Playing Tourist at Central Market Kuala Lumpur | Assalamualaikum and hi 💓 😊
Lama benar rasanya tak ke Central Market @ Pasar Seni. Lama sangat! Dulu masa kerja di Shah Alam, bas no 2 akan berakhir di Bas Stand Klang, KL, iaitu LRT Pasar Seni sekarang. Dari situ kena berjalan hingga ke Pudu Raya sebab bas ke Seremban menunggu di situ (sebelum berpindah beratur tepi jalan di hadapan Pasar Seni, sekarang dah kembali ke Pudu Sentral). Kadang kala sebelum ke Puduraya aku akan singgah di Pasar Seni tengok orang melukis potret. Ralit tengok. Kagum betul dengan bakat para pelukis professional tu berbanding aku yang hanya tahu lukis orang lidi 😁 Beberapa tahun kebelakangan banyak kali juga berada di kawasan sekitar tak tetapi tak masuk ke Central Market.
Pintu masuk utama ke Pasar Seni @ Central Market Kuala Lumpur. Bertentangan dengannya ialah LRT Pasar Seni.
Kiri - Pejabat pos Besar Kuala Lumpur. Kanan - bangunan Dayabumi.
Selepas kenduri di rumah abang ipar aku hari tu aku decided untuk tidur di KL je untuk jimat masa. Kalau patah balik Seremban kami kena golek tayar 41km esoknya golek lagi 72 km ke KL. Lebih baik tidur KL walaupun kosnya lebih tinggi. Hauk betul hotel yang aku pilih tu hahhhahah.... anak aku si Bangteh yang asalnya tak nak ikut kemana-mana sebab tak berapa sihat sudahnya ikut kakaknya berjalan hehee.. Tilam, air-cond ok tapi tv tak boleh on, pintu tak boleh kunci dari dalam hmm...aku masuk pun dah tengah malam time orang sapu sampah di Petaling Street jadi diam diam je lah. Aku cangkuk pintu dengan hanger. Cuma rasa selamat sebab nak masuk ke area bilik kena guna access card.
Sesiapa yang nak berjalan-jalan di Pasar Seni/Petaling Street atau melawat
Kwai Chai Hong atau cafe hopping di China town boleh parkir kenderaan anda di kawasan parkir berhampiran Balai Polis Trafik Jalan Bandar. Lagi senang nampak dari jauh Hotel Four Seasons by Sheraton, haa sebelah je. RM11 sekali masuk tapi untuk ke Pasar Seni kena berjalan 400 meter. Ok je parkir situ boleh singgah kedai coklat Beryls, boleh ambil gambar kat kedai-kedai lama, boleh singgah beli bunga segar, boleh ke Merdeka 118... Jika nakkan ketenangan fikiran bolehlah parkir sini. Di Pasar Seni ada parkir berbayar ikut jam.
Pasar Seni - Pusat Menghimpun Khazanah Seni Malaysia
Bangunan yang asalnya pasar basah awam ini mula dibina pada 1888 iaitu 136 tahun lalu. Asalnya tempat berjual-beli bagi penduduk dan pelombong sebelum bertukar menjadi tempat menghimpun barangan seni dan kraf. Jangan tak tahu, di sekitar Masjid Jamek tu dahulunya perkampungan Melayu sebelum beransur-ansur hilang. Kali terakhir Pasar Seni diubahsuai adalah pada tahun 2020 menjadikan keadaannya seperti sekarang.
Pasar Seni Kuala Lumpur ialah tempat yang mesti dilawati oleh pelancong. Banyak hasil kraf dikumpulkan di sini termasuk alat mainan yang dimainkan sewaktu aku kecil dulu. Tetiba rasa rindu. Kedai "Arch" antara yang lama bertahan. Aku dari dulu lagi berkenan dengan barangannya sebab unik dan halus buatannya. Pernah dulu beli beberapa kad yang depannya gambar perempuan berkebaya nyonya. Cadangnya nak bagi kawan masa birthday/anniversary sudahnya terperuk dalam laci sampai kuning bertompok. Sayang nak bagi orang 😊
Di dalam Pasar Seni ada pasaraya Pasar Besar. Apa yang menarik di sini, aku agak, semua barangan buatan Malaysia termasuk produk IKS. Kebanyakannya dibungkus menarik tapi ada je yang dalam plastik lutsinar. Mungkin untuk menghadirkan aura pasar basah tu. Paling aku suka seksyen kopi dan daging salai, banyak pilihan beb. Aku beli Zus latte bancuh sendiri hehehe...tak pernah lagi beli kopi Zus kat kedai.
Di tingkat atas bahagian tekstil dan cenderahati juga. Banyak batik lukis dari Terengganu, kaftan, kemeja dan lain-lain. Ada satu kedai perfume juga, wangi je... tak pasti inspirasi dari yang asli atau imitasi. Aku cari Dune dari Christian Dior tapi takde. Minyak wangi lama agak susah nak dapat.
Penekanan kepada seni dijelaskan dengan transformasi bahagian Annexe yang menempatkan galeri seni elektik termasuk Illusion 3D Art Museum dan Art House Gallery. Lorong Seni pula pula ialah sudut seni yang menempatkan 10 studio yang memaparkan hasil kerja menarik dari penggiat seni tempatan.
Susunatur dalam bangunan dibuat berkonsepkan gerai sepertimana pasar tradisi Kuala Lumpur sejak 1800. Ada Lorong Melayu, Cina Selat dan Lorong India di sayap barat. Medan selera di tingkat dua.
Kopi pelbagai jenis kalau tak silap ada empat rak.
Rempah-ratus. Sebahagiannya diimport sebb kita tak tanam.
Suka sangat gamabr-gambar di tin rasa nak buat koleksi.
Bola takraw dan papan congkak. Masa pergi Myanmar dulu aku belikan bola takraw untuk anak main di sekolah. Masa tu tengah musim dia. Ini semua dalam pasaraya Pasar Basah.
Hasilan Sarawak.
Annexe - belakang. Di kiri kanan ada gerai jualan juga.
Berseni betul tangan beliau.
Masa aku beli fridge magnet, penjual tu tanya "akak dari mana?"
"Seremban"
KAHKAHKAH.... berdekah kami bertiga 😁😁😁 Macam orang jauh sangat.
Fridge magnet yang menarik hati.
Di bahagian Annexxe ini ada painting workshop oleh Ainna Artwork. Penuh meja petang Ahad tu. Exha Hub (tingkat satu) pula buat upcycle workshop. Mereka guna plastik terpakai buat beg dan aksesori wanita.
*****
Masa di sana ada seorang front liner sedang bercakap dengan kawan dia sambil memaki-maki seseorang dengan bahasa kesat dan lucah. Astaghfirullah.... aku ni pelawat dan pelanggan, juga pernah bertugas sebagai front liner. Malu aku dengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut orang sekarang. Nampak tak, secara tak sengaja pelanggan terdengar dan ia sangat tidak bagus untuk syarikat. Ingatlah, bila kita bekerja kita membawa imej syarikat sekali. Central Market tu tempat tumpuan pelancong. Jadi front liner kena banyak sabar. Kalau tak tahan nak marah, kau masuk masuk office pi membebel kat sana.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.