Pulau Pinang | Mencari Taman Tema Air? Jom ke Bertam Resort & Waterpark Penang! | Aku rasa dah lama sangat tak ke hotel dan resort berbintang lima. Biasanya bila ke Pulau Pinang kami akan menginap di dua tempat, hari sampai di Tanjung Bungah atau Batu Feringghi, hari kedua di bandar George Town.
Kenapa di dua tempat berbeza?
Sebab.... walaupun aku pun boleh drive tapi dalam perjalanan jauh apaknya je yang drive. Aku hanya drive bila dia mengantuk tapi bila dia duduk seat passenger sebelah celik terus mata dia hahahahahahah... Dia dah penat drive jadi kita nak rehat tempat yang best sikit, aku dan anak-anak nak berenang. Makan di memana pun boleh, street food is always good.
Hari kedua kami akan menginap di bandar sebab nak explore tourist attractions dan naik basikal. Setiap kali ke George Town kami akan kayuh basikal. Syok pula aih mengayuh di jalan yang dikhaskan. Hmm...aku belum tulis lagi lawatan ke Spice Garden. Dah lama dah.
Bertam Resort & Water Park - Integrated 5-Star Resort in Penang
Bertam Resort ni baru je dibuka bulan Mac 2023 berkonsepkan stail Morocco. Bilik semua selesa, nak duplex level premium suites pun ada. Aku bukan jenis guna semua fasiliti tapi keutamaan kepada kolam renang yang menu breakfast yang pelbagai dan sedap. Kite tak makan nasi pepagi weh.
Kolam renangnya BESAR. Masa datang tu ada orang sambut birthday kat tengah kolam siap bunga dan belon. Mewah betul! Jika datang berkumpulan kita lepak kat bilik karaoke nyanyi sampai lebam walau suara krik krik 😁
Makan malam sangat banyak pilihan dan masyaAllah sedap sangat. Aku cakap kat kawan-kawan cubalah memacam dan habiskan. Setahu aku makanan yang tak habis mereka akan buang sebab SOP mereka macam tu. Sayang betul. Sebab tu kan, elok kita pergi dengan keluarga atau kawan-kawan. Datang sekampung lagi bagus.
Lagi satu plus point, ada stesen caj kereta elektrik. Yang guna EV car tu boleh pi exercise di gimnasium atau berenang dulu. Jangan lupa on suis pulak.
Ada orang kata, sama je... yang bintang dua tiga atau homestay tidur lena gak. Ye betul, mata tetap boleh lelap tapi dia punya feel tu tak sama. Tilam empuk dan cadar bantal tak sama. Lagi seronok kalau di sebelah resort terus ke water theme park.
Fasiliti Yang Disediakan
Restoran, perpustakaan, event space... tu standard lah kan. Bilik hiburan untuk kanak-kanak pun biasa ada di hotel dan resort 5 bintang.
Buffet dinner.
First round breakfast. Rugi tak cuba memacam bila dah present cecantik.
Water Park Sebelah Bilik
Disebabkan aku on workation dengan jadual padat jadi tak dapatlah nak enjoy the water park. Kalau bawa famili harussss masuk sekali. Tengok je lah video water park kat sini.
Pemandangan dari bilik kami.
Gambar dari website bertamwaterpark.com
Bagaimana Untuk Ke Bertam Resort?
Masuk Lebuhraya Utara-Selatan PLUS dan keluar di Plaza Tol Bertam. Jika dari KL perjalanan hanya 3 jam 50 minit dengan tol RM36.82 sehala, dari Seremban ni RM45.26 sehala.
Tiket dewasa hujung minggu dan cuti am = RM45 seorang
Tiket kanak-kanak hujung minggu dan cuti am = RM35 seorang
Kanak-kanak sehingga 4 tahun = PERCUMA
Parkir water park = RM6 sekali masuk.
**Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang jauh sikitlah, 41km nun di belah pulau sana. Bertam Resort di Kepala Batas.
PMT 2200, Bertam Resort,
Persiaran Bertam 8,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604 577 8000
Emel: info@bertamresort.com
2 Comments
Pernah berkonvensyen sahaja di sini, tak sampai bermalam. Boleh tahan juga tiket masuk water park dia tu. Kalau include sekali best juga.
ReplyDeleteTiket waterpark rasanya berpatutan cuma bilik agak mahal bagi kami sebab kena ambil sekurang-kurangnya dua bilik
DeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.