China | Trip DIY Kunming - Lijiang. Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun.



 Kunming revisited.

Pengembaraan kali ini sepatutnya berlapan tetapi tujuh orang tarik diri, asalnya sebab berita kehadiran tentera China di perairan Malaysia, kemudian kes human metapneumovirus (hMPV) pula. Aku mengikuti rapat kes ini sebab dah excited sangat nak ke Lijiang dan Shangri La. Menjelang tarikh berlepas kes hMPV semakin menurun di China. Lagipun kebanyakan kes dilaporkan di utara (Kunming dalam wilayah Yunnan di barat daya China) dan menjangkiti penduduk berumur bawah 14 tahun. Virus ni pun bukan virus baru. Jadi aku on je, ada seorang kawan ikut.



Aku terkejut juga bilamana imigresen di Kunming Changsui International Airport guna Bahasa Melayu...

"sila letak empat jari kiri di mesin pengimbas"

"sila letak empat jari kanan di mesin pengimbas"

"sila letak dua ibu jari di mesin pengimbas"

Aku agak ramai sangat warga Malaysia ke China dan kegagalan petugas menguasai bahasa asing memenatkan mereka sendiri dan boleh menaikkan darah hahahahha... dengan menggunakan suara yang telah dirakam petugas boleh bekerja dengan tenang. Hulur passport - ikut arahan suara komputer - ambil passport dan chow.

Selepas tu kalau nak naik teksi sila terus keluar dari arrival hall, jika memilih Metro Line 6 sila turun ke B2. Tambang ke Kunming Railway Station hanyalah RMB6 (6 yuan). Tiket boleh dibeli di kaunter atau self-service machine secara tunai, Alipay atau Wechat Pay.

Kalau nak naik bas turun ke B1, antara Gate 3 and 4. Tiket boleh dibeli di kaunter atau self-service machine secara tunai, Alipay atau Wechat Pay. Tambang RMB25.

Kalau nak naik Didi Chuxing (Grab versi China) sila turun ke B3 area H. Ada designated pick-up point kat situ. Jarak Kunming Airport ke bandaraya sejauh 24.5km . Bila sampai ke destinasi terus turun je sebab Alipay akan tolak dari akaun.

Kami naik Didi sebab tak nak tergagau-gagau dalam suhu musim sejuk tapi Didi pun berhenti tepi jalan besar je tak boleh terus ke apartment. Mujur ada orang baik tolong call pengurus homestay. Alamat lain tempat menginap kat blok lain. Bilik ok tapi tandas kongsi tu aduduu...hancing weh.


DINGIN MALAM DI KUNMING
Selepas jamak solat Maghrib Isyak kami pun keluar mencari makan malam. Dalam Didi tadi dah nampak jadi kami terus ke situ je lah. Nak order senang je.. tunjuk kat gambar, dua orang makan baru 35 yuan. Di setiap meja ada plug point senang nak caj telefon.

Kami berjalan hingga ke Kunming Railway Station. Homestay tu aku pilih sebab dalam 600 meter ke KRS dan murah. Nak tidur je kan, 8.21 pagi esok dah nak ke Lijiang. Terjumpa pasangan Malaysian yang menyewa bilik famili di hotel berdekatan RM170 je weh, bilik besar dengan katil queen dan double decker yang katil bawah saiz queen. Murah giler.

Kami berjalan ke KRS (North Entrance). Rupa-rupanya bas ke lapangan terbang akan berhenti di belakang KRS. Depan KRS ada banyak kedai dan hotel. Berjalan lagi (KRS sebelah kanan) kita akan jumpa Lanzou Beef  Noodle) di depan setesen bas. Sebenarnya ada seorang budak kecil dalam lima tahun dok bagi salam kat aku. Aku tanyalah dari mana? Dia cakap sambil tunjuk arah kedai jadi aku suspek dia anak pekedai situ. Bila kami balik ke Kunming semula dan makan di kedai halal tu eh dia masuk, sah anak tuan kedai. Kami bergambar sekali lagi 😊



Assalamualaikum Assalamualaikum... sapa dia

Stesen bas depan Lanzhou Beef Noodle.

Hotel pelbagai kelas di depan Kunming Railway Station.

Pelbagai jenis puer tea. Seketul kecil teh tu boleh dibahagi empat untuk buat teh O.

Motorsikal dan basikal siap sarung tangan tebal untuk menahan kedinginan.


Aku tak tahu musim lain, Kunming di musim sejuk ni hiasan bunga hidup merata-rata. Cantik! 

Sebelum menulis lanjut eloklah aku bagi tips applikasi apa yang patut install sebelum ke China. Applikasi sangat membantu dalam pelbagai urusan kerana 99% orang sana tak boleh berbahasa Inggeris. Jeng kreng.



Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun Sebelum Ke China (Apps To Be Installed Before Entering China)
Jumlah penduduk China dan India hampir sama tetapi China bagaikan berada di tahun 2050, jauh maju dan bersih. Percutian secara do-it-yourself tidaklah susah sangat cuma kita kena banyak membaca dan bertanya sebelum ke sana dan bersedia dengan ketidakmampuan mereka berbahasa asing. 

Untuk mengelakkan masalah handphone kehabisan bateri, aku tetap mencetak itinerary siap dengan alamat beserta no telefon pejabat Kedutaan Malaysia di Beijing dan Pejabat Konsulat Malaysia di Kunming. Semua ni kena ada tulisan mandarin. Selain itu aku juga senaraikan restoran halal (tak rujuk pun) dan subway map. Serik rasa bila hp mati di Jakarta dulu. Musim sejuk ni lagi la hp cepat habis bateri.

Sila download semua apps ini:

1. Didi - ehailing di China.
2. Alipay - untuk buat bayaran. Translator pun ada.
3. Wechat - untuk komunikasi. Buat bayaran juga boleh, translator pun ada.
4. Baidu - untuk navigasi.
5. MetroMan -  semak laluan dan kadar tambang metro.
6. Beli e-sim - daripada Alipay atau Shopee.
7. Beli tiket keretapi daripada Trip.com. Nombor tempat duduk dah siap dibagitau dalam emel. Beli di kaunter atau kiosk pun boleh. 

Ok itu dulu. Nanti sambung cerita lagi.

















Post a Comment

0 Comments