Kunming | Melayani Burung "Seagull" Di Dianchi Lake & Haigeng Park



Melayani Burung "Seagull" atau camar Di Dianchi Lake & Haigeng Park | Assalamualaikum. Di hari terakhir kami berdua ke Dainchi Lake untuk melihat banyaknya burung Seagull. Aku rasa kebanyakan pelancong tak akan melepaskan peluang ke sini bila sampai Kunming sebab hanya 12km sahaja dari Nanping Pedestrian Street di bandar Kunming.

Dianchi Lake 滇池 seluas 330 kilometer persegi yang terletak di kaki West Hill merupakan tasik yang terbesar di China. Dari utara ke selatan panjangnya 39km, 13.5km dari timur ke barat. 20 sungai mengalir masuk ke tasik yang berbentuk bulan sabit ini. Western Hill, Daguan Park dan Yunnan Ethnic Village berada di sekitarnya. Habiskan satu hari kat sini.


Camar Yang Berhijrah
Camar ialah sejenis burung laut dalam keluarga Laridae order Charadriiformes yang mampu terbang untuk tempoh masa yang lama. Burung camar di Dianchi Lake terbang sejauh 3,000 km dari Siberia di musim sejuk sejak 1985. Kehadiran ribuan burung ini sentiasa menarik perhatian peancong dan rakyat tempatan setiap hari. Aktiviti yang paling menyeronokkan pastinya bagi burung makan.

Seronok datang sini, kalau ada masa panjang rasa nak duduk je di bangku tak buat apa selain menikmati pemandangan indah sambil minum kopi panas. Ralit memandang burung yang mencicip makanan dari tangan.

Sambil tu kami berjalan sepanjang Haigeng Park. Pelan asalnya nak naik cable car tapi keluar pun lambat, lepak tengok burung pun lama, aku rasa tak berbaloi naik ke puncak Western Hill sejam dua, pukul empat petang dan kena berada di airport. Aku nak naik boat tapi tak tahu dia bawa ke mana. Tanya guna translator pun orang tu tak faham dibantainya cakap China juga, manalah aku faham 😒

Bersantai di sini mengenang kenangan lalu. Eh. 💓datang sini.

Kalau nak tengok gambar 2016 dulu sila taip Dianchi kat search button.























Bagaimana Untuk Ke Dianchi Lake Menaiki Bas?
Naik bas nombor 24 atau 44 dan turun di Haigeng Park. Jalan ikut papantanda.
Naik bas no 74 terus sampai ke stesen.

Post a Comment

0 Comments