KEDAH | MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG



MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG | Pembaca yang mengikuti blog ini sejak sekian lama pasti tahu bahawa aku suka juga ke muzium tapi muzium bertema. Dalam lawatan Jejak Arkeo di Kedah, kami dibawa ke satu-satunya muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 masehi.

Sebenarnya sebelum ke sini aku agak skeptikal dengan lampu dan susun atur dalam muzium sebab pernah melawat satu muzium tu lahaiii...macam filem seram okeh! hahahhah... dengan kelamnya dengan signage/banner terlipatnya... staf ramai pengunjung tak ramai tapi tak boleh bagi elok. Jadi bila masuk ke muzium di Lembah Bujang ini aku terkejut tengok ruang dalamannya. Tak sangka hiasannya moden dan mudah dibaca serta difahami. Sebahagian dari koleksi ini dipamerkan di dalam 2 buah galeri yang dibina khas dengan teknik-teknik pameran yang berinformatif. It is the only archaeological museum in Malaysia.

Berjalan ke kawasan bertanah di belakang muzium, ada batu-batu hitam yang apa namanya entah, pernah juga dilihat di tempat lain tapi kita ni takde ilmu...batu nampak sebagai batu je lah.


Apa yang Menarik? What's Interesting About Bujang Valley Archaeological Museum?
Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi terletak berhampiran di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, 23 km dari Bandar Sungai Petani, Kedah. Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang. Muzium Arkeologi Lembah Bujang telah dibuka dengan rasminya pada 23 Januari 1980 oleh Kebawah Duli Yang maha mulia Al-Sultan Almu’tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman.

Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara. Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan, perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya". Bahan-bahan Arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan di ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400 km persegi


Koleksi Muzium Arkeologi
Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan penting melibatkan pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu nusantara yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan eksotik untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin, para pedagang akan berada di Lembah Bujang beberapa ketika sehingga perubahan angin sesuai untuk mereka belayar kembali ke tempat asal membawa barang dagangan yang lain pula.

Hasil penyelidikan dan kajian mengesahkan Lembah Bujang sebagai pelabuhan dagang yang penting di Asia Tenggara dari kurun kedua hingga ke-14. Artifak tersebut termasuk patung-patung Hindu-Buddha, pasu, manik, tuye dan barangan kaca ditemui ketika kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi ditapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi.


Untuk maklumat yang lebih banyak jemput baca di Jabatan Muzium Malaysia.


Garisan yang terdapat pada batu-batu besar di sungai juga memberi makna tertentu untuk dikaji.

Salah seorang pegawai yang memberi taklimat. Kalau tak silap En Ashraf nama beliau. Tanyalah apa sahaja yang berkaitan dengan arkeologi.






Antara artifak yang dipamerkan.


Di belakang muzium arkeologi yang pertama di Malaysia ini pengunjung dapat melihat sendiri tinggalan candi lama seperti Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pengkalan Bujang, and Candi Bendang Dalam yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang menunjukkan wujudnya kepercayaan agama Hindu/Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang.

.
Candi Bukit Batu Pahat. Kita tak dibanarkan naik ke atas.

Batu binaan Candi Pendiat sama seperti di binaan bersejarah Melaka.


Foto : fb MALB

Cara untuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Dari Lebuh raya Utara-Selatan, sila keluar di plaza tol Sungai Petani Utara atau Selatan dengan memandu menghala ke bandar Sungai Petani sebelum melalui pekan Semeling untuk terus ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah.

Pilihan lain, boleh menaiki bas atau teksi dari bandar Sungai Petani. 


Alamat:
Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 08400 Pekan Merbok, Kedah
Tel: +6011-33091160
Emel: info@jmm.gov.my


Selepas melawat muzium boleh ke Pantai Merdeka makan makan, naik ke Gunung Jerai Resort atau berkelah di Taman Rekreasi Tupah.





Post a Comment

0 Comments