Trekking Ke Air Terjun Mawar @ Mawo di Jeli | Betullah Kelantan ni underrated, punyalah banyak tempat menarik untuk dipromosikan dengan lebih giat supaya lebih ramai penduduk setempat boleh mendapat manfaatnya. Dabong dan Jeli adalah aspiring geopark yang mesti diperkenalkan kepada dunia!
Eksplorasi Di Stesen Penyelidikan FRIM, Jeli
Ditubuhkan pada tahun 2008 dengan kelulusan Kerajaan Negeri Kelantan dan diberikan status hakmilik sementara oleh kerajaan negeri pada 30 Ogos 2010. Stesen ini terletak di mukim Belimbing, daerah Batu Melintang, Jajahan Jeli, kira-kira 20km dari bandar Jeli. Stesen Penyelidikan FRIM meliputi kawasan seluas 204.20 hektar.
SPF Jeli adalah kawasan berbukit dan bercerun dengan ketinggian 660 meter dari paras laut. Pembalakan di kawasan ini berlaku sehingga tahun 1980an tetapi masih terdapat tinggalan spesis kayu balak yang kurang nilai komersil disamping buluh liar.
Kajian yang dijalankan di stesen ini adalah dalam bidang sivilkultur perladangan hutan dan membaik-biak bagi spesis ladang hutan. Stesen ini dijadikan sebagai tapak bagi penyelidikan dan pemuliharaan bagi pelbagai spesis hutan bernilai tinggi seperti cengal, jati (Tectona grandis), sesenduk (Endospermum malaccese) dan meranti temak nipis (Shorea roxburghii). Penanaman spesis kayu balak terancam dan pelbagai spesis kayu balak bernilai tinggi juga dijalankan bagi meningkatkan biodiversiti di kawasan ini. Plot kajian buluh asal Semantan (Gigantochloa scortechinii) dan spesis buluh untuk perladangan komersil seperti buluh Beting (Gigantocloa levis) dan Betung (Dendrocalamus asper) juga ditubuhkan.
Buluh ialah satu tumbuhan yang kuat menahan angin sehingga dijadikan lambang di tempat kerja lama dulu (memberi maksud kuat bertahan, dilentur pun susah patah). Ia juga masih banyak digunakan dalam industri pembinaan di serata Asean dan China serta Hong Kong. Mereka tak guna besi scaffold.
Menapak Ke Air Terjun Berkembar
Di Jeli ada dua air terjun, yang satu lagi Lata Kekabu. Air terjun Mawar atau masyarakat setempat panggil Mawo, jenis berkembar. Ini kali pertama aku tengok air terjun macam ni.
Dari pintu masuk kami kena berjalan sejauh 1.5km rasanya untuk sampai ke lokasi dituju. Tipulah tak penat hahahhaha... Nak tahu 1.5km tu jauh mana, dari pintu masuk KLIA2 ke boarding gate paling hujung jauhnya tapi jalan tak mendatar. Di permulaan je dah kena mendaki bukit - jalan - turun - naik bukit - sampai. Jalaaaaannnn je.
Sambil berjalan tu Encik Amir Saaiffudin Kassim yang menjadi penyelaras program di SPF ni akan berhenti di beberapa tempat sambil menerangkan mengenai pokok-pokok di situ. Beliau adalah pakar buluh. Jika berminat untuk memanggil beliau memberikan taklimat e-melkan sahaja ke saaiff@frim.gov.my .
Bila sampai je wah... hebatnya ciptaan tuhan! Berbaloi berpenat lelah. Datang beramai-ramai pun tak payah berebut air terjun. Ada yang mandi, ada yang sekadar berehat dan ambil gambar. Apa apa pun aku gembira sangat dapat ke sini. Kelate ado mace mace!
Encik Amir Saaiffudin Kassim sedang memberikan penerangan.
Spesis cengal (nama saintifik Neobalanocarpus Heimii). Tarikh ditanam Oktober 2017 dengan jarak 4x3 meter.
Spesis Buluh Beting (nama saintifik Gigantochloa Levis). Tarikh ditanam Januari 2018 dengan jarak 5x5 meter.
Geng ni berehat dahulu melepas lelah. Takut jugalah nak turun tu...aku dok risau kalau jatuh kang siapa nak angkat badan over weight ni.
Alamat:
Stesen Penyelidikan FRIM JeliJalan Kampung Lawar
17600 Jeli
Kelantan
.
.
.
.
.
Teringat kata seseorang, air terjun pun berpasangan, hang ja single hahahahhaha...padahal dia pun terlajak suda.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.