau dah besar panjang jadi kami naik berdua dengan dia duduk di depan. Adik pilih abang, dia tak nak naik dengan ayah hahahhaha... trauma dia dengan pengalaman lalu hahahha... Kakak naik dengan ayah. Guide kami muda kali ini.

Maka berkayaklah kami. Selain kakak, yang lain merasai pengalaman kali kedua. Bangteh bila dah dapat tune dia tak bagi dah pengayuh kat aku. Adik pun seronok dapat berkayuh bila abang sibuk rakam video. Yang tak dapat tune sampai ke sudah apaknya, dia terbalik di tempat yang sama dengan aku tahun lepas! hahahhah.... apo.... teringat guide tahun lepas yang cemas kemudian suruh aku pindah ke kayak dia. 

Depan resort. Resort ini di kedua-dua belah jalan.

Hanya THB950 satu malam. Kalaulah nilai MYR dan THB macam dulu lagi berbaloi. Kita sama-sama doakan ekonomi Malaysia terus maju jaya agar semua dapat menikmatinya.

Balik dari 7E kami gasak bergambar di sekitar resort.






Di sesetengah tempat air sungai cetek sebab tu tersangkut.

Selepas dua tahun banyak binaan chalet baru di tepi sungai ni. 

Kakak dan ayah.


Menang pertandingan kayak cewahhh..

Berkayak enam kilometer ni sepatutnya maksima tiga jam aje tapi kami buat empat jam. Kami semua salahkan apaknya sebab manjang ke tebing sungai, tersangkut di batu dan terbalik. Manjang tersangkut je. Air sungai agak cetek tapi orang lain bila tersangkut tak payah turun dari kayak pun 😄. Takpelah, nanti kita cuba lagi tahun depan atau nak cepat kita try di Gopeng pula. Puas hati dapat berkayak di sini lagi anak-anak pun happy.

Habis je berkayak aku tanya mereka nak main water slide tak? TAK NAKKKK.... hahhahahah...tak tahulah penat ke takut 😄

Selepas check-out kami memandu 139 km ke Hatyai. Selalu aku cakap, Hatyai takde apa sangat selain makan dan massage, hang kena keluar dua jam dari Hatyai untuk menikmati pengalaman lebih menarik di Phattalung atau Satun.

Stay tune.











Post a Comment

0 Comments