India | Secebis Kenangan Di India & Random Photos| Setelah satu setengah bulan ke India golden triagle Jaipur-Agra-Delhi, aku masih terasa kepuasan dapat menjejakkan kaki ke India. Terasa macam satu achievement yang lain machiam. Bila orang tanya bila nak ke Kashmir? Teringin tapi perasaan tu tidaklah membuak-buak sangat.
India ada 28 negeri dengan lima wilayah khas yang diperintah oleh Union Government of India, contohnya Jammu dan Kashmir. Ia adalah sebahagian wilayah Kashmir yang lebih besar yang menjadi pertikaian India dan Pakistan sejak 1947, India dan China sejak 1962. Kashmir belah mana yang lebih cantik, India ke Pakistan? Tak tahu, tunggu aku pergi dulu baru boleh komen.
Negara India SANGAT besar dengan 1.4 bilion penduduk menghuninya. Jarak dari utara ke selatan 3,214 km manakala dari timur ke barat 1,822 km. Ada perbezaan ciri manusia dan budaya antara wilayah utara dan selatannya. Rupa orang di Jaipur di negeri Rajashtan tak sama dengan orang India di Malaysia. Orang Rajashtan kulitnya agak cerah macam pelakon filem Hindustan tu sedangkan yang di Malaysia kebanyakan nenek moyang mereka dahulu berasal dari selatan India.
Bawa duit tunai sikit. Kalau tak cukup zasss je kad kredit.
India Di Pandangan Pertama
Aku sampai di Jaipur, Rajashtan, dah tengah malam waktu Malaysia (Jaipur lewat 2 1/2 jam dari kita). Ketat juga airport security, sebelum keluar tiga kali mereka semak passport. Orang tua dan wanita diberi keutamaan untuk pemeriksaan cuma aku rasa agak kelam-kabut di tempat scan sebab semua orang nak cepat. Yang merisaukan kita tak berjalan seiiringan dengan barang yang masuk ke scanner. Kita yang perempuan ni di periksa di sana, barang kita tak gerak masuk ke scanner lagi, orang dahlah ramai. Risau okeh, itu semua kan barang penting.
Tak jauh dari lapangan terbang aku nampak ramai gelandangan di tepi jalan. Bukan tak pernah tengok, selalunya orang gelandangan tidur di kaki lima bangunan tapi yang ini tidur di divider jalan berbumbungkan langit. Allah Allah.. Bukan divider tengah jalan tau tapi depan rumah/bangunan, kiranya depan pagar tu jalan untuk sebuah kereta lepas tu divider selebar lebih kurang enam kaki, lepas tu jalanraya. Semua berselubung. Haish.
Bila lalu di Hawa Mahal driver tanya nak turun ambil gambar ke? Idok ler....dah tengah malam kot, takut juga dahlah aku sensorang je. Dibuatnya dia kena pukul masa tolong ambil gambar aku tak ke terkapai-kapai aku dalam golap bumin tu? hahhhaha...overthinking betholll hahhhaa..
India adalah sebuah destinasi yang luar biasa hinggakan ada orang kata, if you can survive in India you can survive the world. Hahaa gitu perumpamaannya. India sebuah negara yang kaya budaya, senibina menakjubkan dan sejarah menarik. How I wish I can travel all over India and not worrying about time limit. Susah nak direalisasikan bila bos sendiri paling lama bercuti pun seminggu je 😅
Sebagai sebahagian negara Asia (selatan) India berkongsi beberapa budaya yang sama dengan kita. Contohnya:
1. Tidak memakai kasut dalam rumah atau kuil, juga sesetengah kedai.
Di kedai sekitar Hawa Mahal, kasut perlu ditanggalkan tetapi disebabkan kita pelanggan asing mereka bagi je masuk dengan berkasut.
2. Tidak memberi atau menerima dengan tangan kiri.
3. Di ibu kota New Delhi sekalipun wanitanya tidak memakai pakaian seksi. Dalam filem lainlah, yang aku cakap ni secara purata. Di luar Delhi wanitanya bertutup rapi baik muslim atau bukan muslim.
