India | Hawa Mahal - Indahnya Istana di Tengah Kota



Hawa Mahal - Indahnya Istana di Tengah Kota | Sebenarnya sebelum ke Hawa Mahal kami ke Patrika Gate dan singgah ambil gambar Albert Hall Museum dari jauh. Nak masuk AHM masa suntuk sangat, tak enjoy.

Hawa Mahal yang terletak di Badi Chaupar (Big Square) di tengah bandar Jaipur juga dikenali sebagai Palace of the Winds. Siap pada 1799 ia kini diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site yang menjadi tumpuan pelancong. Secara purata sejuta pelancong melawat Hawa Mahal setiap tahun. Tu yang menggedik nak pergi sangat heheh...


Pemandangan dari Tattoo Cafe.


Nampak sedap untuk dikunyah tapi aku sangat berjaga-jaga risau sakit perut. 


Ada juga barang dapur yang menarik tapi aku tak beli luggage jadi kena abaikan.


Masa sampai di Hawa Mahal hari masih siang dan kami lalu di deretan kedai selepas turun bas. Banyak kedai sini weh. Tak beli apa pun masa ni sebab terus naik ke Tattoo Cafe & Lounge untuk mendapatkan pemandangan terdekat dan terbaik. Tattoo Cafe di tingkat dua dengan tangga tegak. Huh.


Caj sebanyak INR250 dikenakan kepada pelanggan namun bil makanan minuman akan ditolak dari sini. Jika kurang kenalah top-up. Aku rasa jumlah yang dikenakan agak besar jugalah untuk penduduk tempatan.

Sila naik tingkat dua. 

Bandar yang padat dan bingit dengan hon kenderaan. 

Jaipur ni di lembah yang dikelilingi bukit-bukau.

Hawa Mahal telah direka oleh Lal Chand Ustad atas titah Maharaja Sawai Pratap Singh, cucu founder Jaipur. Ia dibina sebagai sambungan bilik wanita Istana Bandar, sebagai tempat kerabat wanita memerhati keadaan di bazar tapi lelaki asing takkan nampak mereka. Macam melihat dari sebalik tabir atau pakai purdah la... takde lah bosan terperuk dalam istana tak nampak apa. Bukan ada tv pun masa tu.

Bangunan ini dibuat dari batu pasir merah. Ia terkenal sebagai bangunan tertinggi di dunia yang dibina tanpa asas. Macam mana tu eh? Bangunan ini juga dipengaruhi gaya Mughal yang diterjemahkan melalui susunan simetri bahagian hadapan. Bahagian ini berketinggian 15 meter (50 kaki) dengan 953 tingkap kecil berbentuk sarang lebah. Kekisi tingkap yang rumit ini membenarkan angin sepoi sepoi masuk menyejukkan bahagian dalam. Itulah sebabnya dipanggil "Palace of the wind".

Pintu utama Hawa Mahal di imperial door di City Palace dengan tanjakan membawa ke tingkat atas. Rekabentuk begini dicipta untuk memudahkan laluan tukang bawa tandu. Tandu tu yang macam belakang kereta kuda tapi manusia yang jadi tukang tariknya. Ada nampak hari tu tapi tak tahulah ada servis khas untuk pelancong pusing kat situ atau sekadar bergambar. Masa nampak tu aku rasa macam 'terganggu' jugalah bila nampak omputeh atas tu, teringat-ingat satu gambar orang tempatan mengendong omputeh di belakangnya menyeberang sungai kalau tak silap (gambar zaman kolonial).

Kami hanya dapat melihat bahagian tetingkap ini saja jadi apa atau bagaimana keadaan di dalam sana tak dapatlah nak dibuktikan dengan gambar sendiri. Masa kami minum di kafe hari pun bertukar senja, lampu Hawa Mahal dinyalakan dan berkumandang azan dari beberapa masjid. Indah dan syahdu.

Masa ni dah senja tapi aku tenagkan gambar ni.



Gambar last pada hari tersebut. Lepas tu hp terus padam keletihan.

Selepas kira-kira sejam barulah kami berpeluang membeli-belah. Menyesal minta sejam je, terkejar-kejar beli barang. Aku rasa kedai no 2 tu murah. Masa siang tu nampak ramai pelanggan malam pun masih ada pelanggan duduk. Time ramai tu malaslah aku nak singgah, kita pelancong kan...takut kena 'sembelih'. Masa singgah sekejap malam tu dia buka beg plastik aku dan bagitau kain saree tu dia jual 400 rupees je. Cisss! Tak payah tawar pun, murah.

Ini kedai no 2 tu. Bila menghadap kedai ni Hawa Mahal di sebelah kanan.

Suasana macam dalam filem tamil/hindustan. 

Bila masa sesuai untuk melawat?

Pagi, waktu belum ramai orang senang dapat clean background. Rakyat India 1.4 bilion oih...kalau 1% sahaja melancong dalam negara berapa ramai dah tu? Perhatikan juga dari mana arah matahari terbit, barulah dapat gambar yang lebih menarik takdelah flat saja. Waktu malam pun cantik bila semua lampu dinyalakan. Lawa teruks. 

Waktu operasi:
Setiap hari dari 9 pagi - 4.30 petang. Ada stesen metro berdekatan.

Harga tiket masuk:
INR50 seorang untuk warga asing. Sebenarnya boleh beli tiket komposit yang membenarkan kita melawat TUJUH tempat dengan harga INR400 sahaja. Tempa-tempat tersebut ialah:
1. Amber Palace
2. Jantar Mantar
3. Hawamahal
4. Nahargarh
5. Albert Hall
6. Sisodia Garden
7. Vidhyadhar Garden

Alamat:
Hawa Mahal
Hawa Mahal Rd, Badi Choupad
J.D.A. Market, Pink City
Jaipur
Rajasthan 302002
India



Post a Comment

0 Comments