UJIAN PERSONALITI @ PERSONALITY TEST | Semalam sajalah buat ujian personaliti sebab HRE minta join interview calon staf baru. Sebenarnya sebelum ni dah pernah ikut menemuduga tapi kali ni nak buat berlainan sikit jadi try kat diri sendiri dulu. Dia dengan cara dia aku dengan cara aku sendiri kemudian terpulang kepada dia untuk timbang-tara yang mana satu nak diambil bekerja.
Masa aku mohon kerja di satu bank lamaaa dulu, ujian bertulis dua jam! Kalau tak silap ujian english dan matematik padahal minta kerja kerani je. Alhamdulillah lulus... dan aku berbangga dengan diri sendiri sebab walaupun lembs maths tapi pandai kira duit sampai sekarang...jadi mata duitan terus! hahahha...
Banyak komen yang mengatakan generasi sekarang berbeza sikap daripada sebelumnya. Mungkin sebab didikan ibu bapa yang tidak lagi tertalu tegas dengan anak-anak, kesenangan hidup dan keluarga itu sendiri kebanyakannya tinggal di bandar yang membuatkan SESETENGAH generasi baru tidak kisah sangat jika tiada pekerjaan - sentiasa ada makanan di rumah, ada lesen motor kereta ada pengangkutan sendiri, kawasan perumahan ada kemudahan pengangkutan awam yang efisien, ada handphone, ada wifi dan berbagai kemudahan yang disediakan ibu bapa yang bertungkus-lumus mencari rezeki sejak muda. Peluang membuat duit pun lebih mudah di zaman ini. Review makanan boleh, hantar orang/makanan boleh, buat content entah apa apa pun boleh... semua dari rumah jer.
Mengikut pengalaman kawan-kawan dan bacaan di page tertentu, agak mencabar menangani sebahagian sikap manusia. Kalau si fulan rasa nak datang kerja di datang. Kadang hilang dua tiga hari lepas tu datang balik. Ditegur, dia berhenti kerja. Kerja sehari kemudian rasa tak best, dia tak datang dah esok hari (anak sendiri pun ada buat perangai ni, sabor je ler dengan perangai budak sorang tu). Kerja sebulan dua sebelum confirmation dia berhenti. Kadang up status di media sosial play victim. Kesudahannya, HRE tiap-tiap bulan kerja temuduga orang je. Mengeluh dia hahahha.... aku tolong interview je lah, bab lain setakat ni belum campur lagi sebab banyak hal sulit.
Sebenarnya ujian personaliti aku pernah buat 10 tahun dahulu dan kali ini buat lagi setelah umur bertambah, pekerjaan pun berlainan, emosi semakin stabil - tak ramai dah yang nak dimarah kat rumah tu 😅. Ujian personaliti ini bagus sebagai maklumat tambahan kepada hiring manager/human resource executive. Dengan soalan standard yang ditanya ditambah dengan ujian ini, HRE can connect the dots dan dapat gambaran personaliti seseorang calon sebab ia hampir tepat.
Bagi aku sendiri, keputusannya bolehlah dikatakan 100% betul. Ramai personaliti terkenal dalam kumpulan yang sama seperti Steve Job yang membuatkan aku rasa ermm....jauhnya kejayaan mereka...bagai langit dengan bumi.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.