4. Menunjukkan kemesraan di tempat awam adalah taboo.
5. Lelaki India tidak akan sesuka hatinya menyentuh wanita selain keluarga jadi jika mereka bergambar dengan kita dan memegang atau meletakkan tangan di bahu kita contohnya, bagitau mereka jangan buat macam tu. It is totally disrespectful. Dengan sesama bangsa dia pun tak berani buat takkan nak buat kat kita pula kan?
Aku ada juga ambil gambar dengan perempuan sana untuk kenangan dan sebab suka dengan penampilan mereka yang sopan berpakaian tradisional. Bila kita mesra mereka pun tak kekok. Ada sesetengah nampak segan, mungkin merasa rendah diri dengan kita yang melancong ni tapi bila kita hantar aura positif, positifah dapatnya insyaallah.
6. Menunjuk dengan jari telunjuk (pointing finger) dianggap tidak beradab.
7. Tidak menyentuh barang atau orang dengan kaki.
8. Street food are abundance. Lain kali nak cubalah.
9. Proses tawar-menawar. Urghh...I hate this!
10. Lembu di jalan raya macam kampung den hahahahahah....Tak school punya lembu.
Selamat pagi Jaipur!
Negeri Rajashtan ada empat bandar popular iaitu Jaipur, Udaipur (Lake City), Jodpur (Blue City) dan Jeselmir (Gold City). Jeselmir ada gurun. Kering tapi ramai pelancong ke sini.
Rajashtan ada tiga musim. Musim panasnya antara Mei dan Jun, masa ni kita pun panas buat apa pergi sana yang boleh cecah sampai 32 - 45 selsius. Di barat Rajashtan suhu boleh naik sampai 48 c. Berkicap beb. Musim monsun hujung Jun hingga September. Aku ke sana bulan September betullah ada hujan sekali sekala tapi tak lebat. Selepas monsun antara Oktober hingga November, suhunya antara 33-38c. Paling rendah 18c. Paling best bagi kebanyakan pelancong ialah musim sejuk Disember hingga Mac. Suhu Januari boleh jatuh ke 0c di tempat tertentu.
Pemandangan yang mengejutkan aku bilamana nampak perempuan berjubah hitam dan berpurdah atas auto rickshaw sekitar hotel. Mereka naik dengan lelaki yang kelihatannya seperti suami/bapa mereka. Ramai jugalah. Yang non muslim pakai saree bertutup muka. Ni macam zaman uwan onyang kita dulu. Ada juga peniaga yang menjual buah dengan kereta tolak kayu. Aku rasa betul betul melihat berpuluh tahun ke belakang.
Terdapat kedai kecil tepi jalan menjual teh masala tetapi semua pelanggannya lelaki, depan hotel pun ada. Nak pergi tengok rasa segan hinggalah kawan-kawan dari Indonesia sampai. Mereka pandang aje aku. Apa agaknya yang mereka fikirkan bila aku bersama dengan bapak-bapak tersebut? Aku nak pi amik video je lepas tu masuk balik ke lobi hotel.
Penjual teh masala di hadapan Hotel Amayra, Jaipur.
Penjual cenderahati di Amber Fort, Hawa Mahal dan tempat-tempat lain ada yang jenis memaksa. Ya tuhan, dari kau masuk sampai keluar dipaksa beli. Dari harga 500 rupees dapat 12 fridge magnet jadi 300 rupees 20 magnet. Aku tak beli di situ sebab nak yang unik sikit. Di Amber Fort tu boleh beli kasut perempuan buat souvenir, murah 100 rupees je. Tanya saiz penerima sesiap. Anting-anting, gelang warna-warni, saree banyak betul pilihan di bandar Jaipur, pandai cari dapat yang murah. Aku lagi suka membeli-belah sendiri berbanding dibawa ke kedai khas untuk pelancong walaupun tak dinafikan kain saree di kedai tersebut ada lebih banyak pilihan dengan pelbagai harga. Poket kita tak tebal wak.
