Kelab Memanah Tradisional Al-Zaeim | Assalamualaikum. Lama benar tak ke rumah kenalan suami yang seorang ni. Lama sangat, sampai teragak-agak nak masuk simpang. Daya ingatan husband aku bagus betul jalan ke sini.
Kenalan yang seorang ini minatnya berniaga tapi tak sangka sekarang selepas 10 tahun tak berjumpa (mungkinlah, aku agak) dia dah jadi pengajar memanah tradisional. Banyak kumpulan termasuk pihak sekolah dan persendirian menghantar pelajar mereka berlatih di sini. Luas betul kawasan belakang rumah dia sampai boleh buat kawasan memanah. Beliau juga boleh membuat busur.
Ada masanya pertandingan memanah tradisional juga dibuat di sini dan antara hadiah paling menarik ialah anak panah buatan seorang pembuat anak panah tradisional yang terkenal. Wow, barang rare! Aduh, tak ingat pula nama dia.

Dia suruh aku cuba panah dari jarak ni, 30 m kot, seperti dijangka dua je lekat satu lagi tersasar hahahha... Dah dijangka sebab aku pernah join memanah yang masjid anjurkan tapi anak panah terbang ke ataslah ke sisilah, banyak jatuh daripada kena sasaran padahal jarak papan dalam 10m je 😁. Sebatang kena kat bulatan tengah pun kemain bangga lagi.
Aku panah ke sini pun tak tepat.
Yang ini lagi jauh. Ada juga latihan dibuat dalam hutan sebelah tu dengan meletakkan gambar ayam atau harimau, kengkonon haiwan liar.
Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata:
مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نَفَرٍ مِنْ أَسْلَمَ يَنْتَضِلُونَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ارْمُوا بَنِي إِسْمَاعِيلَ، فَإِنَّ أَبَاكُمْ كَانَ رَامِيًا ارْمُوا
Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”. [Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)]
Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ [الأنفال: 60]، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، أَلَا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ
Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)”. [Riwayat Muslim (1917)]
Berminat belajar memanah? Hubungi beliau.
Tuan Syed
No 26, Jln Deraman
Desa Putra
Sungai Merab
43000 Kajang
Selangor
Tel: 017-600 2080
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.