Masjid Putra, Putrajaya



Masjid Putra, Putrajaya | Masjid Putra atau Pink Mosque merupakan mercu tanda yang paling popular di Putrajaya. Lokasinya strategik bersebelahan dengan Perdana Putra, kompleks Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Tasik Putrajaya.


Masjid yang boleh memuatkan 15,000 jemaah ini dimulakan pembinaannya pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian. Menggabungkan konsep seni bina tradisional Melayu dan Timur Tengah, menggunakan kepakaran tempatan berinspirasikan muslim Parsi ketika zaman Safavid. 

Bangunan berkubah berwarna merah jambu dibina dengan granit berwarna kelopak mawar seperti warna bangunan-bangunan di Jaipur. Kubah selebar 36 meter persegi di kelilingi oleh lapan lagi kubah kecil di kesemua sudut masjid. Dipengaruhi rekabentuk Masjid Sheikh Omar di Baghdad, menara lima tingkat setinggi 166m memberi maksud Rukun Islam yang lima. Manakala ruang bawah tanah diinspirasikan dari Masjid King Hassan di Morocco. Pintu dan panel tingkap pula menggunakan kayu cengal, kayu keras yang tahan lama.

Masjid ini terdiri daripada tiga kawasan berfungsi utama iaitu dewan solat, Sahn atau halaman dan pelbagai kemudahan pembelajaran dan bilik majlis.

Mercu Tanda Popular di Putrajaya
Masjid Putra sangat popular dikalangan pelancong tempatan dan asing. Kiranya sesiapa yang pertama kali ke Putrajaya pasti akan ke sini untuk ‘check-in’. Tidak lengkap lawatan ke Putrajaya tanpa menjejakkan kaki ke sini malah bagi aku yang berkali-kali ke wilayah ini disebabkan tugasan, jika kena masanya dan mudah pula dapat parkir aku akan solat di sini (Masjid Besi pun best juga). Makcik pakcik dari kampung pun selalu dibawa melawat Putrajaya ketika kempen pilihanraya.

Teringat semasa di Langkawi tahun lalu, pelancong China yang di depan aku kata dia akan ke Melaka pula dan singgah ke Masjid Putrajaya sebelum terbang balik. Kengkawan dari Indonesia tiada yang belum pernah ke masjid indah ini apatah lagi yang bekerja sebagai pemandu pelancong atau ada travel agency, Masjid Putra adalah sebahagian daripada aturcara lawatan mereka. Lucunya masa solat di sini aku minta tolong seorang jemaah ambilkan gambar, rupa rupanya dia pelancong Indonesia hehehhe... terbalik sudah.








Intricate design.

Ruang solat wanita.

Gambar-gambar dari Perbadanan Putrajaya



Perbanyakkan sedekah di bulan Ramadan untuk perbanyakkan pahala disamping membantu pihak masjid menjalankan aktiviti bersesuaian. Imbas je kod QR.

Waktu melawat tamat jam 6 petang.

Adab melawat tempat ibadah kena berpakaian bersesuaian. Walaupun pihak masjid menyediakan jubah, pelawat lelaki pakailah seluar menutup aurat yakni menutup kulit hingga ke paras lutut. Yang perempuan, janganlah tunjukkan dada dan peha tu, anda bukan masuk panggung wayang. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kalau anda ke Borobudur atau Angkor Wat pun mereka suruh pakai kain labuh. Hormati agama dan budaya orang.

Masjid ini ada lawatan berpandu. Jika anda berminat menjadi tour guide sukarelawan sila hubungi pihak masjid atau Abim Outreach Centre.


Nota:
Rekabentuk wilayah Putrajaya direka dari tanah kosong yang sangat besar. Ia kawasan baharu, oleh yang demikian, bangunannya direka cantik dan teratur siap tasik untuk beriadah.

Untuk tempat makan, sila cari di butang search atas sana "Tempat makan popular di Putrajaya". Ia tulisan lama tapi masih relevan. Secara peribadi aku suka makan di food court Precint 9. Macam-macam ada!







Post a Comment

0 Comments