PERINTAH GAJI MINIMUM 2024



PERINTAH GAJI MINIMUM 2024

Memo ini diterima daripada PERKESO pada 19 Disember 2024. 

Perintah Gaji Minimum 2024 telah diwartakan pada 4 Disember 2024 setelah diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim.

Aku rasa gaji minimum tak perlu dinaikkan lagi tetapi gaji minimum untuk pekerja yang ada sijil tak bolehlah ikut yang ini. Yang ada sijil asas, diploma dan ijazah mestilah ada perbezaan sebagai menghargai usaha dan ilmu mereka. 

Ya, sudah pasti kos keseluruhan akan meningkat dan akan ditanggungkan oleh pengguna akhir. Gaji yang lebih baik itu yang telah kita perjuangkan betul tak? Harap pekerja lama pun dapat peningkatan gaji jugalah ya. Tindakan popular ini sebenarnya merisikokan masa depan politik pemimpin sekarang. Yang cakap berdegar-degar tu ramai, yang berani buat susah nak jumpa. Sama juga bab pemberhentian jawatan awam baharu berpencen (kecuali badan beruniform) dibincangkan sejak bertahun-tahun dulu tapi tak berani buat. They do not have political will. Janganlah sedih sangat... bangsa Cina dan India di Malaysia kurang kerja kerajaan tapi menguasai ekonomi. Rezeki Allah tu luas.

Apa sahaja yang baik kita syukuri.  Dengan pertambahan gaji ni elok kita selesaikan hutang-hutang kecil dahulu. Semoga adik-adik dan anak-anak kita mendapat kehidupan yang lebih baik di masa depan.

 





Hj Yusoff bin Harun ialah Setiausaha, Majlis Perundingan Gaji Negara.



Post a Comment

0 Comments