Assalamualaikum.
Bebaru di berkesempatan menghadiri penerangan mengenai penyakit talasemia. Sebelum ni tak ambil tahu pun fasal penyakit dan pesakit ni, ye lah kita sihat kan? Bagus doktor yang jaga Unit Sekolah tu, beliau menerangkan dengan bahasa mudah untuk orang biasa faham.
Sejak 2016 lagi kerajaan telah menjalankan sesi saringan untuk pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah menengah kerajaan. Terhenti sekejap tahun 2020 dan 2021, kini disambung semula. Bukan sikit ya kosnya. Kalau kita buat ujian darah biasa di klinik swasta cajnya sekitar RM70 sekali buat.
Pelajar lelaki yang Hb kurang dari 13 dan pelajar perempuan HB kurang dari 12 menjadi orang yang disyaki berpenyakit talasemia tetapi bacaan akan dibuat bersama Mean Corpuscular Hemoglobin (Mch) yang mesti lebih daripada 37. Jika Mch tidak memuaskan, darah akan diambil sekali lagi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibuat ujian DNA. Hang dok Langkawi ka... mana ka... ke HKL juga sebab teknologi terkini hanya ada di sana. Ujian DNA ini sahaja kosnya RM3,000! Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia, PERCUMA sahaja, jadi jangan banyak nau komplen tak puas hati.
Ya. Sebenarnya ibu bapa tidak perlu sebab dah berkahwin pun...tetapi jika nak tahu siapa sebenarnya pembawa sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali eloklah buat ujian.
Bagi adik-beradik lain, adalah sangat digalakkan untuk menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Kerajaan. Percuma sahaja, hanya perlu bawa kad talasemia abang/kakak/adik. Mungkin klinik kesihatan kecil tak jelas fasal ni, terangkan saja tetapi jika mereka tak pasti juga pergilah ke klinik kesihatan yang lebih besar. Kerajaan dah mulakan usaha ni sejak 2016 lagi.
Risiko menghidap talasemia boleh dielak dengan kemajuan ilmu. Allah suruh berusaha berdoa dan bertawakal, bukan terus berserah kepada takdir sahaja. Jadi kita ikutilah saranan pakar untuk menjalani ujian saringan talasemia selain ujian saringan HIV sebelum berkahwin untuk kebaikan bersama. Belum tentu kita mampu untuk melihat anak kecil yang terpaksa dicucuk setiap bulan. Kita juga mahu mengelakkan memilih penceraian sekiranya hanya selepas berkahwin baru kita tahu bahawa pasangan tidak boleh melahirkan kerana gabungan genetik yang tidak sesuai.
Nauzubillahminzalik.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.