Tiada paksaan membeli di kedai dalam Amber Fort ini. Tenang.
Istana dan fort di Jaipur yang seragam warnanya serta bersaiz luar biasa menunjukkan betapa mewahnya maharaja dahulu kala. Bayangkan sewaktu masih dihuni dahulu dengan lampu, perabot, isteri-isteri, gundik.. wow gahnya hidup!
Aku agak kesal jugalah sebab tak explore Jaipur sendirian. Selain takde duit kecil untuk bayar auto/bajaj, aku takut leka dan terlambat sampai hotel. TG aku tu pi jemput geng Indonesia di Delhi sebab mereka salah beli tiket. Bila mereka sampai baru gerak jalan-jalan.
Aku suka vibe sini. Tempat cantik budaya menarik (eh macam tagline Ganu). Lelaki tempatan pun nampak sopan dengan wanita.
Pemandu jip kami untuk naik ke Amber Fort.
Amber Fort in Amer, Jaipur, Rajashtan. Di sebut juga Amer Fort kerana lokasinya di Amer.
Belian di Amber Fort. 100 rupees jah. Tergesa-gesa sangat tak sempat memilih.
Ada international school di depan tu. Ke kanan, Hotel Amayra Jaipur, ke kiri ada restoran. Vegetarian briyaninya sangat sedap.
Wanita muslim memakai salwar dan menutup muka.
Berpagian di Jai Mahal menunggu matahari terbit tapi hari mendung.
Seronok kanak-kanak ni bila aku ambil gambar.
Mabuk kain 😄. Keluar dari Amber Fort terus ke sini.
UP bermaksud didaftarkan Uttar Pradesh. Agra di Uttar Pradesh. Masa ni on the way ke Agra.
Bas mini kat atas tu guna petrol ke diesel eh? Aku rasa harganya lebih kurang sama je.
Hello Agra!
Sesampainya di bandar Agra aku ternampak signboard tertulis "Taj Mahal 1 km". Eh dekat je dari bandar. Kami tak sempat explore Agra lansung. Sampai saja terus dibawa ke kedai barangan kulit kemudian check-in hotel. Keluar malam pun pergi satu tempat je, kedai barangan kulit. Aku beli tali pinggang kulit unta untuk suami yang kepalanya (buckle) boleh dipusingkan, jadi tali pinggang tu dapat dua warna coklat dan hitam .
Perempuan India pakai saree sopan je perut tak nampak muka pun bertutup di kawasan ramai orang, "choli" pun berlengan, alih alih segelintir orang Melayu pakai saree terdedah sebahagian besar atas badan 😏
Jadual lawatan waktu malam Taj Mahal.
Penatnya mencari rezeki. Semoga terus kuat.
Tandas awam berbayar di Agra.
Welcome to Delhi - Delhi Yang Super Sibuk
Lokasi terakhir dan termoden antara ketiga-tiga bandar. Ada banyak pokok terutama semambu (neem) di sepanjang jalan masuk ke Delhi. Tak tahulah sama ada Delhi termasuk dalam green city ke tak, yang pasti air and sound pollution ada. Ternampak satu iklan kondo mewah Chintamanis, eh eh projek orang Malaysia/Indonesia ke ni?
Melalui Darya Ganj di Old Delhi, aku perasan ada banyak kedai buku. Ingatkan kawasan universiti tapi bukan, mungkin disebabkan banyak penerbit buku berpusat di sini. Darya Ganj terkenal dengan Sunday Book market atau Kitab Bazaar yang berlaku pada setiap Ahad di kaki lima bangunan. Stesen metro terdekat ialah Delhi Gate.
