Tips Hartanah | Pocket Calculator - Cara mengumpul deposit untuk beli rumah (atau melancong)



Tips Hartanah | Pocket Calculator - Cara mengumpul deposit untuk beli rumah (atau melancong)

Dah lama benar tak menulis tips hartanah. Aku masih ada minat yang tinggi dengan hartanah tapi bank cuma bagi 70% pembiayaan jadi mampu pandang je lah rumah-rumah yang diiklankan. Sedih mat. Puaslah aku pasak telinga anak-anak yang berdua tu suruh beli tapi belum nampak kesungguhan mereka lagi. Kalau dah ada komitmen bayar ansuran rumah setiap bulan aku agak bertambah pandailah si kakak urus duit, takdelah makan makanan viral harga tak masuk akal dan order air manis potong kaki lagi.

Anyway, selain apa yang tersedia di applikasi yang boleh dimuat turun, cara old peoples adalah  menggunakan jadual yang disediakan di pocket calculator ini. Senang je buat anggaran untuk bina simpanan atau deposit beli rumah/kereta. Baru kerja 5-10 tahun adalah masa untuk struggle, jarang dapat work-life balance waktu memula nak hidup. Toksah terikut-ikut sangat cara orang senang. Kita yang bukan anak menteri ni bersusah-susah je dulu. Kalau gaji hakiki tak cukup buat kerja part time. Percayalah, bila kita dapat capai target rasa puas hati sangat 👏🎉. 

Ramai juga yang mendoktrinkan, "ala..sewa je dulu tak payah ikut orang lain beli rumah. Ikut kemampuan nko..nanti ada lah rezeki tu". Well, Allah suruh berusaha-berdoa-bertawakal, bukan main berserah kepada takdir semata. Pendapat/persoalan aku:

1) Adakah engkau ada rancangan untuk menambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan atau berniaga online/offline dalam masa terdekat? Paling tidak setahun lagi? 
Biasanya orang yang nampak jalan bisnes dia tak tunggu lama. Jika ada rancangan begini tak mengapa sebab dah ada matlamat yang jelas nak pusing duit dulu.

2) Tidakkah kau perasan bayaran bulanan rumah sewa hampir sama dengan bayaran ansuran pinjaman perumahan?

3) Sewa je dulu tu nak sewa sampai umur berapa? Adakah harga rumah akan kekal? Sekarang pun apartment baru dah 200 ribu ringgit. Harga rumah di bawah rm300k takkan turun. Percayalah.

4) Adakah tuan rumah takkan naikkan sewa?
Pernah terbaca mamat tu cakap kalau sewa rumah naik dia akan pindah. Ekau nak pindah ke mano jang? Tempat baru pun tak murah melainkan jauh.

5) Tidakkah anda terfikir bahawa tuan rumah juga ada matlamat hidup?
i- Dia beli rumah itu mungkin untuk anak dia. Maksudnya, bila anak dia masuk universiti dan memerlukan perbelanjaan yang banyak dia akan naikkan sewa atau jual rumah sewa tu.

ii- Dia beli rumah itu mungkin untuk anak dia. Maksudnya, bila sampai masanya dia akan serahkan rumah itu kepada anaknya.

iii- Dia beli rumah itu mungkin sebagai pendapatan setelah tidak lagi aktif bekerja. Rumah sewa tu income dia, dia akan naikkan sewa supaya dia tak perlu downgrade hidup setelah bersara.

iv- Dia beli rumah itu mungkin untuk dia dan pasangan menikmati hidup di hari tua. Dah penat bekerja, dia nak jual rumah tu dan enjoy travel the world. Hang kena pindah.

v- Ada orang kata bila tak boleh bayar ansuran pinjaman perumahan (housing loan) rumah akan dilelong. Habis tu, kalau kau tak boleh bayar sewa rumah tuan rumah tak suruh pindah? Kite tak buat charity dik. Tuan rumah kena service loan tu.

Aku masih berfikir cara old money peoples. Atuk nenek onyang kita dulu pun banyak tanah dan ladang walau tak sekolah dan kerja kampung, takkan kita yang berpendidikan lebih baik dan dapat banyak peluang untuk memperbaiki hidup lebih teruk daripada mereka?

Duduk dendiam bertenang dan fikirkan.

Tanamkan dalam fikiran biarlah susah sikit sekarang daripada susah di masa dah takde tenaga. Pernah tengok gelandangan? Jadikan pengajaran untuk diri sendiri. 

Kena ingat, bukan senang nak senang bagi kebanyakan orang, ada perkara yang perlu dikorbankan untuk mencapai matlamat. Dalam hidup ini kita tak boleh buat dua perkara ini serentak, kena pilih nak berusaha atau beralasan. Cubalah!

Selamat beramal.


**Pocket calculator ni aku dapat masa aku buat kerja-kerja berfaedah dengan Public Mutual dulu😄. Klik di gambar untuk besarkan.

Kalkulator poket yang boleh dilipat.



Post a Comment

0 Comments