India | Amber Fort in "Pink City" Jaipur, Rajashtan | Aku rasa gembira sangat berjaya menjejakkan kaki ke India. Dihidangkan dengan filem Hindustan sejak kecil, menyanyi menari di rumah agam dan berguling di lokasi indah menyebabkan rasa ingin ke sana tu semakin menebal setiap hari. Ditambah dengan perkongsian gambar-gambar di medsos lagilah tak sabar nak pergi.
Kenapa nak sangat ke India?
Orang kata, kalau boleh survive di India pasti boleh survive di tempat lain. Setakat ni boleh je survive di China walau mereka tak pandai berbahasa Inggeris lansung. Aku nak tengok bagaimana situasi di Malaysia puluhan tahun dahulu dengan melihat negara lain. Sama macam masa ke Ho Chi Minh City dulu sebab nak tengok Malaysia semasa motosikal banyak di jalan raya tapi HCM another level betul sibuknya, nak melintas pun cuak 😂
India negara yang vibrant dengan 43 UNESCO Heritage Sites, yang keenam terbanyak di dunia. Di Rajashtan sahaja ada empat iaitu:
1. Keoladeo National Park
2. The Jantar Mantar, Jaipur
3. Jaipur City
4. Hill Forts of Rajashtan (seluas 736 hektar) - Chittor Fort, Kumbhalgarh Fort, Amber Fort, Ranthambore Fort, Jaisalmer Fort dan Gagron Fort.
Dengan peruntukan satu hari setengah sahaja di Jaipur maka aku hanya sempat melawat Amber Fort. Yang lain-lain tu next time lah, nak peruntukkan seminggu untuk Rajashtan sahaja nanti. Manalah tahu masa tu dah tak kerja lagi dan berduit boleh round satu India. Owh ya, trip ini bukan trip bajet sangat sebab nak cover banyak tempat jadi gunakan khidmat tour operator.
Dari tempat sewa jip.
Kesar Kyari Garden di Maorta Lake
Rezeki ada orang buat photoshoot boleh tumpang sekaki. Entah berapa ribulah agaknya harga baju tu.
Model ni free je 😊
Belah atas ada orang jaga.
Manis kan adik-adik ni? Suka tengok diorang pakai saree.
Seperti biasa sudah pastilah ada kedai souvenir.
AMBER FORT YANG ARTISTIK
Amber Fort atau Amer Fort ialah sebuah kubu yang terletak tinggi di atas bukit di Amer, Rajashtan. Pelancong yang ke Jaipur pasti akan memasukkan Amber Fort dalam senarai lawatan, orang kata "must see" lah. Sewaktu aku ke sana pelancong tempatan dari negeri lain yang lebih ramai daripada warga asing. Suka tengok diorang sopan je paki sari warna-warni. Guide dah bagitau sesiap fasal penjual yang menjual secara hardsell, kalau tak nak beli abaikan je. Cakap je tak nak walaupun mereka tetap sua ke kita. Pandai eh mereka cakap Melayu masa menjual tu. Memula 10 seratus lepas tu naik 12 seratus lepas tu up lagi sampai 20 seratus. Buat apa fridge magnet bebanyak uii.. aku dah la tak beli luggage.
Aku memang kagumlah dengan rekabentuk bangunan-bangunan di Jaipur yang cirinya hampir sama antara satu sama lain. Merah bata dan merah jambu ialah warna yang memasyhurkannya sebagai "the pink city". Kata tour guide, kalau nak tengok "the blue city" kena pergi Jodphur pula.
Perjalanan ke Amer Fort dimulakan dengan menyewa jip di satu kawasan yang dikhaskan sebelah tasik. Di situ juga kita boleh mendapatkan pemandu pelancong dengan kadar yang ditetapkan:
1- 4 orang = 400 rupees
4-15 orang = 600 rupees (kenapa tak start dari lima eh?)
15-35 = 1000 rupees
Di kaki bukit ada ramai lelaki bermotorsikal yang buat servis semacam "gojek". Ketar kaki menapak weh, jauh ke atas nun. Untuk masuk ke Amber Fort warga asing dikenakan tiket INR550 seorang manakala pelajar asing INR100 sahaja seorang. Bawalah student card time melancong.
Lawatan ke Pink City tidak lengkap jika tidak "tick" tempat yang wajib dilawati di Jaipur. Amber Fort yang letaknya 11km dari pusat bandar adalah bangunan dengan gabungan senibina Rajput dan Mughal tinggi di atas bukit. Pemandangan dari Amber Fort sangat mengasyikkan dengan Maota Lake yang menjadi sumber air bersih untuk Amer Palace nun di bawah sana.
Istana mewah yang menajdi kediaman Maharaja Ratput dan keluarganya dibina dengan batu pasir dan marmar. Ia dibina empat tingkat dengan 12 bilik untuk para permaisurinya dan bersambung ke bilik maharaja. Ada Diwan-e-Aam (dewan awam), Diwan-e-Khas (dewan persndirian), Sheesh Mahal atau Jai Mandir (istana cermin) dan Sukh Niwas dimana suhu sejuk dihasilkan oleh angin yang bertiup dari kolam air dalam istana.
Berkeluasan empat kilometer persegi, apa pun ia dipanggil - Amer Fort/Amer Palace/Amber Fort/Amber Palace/Amer ka Kila - istana ini mengingatkan zaman maharaja India dan keagungannya.
Tiket masuk ke Amber Fort di siang hari antara 8 pagi - 6 petang ialah INR500 bagi warga asing manakala antara 7 petang - 9 malam semua dicaj INR100 sahaja tetapi hanya boleh melihat persembahan lampu dan bunyian sahaja, kawasan lain ditutup.
Bagaimana untuk ke Amber/Amer Fort?Ada bas dari Ajmeri gate dan MI Road tapi sambung naik jip atau teksi motor bila sampai sana. Boleh juga sewa auto-rickshaw atau kereta dari mana-mana.
Tips Membeli-Belah
Berdekatan kawasan parkir (baru nak mendaki) ada penjual kasut yang letak harga 100 rupees terus, tak payah tawar-menawar dah. Aku rekemen beli dari dia. RM5 jer uii.... tanya saiz mak adik kakak aweks sesiap. Orang lain jual 300 rupees, di bandar Jaipur kat Hawa Mahal lagilah tak murah.
Aku tak habis melawat keseluruhan kawasan, fort fort yang lain pun tak pergi sebab kena ke tempat lain pula. Semoga ada kesempatan untuk ke sini lagi.
💓 Jaipur
Bersambung...
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.