Melaka | Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi



Januari lalu sekali lagi aku ke Muzium Kapal Selam Melaka sebab tak puas hati kali pertama dulu tak dapat masuk. 

Kapal Selam French Ships (FS) Ouessant Agosta 70 telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Melaka. Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam dari Perancis dilaksanakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di Melaka pada 12 November 2011.

Kita kena selalu ingat bahawa keamanan yang kita kecapi hari ini adalah sebab pengorbanan para pejuang dan anggota keselamatan yang berterusan menjaga udara, darat dan air malah di dasar lautan negara ....


Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah semasa ia belayar di lautan Atlantik pada tahun 2009Untuk maklumat lanjut boleh baca di post lama (klik sini). Kali ini kita enjoy tengok gambar sahaja di sini.













Bayaran Masuk:
RM10.00 – Dewasa
RM5.00 – Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun. Enam tahun ke bawah PERCUMA

Waktu Operasi:
9:00 am – 5:00 pm Selasa hingga Ahad
Rehat 12:15 pm – 2:45 pm pada setiap hari Jumaat sahaja
**Tutup pada Isnin


Muzium Kapal Selam Melaka
Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang
Jalan Klebang Besar
75200 Melaka
Lokasi Google Maps


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota, 75000
Melaka
Tel: 06-2826526/2811289
Fax: 06-2826745

Email: admin@perzim.gov.my

Post a Comment

0 Comments