Restoran Makanan Halal di Lijiang | Assalamualaikum and hello....
Mungkin ada di kalangan pembaca bukan Islam yang tidak jelas tentang halal. Halal dalam Islam bermaksud produk yang dibenarkan untuk dikonsumsi atau digunakan dan ia tidak terhad kepada makanan sahaja. "Halal" terpakai juga kepada minuman, perkhidmatan, perbankan, kosmetik, perubatan dan sebagainya. Haiwan yang boleh dimakan mestilah disembelih dengan nama Allah kecuali ikan dan belalang.
Produk halal mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan Al Quran iaitu suci dan bersih dan tidak mengandungi babi/khinzir baik kulitnya dagingnya susunya atau bahagian-bahagian lain termasuk air liur. Kandungan babi mungkin juga terkandung dalam gelatin dan pengemulsi. Dalam satu dokumentari, sebenarnya hasilan babi boleh boleh dijadikan lebih seratus bahan lain maka berhati-hatilah ya. Alkohol juga dilarang.
Namun di China, halal hanya dibenarkan untuk produk berasaskan daging, tenusu dan minyak untuk memasak. Adalah dilarang untuk menyebarkan konsep halal selain daripada makanan walaupun mengikut data 2022 penganut Islam bakal mencecah 28 juta orang, sama saiz populasi masyarakat islam di eropah.
Populasi muslim China ramai di Ningxia, Yunnan, Qinghai, Gansu and Xinjiang, yang menyebabkan berkembang dan bertambah permintaan produk makanan halal.
Nota: Sahabat nabi Sa'ad bin Abi Waqqas meninggal di Guangzhou dalam usaha mengembangkan islam.RESTORAN HALAL ‘Qingzhen’ (清真) DI LIJIANG
Dalam mandarin halal disebut Qingzhen’ (清真), yang bermaksud bersih dan suci. Cari tulisan ni di kedai makan. Kalau nak bertanya atau beritahu orang boleh gunakan ayat di bawah, ko tanya cakap Melayu je, bukan ada sesiapa faham cakap omputeh (ada lah tapi sikit sangat). :
“我吃清真食品” (Wǒ chī qīngzhēn shípǐn) maksudnya “Saya makan makanan halal”
“这是清真的吗” (Zhè shì qīngzhēn de ma?) maksudnya “Adakah ini halal?”
Harap membantu di kala permusafiran.
1) Yipin Loulan (一品楼兰), No. 70 Jinkai Street, Jinkai Square, Gucheng District, Lijiang (13709999193)
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.