India | Qutub Minar - the UNESCO World Heritage Site | Selepas check-out kami meninggalkan negeri Uttar Pradesh menuju New Delhi sejauh 230 km. Jaipur-Agra-Delhi jauh jauh belaka tapi tak rasa penat sangat sebab guna servis travel agent. Naik bas turun bas tak payah fikir apa-apa.
Owh...sebelum check-out aku pi beli barang kat kedai runcit sat. Kat depan kedai tu ada tandas berbayar moden jenis stainless steel, nampak macam peti sejuk beku kat kedai. Nantilah kalau rajin aku buat satu blogpost khas gambar-gambar menarik sepanjang di India. Kalau berjalan sendiri lagilah macam-macam aku jumpa.
Dalam perjalanan ke New Delhi kami berselisih dengan beberapa bas dua tingkat (?) yang mana penumpang atas duduk berlunjur. Tak taulah macam mana mereka naik, merangkak ke? Selain itu aku perhatikan juga motorsikal yang digunakan, hampir semuanya jenis macam Hero Xtreme 125R, Honda Shine, Hero Splendour, Royal Enfield Hunter...macam dalam filem tu. Honda EX5 lampu petak takde 😁. Di bandar dan sepanjang jalan banyak pokok semambu (neem). Daun semambu banyak digunakan dalam ayurveda dan perubatan tradisional.
Seperti yang telah aku tuliskan sebelum ini, para gadis dan wanita memakai saree atau salwar sebagai pakaian harian. Di Malaysia kita boleh nampak suasana begini time depa kenduri ja, itupun semakin ramai yang tak reti pakai sendiri siap ada mak andam yang buat servis pakaikan saree.
Sejam Di Qutub MinarQutub Minar adalah menara dan "victory tower" dengan 399 anak tangga yang berada di dalam Qutb Complex di Mehrauli, selatan Delhi yang telah diberikan penarafan UNESCO World Heritage Site pada 1993. Asas pembinaannya dimulakan oleh Qutab-ud-din Aibak dengan sebahagian besarnya dibina antara 1199 hingga 1220 dan kemudiannya disambung oleh pemerintah seterusnya. Kompleks Qutub ini berada di kota berkubu tertua di Delhi iaitu Lal Kot.
Menara Qutub Minar ada elemen senibina tradisional islam dan asia selatan. Dalam esei The Qutb Minar from Contemporary and Near Contemporary Sources tulisan
Ved Prakash, beliau mengatakan Qutb Minar dilihat sebagai contoh terawal dan terbaik bagi gabungan atau sintesis tradisi Hindu-Muslim.
Qutub Minar setinggi lima tingkat dibina dengan batu pasir merah dan kelabu. Tingkat bawah tanah siap semasa pemerintahan Ghiyath al-Din Muhammad, sultan di era Dinasti Ghurid. Permukaan menara dihias rapi dengan inskripsi dan corak geometri yang sungguh kemas buatannya. Hebat betul hasil kerja orang dedulu tanpa bantuan gajet canggih seperti sekarang. Sesiapa yang berminat dengan senibina patut datang sini belajar sesuatu.
Tour guide sedang memberi penerangan.
Berteduh di bawah pokok semambu sementara tour guide belikan tiket. Tak lama pun sebab ada lorong berasingan untuk pelancong asing.
Kebetulan lalu pula kapal terbang.
Kat atas tu, Laa ilahaillallah muhammadurrasulullah.
Terima kasihlah kepada adik yang ambil gambar ni, nampak kurus kite ha..
Cantiknya dan unik.
Sejak berlaku kejadian bunuh diri dan rempuhan, menara ini tidak lagi dibuka kepada umum. Boleh menikmati pemandangan dari luar sahaja.
Bagaimana ke Qutub Minar?
Auto rickshaw banyak. Kau tahan je lah bunyi tin tin tin tu...eh tapi best apa. Kau cakap je nak pergi situ berebut diorang nak hantar. Deal harga sebelum naik.
Atau, ambil metro Yellow Line dari Stesen New Delhi ke Qutub Minar lepas tu naik auto dalam 10 minit.
Tiket Masuk:Warganegara India dan pelawat dari SAARC (Bangladesh, Nepal, Bhutan, Sri Lanka, Pakistan, Maldives dan Afghanistan) dan negara BIMSTEC (Bangladesh, Nepal, Bhutan, Sri Lanka, Thailand and Myanmar) -
INR50 seorang (bayaran tunai)
INR35 seorang (belian atas talian)
Pelawat asing:
INR600 seorang (bayaran tunai)
INR550 seorang (belian atas talian)
Semua kanak-kanak dibawah 15 tahun PERCUMA.
**Selepas ni kami ke Ugrasen Ki Babri. Ngamsoi untuk ootd. Untuk bacaan lain tentang India, boleh mula dari blogpost
"ringkasan trip".
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.