Perak | Eksplorasi Gua Tempurung Geosite | Terletak di Gopeng, 24km selatan Ipoh terdapat sebuat gua batu kapur antara yang terbesar di Malaysia. Walaupun gua ini tidaklah sebenar Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak, ia juga menarik untuk diteroka oleh umum. Panjangnya sekitar 1.9km dari timur ke barat di bawah Gunung Tempurung dan Gunung Gajah.
Gua Tempurung dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Ia hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk aktiviti berkayak atau berakit merentasi jeram. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.
Selain menyimpan khazanah alam, Gua Tempurung pernah menjadi tempat persembunyian komunis antara tahun 1950 hingga 1960. Semenjak dari tahun 1970 pula ia merupakan kawasan perlombongan bijih timah.
Menjelajah Ke Dalam Gua
Lawatan ini merupakan kali yang kedua tetapi jika kali ketiga keempat sekalipun aku masih teruja menjelajah Gua Tempurung ni. Cantik! Kawasan persekitaran di luar pun bertambah kemas tersusun.
Sesiapa yang teringin membuat aktiviti memanjat gua boleh mulakan turun naik tangga di sini. Setelah berjalan dalam 100-200 meter laluan biasa bertukar kepada memanjat tangga jadi ia tidaklah berapa sesuai untuk orang yang kurang cergas atau ada masalah jantung tetapi janganlah tak pergi terus, bebudak kecil pun berjaya sampai ke hujung. You can do it!
Kebanyakan orang akan ambil Tour 2 sebab ia sesuai untuk semua peringkat umur. Tour 1 & 2 tak perlukan pemandu arah, kita berjalan di kawasan kering saja mengikut keupayaan sendiri. Dalam dua jam jugalah habis. Pakej Tour 2 boleh sampai ke lima platform manakala Tour 1 hanya ke tiga platform.
Gua ni dalam dan besar tetapi laluannya elok dibantu dengan lampu untuk menerangi jalan. Memula sejuk tetapi makin jauh ke dalam akan udara semakin lembab dan ada tempat yang agak licin. Berhati-hati.
Bila tibe di Platform 4 akan terasa angin menghembus di terowong angin. Dingin. Di dalam gua juga ada sungai kecil yang sentiasa mengalir.
Kami sampai ke tempat paling tinggi, 125 meter dari tanah 💪💪💪. Tangga tak banyak, 600 je.
Gua Tempurung elok terjaga tetapi ada juga yang gatal tangan pi conting dinding. Dasar beruk mat yeh sungguh. Jenis tak reti menghargai.
Di pintu masuk Gua Tempurung.
Pakej Gua Tempurung @ Gua Tempurung Geosite Showcase Tours
Tour 1 - Golden Flowstone. Dry path/leisure.
Tour 2 - Top of The World. Dry path/slightly strenous.
Tour 3 - Short River Adventure (Intermediate Level). Wet path/thrilling.
Tour 4 - Grand Tour (Advance Level). Wet/action-packed.
Harga Tiket Masuk
Tour 1 = Dewasa RM8 / kanak-kanak RM4
Tour 2 = Dewasa RM12 / kanak-kanak RM8
Tour 3 = Dewasa RM15 / kanak-kanak RM7.50
Tour 4 = Dewasa RM30 / kanak-kanak RM15
Nota: Penjelajahan bermula jam 9 pagi dan berakhir 4 petang.
Bagaimana Untuk Ke Gua Tempurung?
Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) ataupun jalan persekutuan. Jika menggunakan PLUS sila susur keluar Plaza Tol Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri.
Dari Ipoh 30 minit jer.
Jemput baca eksplorasi kali pertama dulu di sini.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.