'Healing' 3d 2n At Pulau Langkawi, Kedah | Apa lagi yang menarik di Langkawi?



'Healing' 3d 2n At Pulau Langkawi, Kedah | Apa lagi yang menarik di Langkawi? | Owh lupa nak cerita, aku sewa kereta Alza RM70 sehari . Masa sampai di lapangan ada orang offer dua hari RM90/100 tapi aku tak nak sebab sampai pun dah lewat petang dan malam tu nak enjoy di Pantai Cenang saja. Bila sewa sehari jadi mahallah.

Aku singgah ke MAHA Tower "the jewel of Langkawi skyline" . Cantik tone colour gambar-gambar di website MAHA Tower . Ia digambarkan sebagai ikon terbaharu Pulau Langkawi, menjadi jantung kepada tanah Mahsuri ini tetapi hakikatnya agak sunyi. Zus Coffee dan 7 Eleven ada. Mungkin ramai bila ada acara sahaja kot.

Lama jugalah proses pembinaan, dari 2014 hingga 2020 baru siap, lebih lama daripada apartment lima tingkat (biasanya tiga tahun dah siap). Aku suka tengok senibinanya. Bergambar di sini sewaktu golden hours sangat cantik.

Kemudian pi jenjalan ke pekan Kuah nak ambil gambar di tugu helang di Eagle Square tapi jalan ke situ ditutup untuk renovasi. Berjalan kaki malaslah pula... teringat masa dulu minta tolong seorang pelancong China ambil gambar kami bertujuh, ternganga dia lepas sorang sorang anak aku berkumpul hahahha... dia dok China boleh beranak sorang ja.

Terus ke Haji Ismail Group. Ya Allah teringinnya set pinggan-mangkuk baru. Percaya tak, aku tak pernah beli set pinggan sejak kahwin? Zuhud tak? haahhahah.... guna hadiah kahwin yang customer hadiahkan masa kahwin dulu. Kemudian husband beli pinggan melamine sebab dia tak suka guna pinggan leper maklumlah makan pakai tangan. Pernah satu masa tu cawan pinggan selalu pecah sampai husband cakap kat anak, mak mu tak nak beli pinggan baru ka?? hahahha...terbalik dah, husband pula yang concern. Aku jawab nak beli kat Langkawi 😄 

Alasan nak pergi Langkawi.

Dah sampai Langkawi tak beli luggage pula...Air Asia dah mahal kalau nak add-on jam jam tu. Nampak kain batik halus yang sangat halus coraknya. Ingat nak beli satu, cadangnya bebila tempah seluar ke kain ke... sekali tengok harga mak aii...rm57! Letak balik. Selera orang kaya betul aku ni huhuu... 

Akhirnya beli coklat. Dah tak jadi percutian bajet bila beli coklat banyak-banyak tu. Dah lah bawa backpack kecil je. Best lah shopping coklat sini, murah sikit daripada kedai di Chenang Walk tu.


Kedai Haji Ismial Group. Ada hotel sekali sini.


Berhenti sekejap atas jambatan semasa ke Langkawi Skycab.

Salah satu lokasi yang menyedihkan aku ialah Telaga Harbour (sebelumnya Awana Porto Malai). Dulu suka berjalan-jalan di sini sambil makan roti dari The Loaf. Di sinilah kenal The Loaf. Kedai-kedai di situ kosong dan nampak buruk. Yang ada hanya kedai membaiki sofa dan peralatan pelayaran. Sedihnya lahaii..

Bot persiaran masih banyak, yang diiklankan untuk dijual pun ada. Kagum tengok kehidupan para pelayar ni yang belayar sepanjang hayat. Aku naik bot nelayan mabuk naik bot ekslusif pun muntah sampai terbaring atas lantai hahahah...nasib baik kapten bot tak jual plastik tu selai singgit. Dapat job ambil gambar event atas kapal pun tolak, karang gambar ke mana aku ke mana.



Aku juga ke Air Terjun Telaga Tujuh. Memandangkan tak cukup masa aku sekadar lalu je.

Kemudian nak pergi ke satu tempat lagi tapi pergi sekerat jalan je, terasa jauh lagi pun jalannya agak sunyi.

Kesimpulannya, aku gembira dapat berada di Langkawi sekali lagi tetapi agak sedih melihat hotel-hotel yang tak beroperasi lagi yang mana suatu ketika dahulu gah berdiri, pokok kelat paya yang kembang tidak dikemaskan, bumbung bangunan perniagaan di Kuah rosak tidak diperbaiki, kawasan sekitar penginapan yang tidak dibersihkan. Shower bilik aku tak keluar air di malam kedua, aku juga nampak gelas-gelas bilik sebelah tidak dikutip selama dua hari.

Ramai warga asing berniaga tetapi tidak memperdulikan kebersihan di hadapan kedai, agaknya mengharapkan pekerja pembersihan semata. Tiles di kawasan pejalan kaki ada yang pecah dan membahayakan pengguna padahal nampak baru lagi.

Gembira dan kecewa. Kalau hampa biasa ke Thailand hampa pasti akan faham perasaan ni. Kerajaan Thai dan Tourism Thailand sangat serius dengan bidang pelancongan yang menjana pendapatan berbilion Baht. Seriuskah kita?

I ❤️ Langkawi (but a bit dissappointed).


-----------------------------------------------------💓💓💓💓-------------------------------------------------------

Nah...

Jadual Pasar Malam di Langkawi

Pasar malam Ulu Melaka
Ulu Melaka, Jalan Padang Matsirat
Isnin 6 p.m-10 p.m
Pasar malam Padang Matsirat
Tempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat,
Ahad 6 p.m-10 p.m
Pasar malam Air Hangat Berdekatan Bulatan Simpang 4, Ayer Hangat.
Jumaat 6 p.m-10 p.m
Pasar Malam Padang Wahid Simpang Tiga Dimat / Padang Wahid
Selasa 6 p.m-10 p.m
Pasar Malam Kuah Depan Hotel Baron, Kuah
Sabtu & Rabu 6 p.m-10 p.m

-----------------------------------------------------💸💸💸----------------------------------------------------------------

Kos 3h 2m untuk SEORANG. Aku pergi Thailand je lah camni hehehe..


LANGKAWI 7-9/5/2024

DATEPARTICULARAMOUNT (RM)METHOD
7/5/2024Air fares158.00dr CA
Bus11.50dr CA
Ticket re-print1.70cash
Lunch39.00dr CA
Grab12.30cash
Room54.00dr CA
Mangrove Tour 08052480.00dr CA
Dinner24.00cash
Chocolate11.80cash
Air mineral3.90cash
396.20
8/5/2024Breakfast3.50cash
Park fee2.00cash
Car rental170.00cash
Petrol15.00cash
Chocolate167.00c/c
Drinks2.00cash
Dinner13.00cash
Room50.00dr CA
422.50
9/5/2024Breakfast3.80cash
Toilet1.00cash
Cable car entrance47.00dr CA
Parking10.00cash
Lunch20.00cash
Petrol5.00cash
Grab12.30cash
Bus12.60dr CA
Refund car rental dep-100.00
11.70
TOTAL830.40
Cash211.30
Dr CA452.10
Credit card167.00
830.40


Post a Comment

0 Comments