Rekabentuk bandar Delhi direka oleh arkitek British Sir Edwin Lutyens and Sir Herbert Baker. Lutyens yang bertanggungjawab dalam mereka bandar dan bangunan di Delhi sewaktu penguasana British dari 1920an-1940an. Lutyens adalah lambang kemegahan arkitektur dan kawasan perumahan mewah ciptaannnya menjadi tempat berkumpulnya golongan elit Sunil Mittal dari Airtel, the Burman family dari Dabur Group dan jutawan besi Lakshmi Mittal. Orang kata bilioaire Ratan Tata dan Kumar Mangalam Birla pun tinggal di sini.
Kota House di bandar Delhi adalah kawasan tentera laut. Ada kem dan tempat latihan tentera di sini.
Malam tu aku keluar jalan-jalan. Ya Allah, aku rasa aku menjadi diri pengembara kembali hahahha... seronok dapat explore sendiri (masa hari pertama tour guide dah pesan jangan masuk ke lorong sunyi).
Keluar dari hotel ke kiri, melintas jalan dan terus ke depan sampai hujung aku berjalan. Jumpa kedai kasut kulit, nak belikan anak tak tahu saiz. Disebabkan hp aku tak set roaming terpaksalah balik guna wifi hotel. Aku terus berjalan sampailah satu tempat yang gelap tapi ramai orang. Eh, rasanya tadi tak lalu pun tempat gelap. Mujur ada ambil gambar hotel jadi aku pun tanya pada pekedai. Laa....aku terlupa melintas jalan kat traffuc lights 😄, hmm...tak sah kalau tak sesat hehhe.. Turun kali kedua aku ke kanan dahulu. Semua hotel dan spa je. Takde masat macam di
Bangkok. Aku rasa penting untuk stay di hotel yang dekat dengan Delhi Airport melainkan kita sanggup keluar awal. Kesesakan di Delhi jangan buat memain. Di Singapura takde pun polis trafik jaga jalan tetapi semua teratur, Delhi polis pun takde tak suasanya berbeza dengan Singapura.
Hard Rock Cafe berdepan Janpath Bazaar.
India Street Food
Daripada video makanan jalanan (street food) yang dikongsikan ramai orang, banyak yang nampak sedap tetapi aku tak cuba. Risau. Trip enam hari kalau dah demam atau cirit-birit memang jem paler. Your trip will be ruined! Sedap pada mereka mungkin tak sesuai untuk kita sebab penggunaan rempah dalam kadar atau jenis yang berlainan, yang perut kita tak biasa. Lagi satu, risau jugalah kot kot uli atas lantai je huhu...tapi aku rasa teh masala takde masalah untuk dicuba sebab daun teh direbus lama. Kita pun kalau kena rebus boleh mati inikan pula kuman.
Sebagai peminat gandum, aku rasa best nya dapat makan roti naan bebila masa. Ditempat kita naan biasanya dijual bermula jam lima petang. Nasi briyani sangat sedap walaupun untuk vegetarian. Belajarlah makan sayur supaya bila ke tempat yang sukar mendapat makanan halal kita tak menggigil kelaparan. India ada banyak pilihan makanan vegetarian yang sedap.
Kesimpulan
Penting untuk diingati dan difahami bahawa India adalah sebuah negara yang sangat besar dan rencam. Setiap unik dengan dengan budaya dan gaya hidup tersendiri. Apa yang kita jumpa di sini mungkin tiada di sinun.
Semasa di tempat-tempat pelancongan aku akan offer diri untuk ambilkan gambar memana individu yang dok selfie jadi kira mintalah dia balas juga tapi kadang gambar aku tak seperti yang diharapkan. Malang betul hahaha... Yang paling aku suka tolong ambil gambar makcik pakcik yang datang dalam kumpulan. Kesian terkial-kial nak wefie.
Pekerja hotel mengharapkan tips. Bab ni aku rasa lemas jugalah. Masa check-out hotel Agra dan New Delhi aku tarik sendiri je beg sebab takde duit kecil dah.
Dengan 1.4 bilion penduduk, kena barang yang kau dagangkan memang buat duit beb.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.