Stong Hill Resort Di Dabong | Hai.... tak banyak nak diceritakan sebab kami hanya jadikan resort ini sebagai tapak untuk eksplorasi Gunung Stong, Gua Ikan, Air Terjun Mawar dan lain-lain aktiviti yang telah diaturkan.
Air terjun dari Gunung Stong mengalir sebelah ni je tetapi tidak kena resort sebab kedudukannya lebih ke bawah daripada resort. Dapatlah tengok dengan mata sendiri kepala air selepas hujan sewaktu di sana. Seram gak, mencurah-curah turun dari gunung dengan warna keruh.
Kalau nak rasa suasana hutan dengan pemandangan gunung dan air terjun, silalah tempah penginapan di Stong Hill Resort. Nak mandi-manda tepi resort je tapi kalau sukakan lebih cabaran naiklah ke stesen satu, bebetul di kaki Air Terjun Jelawang. Tenang je di sini udara pun bersih.
Harga yang dipaparkan di bawah mungkin dah berubah. Makan pun tak susah cuma tak pedas je lah, air pun manis leting. Di tepi jalan besar pun ada kedai makan.
Selamat bercuti!!
Stong Hill Resort
019-663 0161
inquiry_stonghillresort@yahoo.com
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.