India | Patrika Gate dan karya seninya | Patrika Gate adalah bangunan baharu yang dibina oleh Patrika Group of Newspaper di Jawarhalal Nehru Marg dan dibuka kepada umum pada 2016. Ia dibina sebagai memorial yang mengetengahkan senibina dan budaya seluruh daerah di negeri Rajashtan.
Patrika Gate merupakan pintu masuk ke Jawahar Circle Garden. Ramai pengunjung masa kami ke sini. Ada pasangan buat post wedding photoshoot berlatar belakangkan rekabentuk menarik 'pintu pagar' ini dan hasil seni di tiang dan siling dengan corak dan warna-warna yang sangat menarik.
Setiap tiang Patrika Gate dicat dengan sebahagian maklumat tentang negeri Rajashtan. Rekabentuk mewahnya sangat mengagumkan.
Ada tiga pasangan pengantin buat wedding photoshoot waktu ni. Kita bagi laluan kat depa bergambar untuk kenangan seumur hidup. Semoga berbahagia.
Sila fokus kepada hasil seni di atas tu...
Bahagian belakang Patrika Gate.
Mak mak me time.
Bila overweight ni kan, bersilang kaki lelama tunggu jurugambar shoot pun dan menggigil kaki nak maintain cun hahahahha...
Ada latihan roller blade. Ada budak main kasar eh tak padan kecik.
Muzium Albert Hall adalah yang tertua di Rajashtan dan berfungsi sebagai muzium negeri. Ia adalah contoh terbaik Indo-Saracenic architecture dan dianggap muzium kurun ke-19 terbaik kerana variasi koleksinya. Muzium ini telah diubahsuai pada 2008 dan dibuka semula sebagai muzium yang paling moden di India.
Bangunan muzium direka oleh Samuel Swinton Jacob dan dibantu oleh Mir Tujumool Hoosein. Dibuka kepada umum pada 1887, pada asalnya Maharaja Ram Singh mahu bangunan ini dijadikan dewan bandaran tetapi penggantinya, Madho Singh II membuat keputusan untuk menjadikannya muzium kesenian Jaipur dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Ram Nivas Garden.
Ia dinamakan sempena King Edward VII (Albert Edward) yang ketika lawatannya ke Jaipur pada 6 Februari 1876 memegang status Prince of Wales. Kolonel Tomas H. Hendley menjadi kurator untuk muzium ini.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.