'Caving' Di Taman Rekreasi Gua Ikan di Dabong | Taman Rekreasi Gua Ikan seluas enam hektar meliputi beberapa gua iaitu Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap. Gua-gua ini ialah gua batu kapur yang mempunyai stalaktit dan stalagmit yang mempesonakan.
Foto Tourism Kelantan.
Difahamkan Taman Rekreasi Gua Ikan yang terletak di Kampung Slow Pak Long iaitu 167 km dari Kota Bharu, 88 km dari Kuala Krai dan 2 km dari Dabong, 150 juta tahun dahulu adalah laut dan buktinya dapat dilihat dalam Gua Pagar apabila terdapatnya tinggalan rumpai laut yang sudah menjadi fosil. Gua Ikan juga dikenali dengan fenomena "God Light" kerana terdapat siraman cahaya matahari yang memasuki celah batu gua.
Gua-gua ini adalah dibawah seliaan Majlis Daerah Dabong dengan kerjasama Stong Geopark, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan.
'Caving' Di Kelantan
Kami dipecahkan kepada tiga kumpulan dan kumpulan kami memulakan aktiviti eksplorasi Gua Pagar dahulu sebelum ke Gua Gelap dan Gua Ikan. Gua Keris tak sempat explore sebab perlukan lebih masa (rugi betul 😞).
Gua Pagar dahulunya tempat orang mencari emas (entah entah masih ada). Baru mula tak jauh dari mulut gua dah rasa ekstrem. Mana taknya, laluan sangat sempit dan ada yang tersengkang kat situ 😄. Peserta yang pertana cuba merangkak tetapi gagal lepas tu kena baring sambil menolak badan masuk ke dalam. Baring atas air oii... basah lencun! Start pun dah best!
Cubaan merangkak.
Setiap kumpulan ada jurupandu yang bercerita tentang gua-gua tersebut, apa yang boleh dan tak boleh dilakukan di dalam gua. Contoh perkara yang tak boleh dilakukan adalah menyentuh stalagtit dan stalagmit, menconteng dinding gua dan mengambil apa sahaja daripada gua. Dalam kumpulan kami adalah yang sengaja menyuruh jurupandu untuk pegang stalagmit, melawak agaknya suruh boh kat muka... nak tahu jurupandu tu buat apa? Dia pegang! Terkejut aku. Kecewa pun ya. Eh baru je dia cakap tak boleh sentuh hmm...
Jagalah 'harta' yang kita ada ni bebaik. Negeri Sarawak dapat berjuta ringgit buat pakej bawa pelancong masuk gua sahaja. Belajarlah dengan mereka.
Seaweed fossil di Gua Pagar.
Gua terakhir yang kami masuk ialah Gua Ikan. Di sini kita berjalan menyusuri sungai yang mengalir perlahan di dalam gua. Sejuk je.
Gua Ikan
Jika berminat untuk eksplorasi Gua Ikan, sila hubungi Kelab Sukan Rekreasi Ulu Kelantan di nombor 019-9638402.
Babai.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.