India | Ugrasen Ki Baoli @ Agrasen Ki Babri | Lokasi lawatan terakhir sebelum balik Malaysia ialah ke perigi bersejarah di Hailey Road, berdekatan Connaught Place, Jantar Mantar. Kalau tak silap jalan ke sini akan melalui kawasan perumahan golongan elitis. Macam Jalan U-Thant lah.
Oh lupa nak bagitau, di Delhi kami menginap di Hotel Classic Diplomat, lebih kurang 15 minit dari New Delhi Airport. Keluar hotel berjalan ke kiri lintas jalan ada satu kedai kecil briyani halal. Murah je yang saiz suku tu RM3 je dengan ayam dua ketul kecil je lah tapi nasinya sedap. Suku pun cukup dah untuk makan malam.
Pembinaan Telaga Bertangga Di India
Telaga ini adalah contoh pelbagai jenis tempat simpanan air dan tangki pengairan yang dibangunkan di India sejak ratusan tahun dahulu untuk menangani musim kemarau. Perbezaan kedua-duanya dan perigi biasa ialah, telaga bertangga memudahkan pengguna mendapatkan air dan menguruskan telaga tersebut. Air ditarik ke atas menggunakan tenaga kerbau.
Struktur telaga terdiri daripada dua bahagian: yang menegak dari mana air diambil dan laluan bawah tanah condong di sekeliling serta ruang dan tangga yang menyediakan akses ke telaga. Galeri dan ruang yang mengelilingi telaga ini sering diukir dengan perincian dan menjadi tempat rehat yang sejuk dan tenang semasa musim panas.
Sepetang Di Perigi Bersejarah Di DelhiUgrasen Ki Baoli ialah takungan air/perigi/telaga bertangga sepanjang 60 meter dan lebar 15 meter. Ia ditetapkan sebagai monumen dilindungi oleh Archaeological Survey of India (ASI) dibawah Ancient Monuments and Archaeological Sites and Remains Act of 1958.
Perigi dengan 108 anak tangga ini adalah salah satu daripada beberapa seumpamanya yang ada di Delhi. Tiga tingkat boleh dilihat jelas dengan dengan kedua-dua belah dinding direka bentuk seperti pintu gerbang, paling banyak di tingkat tiga dengan 24 pintu gerbang. Di baratnya ada masjid kecil tiga segi. Dari perspektif senibina ia gambaran jelas senibina Parsi - senibina bioklimatik.
Tidak dapat disahkan orang asal sebenarnya membina perigi ini tetapi melalui nama "Agrasen" ia dipercayai dibina oleh komuniti Aggarwal sebelum diperbaiki/dibina kembali oleh Dinasti Tughlaq atau Dinasti Lodi ketika pemerintahan kesultanan Delhi.
Nota:
Dinasti Tughlaq ialah dinasti ketiga yang memerintah Kesultanan Delhi pada zaman pertengahan India. Mereka berkuasa dari 1320-1413 di Delhi bila Ghazi Malik bertakhta dengan gelaran Ghiyath al-Din Tughluq.
Dinasti Lodi ialah keluarga diraja Afghanistan yang memerintah Kesultanan Delhi dari 1451 hingga 1526. Ia merupakan dinasti kelima dan terakhir Kesultanan Delhi dan diasaskan oleh Bahlul Khan Lodi apabila beliau menggantikan dinasti Sayyid.Bersama Pak Ikin travel agent dari Indonesia.
Ugrasen Ki Baoli diajadikan lokasi penggambaran filem blockbuster PK yang dilakonkan oleh Aamir Khan dan filem Sultan lakonan Salman Khan. Filem thriller Mom pun ada shoot kat sini. Episod kedua The Amazing Race Australia 2 2012 pun masukkan perigi ini. Tu yang tular tu.
Lokasi Ugrasen Ki Baoli:
J6GG+C2F, Hailey Road
KG Marg (near Diwanchand Imaging Centre)
New Delhi
Delhi 110001
India
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.