Selamat Tahun Baru 2025! Bersempena dengan tahun baru ini marilah kita ikrarkan semula rukun negara supaya kita menjadi rakyat yang lebih baik dalam segala bidang, saling menghormati sesama sendiri, lebih empati, bersama searah memajukan negara dalam bidang sendiri dan jangan melampaui batas.
Malaysia ini RUMAH KITA bersama. Bahasa Melayu bahasa rasminya.
Semoga negara kita baik baik sahaja di masa depan dan dirahmati Allah selamanya. May we ROAR again!
Untuk menjadi masyarakat yang lebih baik:
1) Jadilah masyarakat bertuhan. Berdoalah TERUS kepadaNya dengan lemah lembut tanpa perantara. Islam tak sama dengan agama lain.
2) Hentikan penggunaan bahasa kesat dan lucah. Apa nak dibanggakan bila menyebut atau memanggil orang babi sial ****mak bodoh bangang tu semua? Orang Melayu terkenal dengan sikap tinggi budi bahasanya. Jika perkataan-perkataan tu dibiasakan tak hairanlah dengan mudah dilemparkan kepada ibu bapa sendiri/pasangan/guru. Berubahlah, ada kanak-kanak yang melihat, ada remaja yang menyerap.
3) Berhenti memfitnah. Kalau sekali dua kalah mungkin peguam kau tak hebat tapi kalau satu individu sampai empat kali kalah saman maknanya memfitnah itu dah jadi amalan hidup. Penatlah tengok. Bangsa lain sibuk majukan diri dan merebut peluang yang kerajaan dan agensinya tawarkan.
4) Banyakkan membaca buku. Bacalah memana genre pun. Ada je orang jual buku terpakai kalau tak mampu beli yang baru. Pinjam dari perpustakaan pun boleh.
5) Jangan bagi signal dalam hati, ai takde kelebihan membaca hati sanubari mu.
6) Belajarlah guna tandas dengan betul, pastikan bersih dan pam selepas digunakan. Fahamkan tandas duduk kena duduk (duh... tu pun nak kena cakap), dah tahun 2025 dah ni. Kalau hang degil juga mencangkung kat situ semoga jatuh tetomoih. Amin. Aku serius.
Itu je...selamat tahun baru!!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.