The Hooton Retreat, Kuala Klawang | Setiap hari mengulang rutin yang sama pasti membosankan. Orang kata hidup tapi tak berjiwa. Sesekali nak juga keluar dari kebiasaan berehat di tempat yang damai dan menenangkan fikiran. Penat setiap hari hadap traffic jam kan?
Aku rasa masih ramai yang tidak tahu tentang wujudnya The Hooton Retreat di Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Kuala Klawang selama ini terkenal dengan aktiviti white water rafting di Sungai Kenaboi, geng berkhemah dah kaki panjat gunung je. Jalan ke Kuala Klawang di hari biasa pun sunyi je selepas jam lapan pagi (selepas waktu masuk pejabat).
Selamat Datang Ke Hooton Retreat!
Macam mana nak bunyikan Hooton tu? Selama dua hari kami di sini kami dok sebut Huton, dalam video pun sama sehinggalah beberapa orang staf hantar kami ke kereta masa nak balik staf tu cakap, welcome back to “hutan!”. Eh…hahahhahah… itulah orang kata malu bertanya sesat jalan. (Fyi lawatan ke Hooton dah lama dah).
Okay sambung.
Aku telah lama teringin nak glamping, nak duduk di kawasan nyaman tak kiralah di resort dalam hutan atau kawasan sejuk seperti Kundasang. Bila sampai tu oh wow luasnya! Penuh pokok durian! Soalan pertama aku, kalau menginap di sini di musim durian dapat makan free tak?
Kena bayar kak. Alaa…
Hootan Retreat ini yang jaraknya 110km dari Kuala Lumpur dikelilingi kebun buah-buahan dan hutan. Ia agak ke dalam sedikit tapi ada papantanda yang akan membawa ke sini. Fasiliti yang ditawarkan setaraf dengan resort di tempat lain, lengkap. Sangat bagus bawa anak-anak kecil supaya mereka boleh bebas bermain bergelak ketawa di kawasan lapang sambil berguling atas rumput.
Pemilik resort ini telah membeli satu tanah kebun yang luas tapi hanya sebahagian sahaja dijadikan kawasan percutian. Kebanyakan pokok dikekalkan kerana ia menjadi landskap yang menarik. Suasana di sini sentiasa sunyi tetapi pagi dan malam lebih indah dengan bunyian burung dan serangga serta bauan rumput.
Selain bilik-bilik separa bulat separa telus (semi transparent) ada juga bilik biasa. Kalau hang tengah honeymoon sewa bilik honeymoon. tok sah risau aih, bilik jauh jauh 😁 Nak berenang kolam renang ada. Nak barbecue ada tempat bakarnya. Nak hiking, aturkan saja bersama pihak resort. Nak buat flying fox pun boleh. Ini yang best!
Flying fox ni pendek je tapi sesuailah untuk yang baru nak mencuba.
Secara keseluruhannya menginap di sini memuaskan hati termasuk bab makan. Cuma aku rasa ‘kubah’ aku tu agak hangat kalau tak buka tingkap kecil walau cooling tower terpasang. Bila buka tingkap rasa nyaman je.
The Hooton Retreat ialah destinasi untuk kesihatan dan peremajaan. Balik dari sini terasa segar minda dan badan.
Lot 2773, Jalan Kuala Klawang - Simpang Pertang
Mukim Pertang
72300 Kuala Klawang
Negeri Sembilan
Tel : 019-208 0633
Mukim Pertang
72300 Kuala Klawang
Negeri Sembilan
Tel : 019-208 0633
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.