Thailand | Day 2 Part 1- Road Trip Narathiwat-Pattani-Phattalung



Day 2 Part 1- Road Trip Narathiwat-Pattani-Phattalung | Di Pattani kami nak pi satu tempat je iaitu Krue Se Mosques atau Masjid Kerisik @ Kersik (Bahasa Thai: Matsayit Kruese มัสยิดกรือเซะ).

Menurut sejarah yang diceritakan, sewaktu pemerintahan kerajaan Ayutthaya, Pattani ialah sebuah pelabuhan dagang yang penting. Oleh yang demikian Masjid Kerisik dikatakan dibina dalam tempoh itu (abad ke-16) oleh pedagang Arab.

Rekaan bangunan dibuat oleh Shaykh Safiyuddin Al Ismaas dengan rekabentuk pintunya bercirikan timur tengah. Batu-batanya diikat dengan campuran beras pulut hitam, kulit kerang, telur putih dan manisan cair. Resipi bahan melekat binaan batu ini hampir sama dengan bangunan Taman Sari Water Castle di Yogyakarta. Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Sultan Muzaffar Shah.

Masjid ini telah didaftarkan sebagai monumen purba oleh Fine Arts Department pada 1935 dan sedikit pengubahsuaian dilakukan dua tahun selepas itu. Kerja-kerja pengubahsuaian yang lebih besar dilakukan pada strukturnya pada 1957 dan 1982. Pengubahsuaian selanjutnya pula selesai pada 2005. Walau bagaimanapun masjid ini hanya mampu memuatkan kira-kira 200 jemaah dalam satu masa. Untuk rekod, masjid ini hanya digunakan untuk solat lima waktu dan tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat.

Masjid ni letaknya di tepi jalan besar jadi senang senang jumpa.




Sisi kanan.

Sisi kiri.




Tragedi Berdarah Di Masjid Kerisik
Setiap 28 April masyarakat di kampung ini akan mengingati peristiwa berdarah yang berlaku di Masjid Kerisik pada 2004 di mana seramai 32 umat Islam yang juga kumpulan tabligh terbunuh dalam tembakan dan serangan bom oleh tentera Thailand.

Dalam kejadian itu pada pemuda yang berada di dalam masjid telah dikepung tentera Thailand dan pihak tentera telah mengarah semua yang tidak berkenaan dengan pemuda tabligh keluar. Tentera Thailand juga meminta kumpulan tabligh menyerah diri namun mereka enggan. Setelah itu mereka ditembak bertalu-talu dan masjid dibom. Allah! 32 orang anak suami bapa mati ditembak dan dibom pada awal pagi. Penduduk dimaklumkan semua yang berada di dalam masjid mati. Mayat bergelimpangan 😢😢😢. 

Bumbung masjid hancur dalam tragedi itu dan sehingga kini kesan tembakan pada papan tanda masih ada. Kesan tembakan di dinding, dinding yang pecah sudah dibaik pulih dengan peruntukan Kerajaan Thailand.

Ramai pelancong Malaysia ke sini untuk melihat sendiri masjid yang pernah menyimpan sejarah hitam yang mengorbankan pemuda-pemuda muslim berusia 20-40-an dari Pattani dan Narathiwat. Kiranya lawatan ke Masjid Kerisik bukanlah lawatan suka suka, ia lawatan mengingati peristiwa sedih dan memberi pengajaran sepertimana orang pergi ke Laut Mati. Kembara itu meluaskan pandangan kita dan untuk kita mengambil iktibar.


Alamat Masjid Kerisik:
Highway No. 42 (Pattani- Narathiwat route) di Ban Krue Se Mueang Pattani, Pattani.
(Ban = kampung)

Gerak lu.

Post a Comment

0 Comments