Negeri Sembilan | Tandem Paragliding @ Free Flight In Pedas



Tandem Paragliding Di Pedas | When driving is so mainstream, we fly!

Selepas gagal melakukan tandem paragliding di Bukit Jugra dulu aku masih mengharap agar dapat juga merasa tandem paragliding di waktu lain. Selepas bertahun-tahun barulah doa dimakbulkan Tuhan dan kali ini dekat je tempatnya di Pedas Paragliding Park, Perhentian Tinggi, Pedas, Negeri Sembilan. Di kawasan pembangunan Hijauan Heights, jalan yang nak ke Rembau tu. Ketinggian bukit di sini lebih kurang 800 kaki.

Luncur layar (paragliding) ialah sukan atau kegiatan rekreasi lasak melibatkan penerbangan layar yang ringan, bebas dan tiada binaan yang keras (paraglider). Peluncur diikat pada abah-abah yang dipasang bawah sayap fabrik. Sukan luncur layar termasuk dalam aktiviti ekstrim ya.


Meluncur Dengan Oxbold Sport
Sukan luncur layar ialah acara terbang bebas menggunakan sayap ringan yang diterbangkan angin. Ia bergantung sepenuhnya kepada tiupan angin, jika pengajar (instructor) kata selamat dan boleh terbang baru terbang. Kalau penyelia kata terbang esok, esoklah. Selain ramalan cuaca, melihat dan merasai tiupan angin, keputusan untuk meluncur juga boleh dibuat dengan melihat pergerakan burung. Yang aku faham, bila burung besar macam helang mengepakkan sayapnya relaks je terbang tak berkayuh maknanya ada angin yang kuat. Kelajuan angin yang betul dan ideal ialah minima lima knot.

Tandem maksudnya kita terbang/meluncur bersama pilot berpengalaman. Mereka akan pastikan kita pakai harness dengan betul dan ajar bagaimana untuk meluncur. Masa ni teruja betul tunggu arahan "lari!". Kali pertama cuba aku jatuh, nak bangun berlari balik agak payah juga sebab rumput panjang lagipun 'payung' tu ditarik angin. Masa dan angin elemen utama untuk meluncur. Bila dapat terbang je owh wowwww.... hebatnya rasa, macam burung. Hilang terus rasa gundah gulana. Amazing!

Dengan bantuan Oxbold - the leading provider of Professional MSAF Certified Paragliding Instructors - aku rasa yakin untuk terbang. Instructor mereka bukan sahaja berpengalaman dan mahir dalam tandem paragliding tetapi juga adalah cross country pilot yang telah memasuki banyak pertandingan dan memecahkan rekod kejohanan.

Rasa hebat betul berada tinggi menggapai awan, terbang ke sana sini sambil rakam video. Melihat daratan dari atas satu pemandangan yang indah lagi menakjubkan. Pilot aku tu dah tahu aku tak dapat terbang di Jugra dulu jadi dia bawa terbang agak lama juga dan aku mendarat semula di tempat mula manakala kengkawan lain mendarat di tanah lapang bawah sana (eh cuak juga lelama tak jejak tanah hehhee....). Kenangan indah sepanjang hayat. Kalau aku masih dibawah jagaan mak bapak jangan haraplah dapat buat sukan ekstrim ni.

Otai kata nak terbang tak susah, yang susahnya nak jadi hebat. Badan kena fit, sukakan cabaran dan ada masa lapang. Peluncur yang baik ialah orang yang berhati-hati dan tahu menguruskan risiko. Sukan ekstrim ni risiko tinggi jadi kita kena bersiap siaga. Ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Aku sebagai emak tak menghalang anak-anak untuk lakukan sukan ekstrem asalkan tidak melanggar undang-undang dan patuh SOP. Juga, jangan berlagak. Aku doakan mereka selamat. Masa mudalah nak cuba memacam, bila dah masuk 30-40an ko ingat lakilah anaklah boslah..kerja pejabatlah eh macam-macamlah. Kita yang bina tembok di kepala.

Kalau kita bebetul minat dengan paragliding boleh je belajar di sini untuk menjadi certified paraglider.



Maklumat Berkaitan
1. Paracut standard boleh membawa berat 40 - 90kg manakala yang terlebih berat badan kena tambah RM50 untuk menggunakan paracut lebih besar.

2. Sijil pun ada tapi kena bayar RM10.

3. Saiz kumpulan:
Minima : Dua orang
Maksima : Hari biasa 20 orang / hujung minggu 40 orang

4. Tempat berjumpa : 
Hijauan Heights Eco Tourism Pedas
Negeri Sembilan

5. Yuran: RM250 seorang untuk 5-10 minit termasuk gambar an video percuma. Kena tempah 4-7 hari lebih awal. Makan modai.


OXBOLD SPORTS
Suite 103, C-GF-08, Pavilion,
Jalan Puteri 7/13, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor, Malaysia
Hotline: +(6)019-663 8336
Email: info@oxbold.com
Google Map: https://bit.ly/oxboldsports-googlemap
Waze Map: https://bit.ly/oxboldsports-wazemap


Google Maps:
https://bit.ly/tandemparaglidingpedas2-google
Waze Maps:
https://bit.ly/tandemparaglidingpedas2-waze

 


Post a Comment

0 Comments