3h 2m di Bangkok, Thailand | Melaram di Wat Arun



Thailand | 3h 2m di Bangkok - Naik Bot Untuk Melaram di Wat Arun | Hari ketiga ialah hari kami balik ke Malaysia semula dan perlu berada di Don Mueng Airport jam 7.30 malam. Perancangan asal hari kedua nak pulun ke Maeklong Railway Market - Amphawa/Damnoen Saduak floating market - Kanchanaburi tapi sewa kereta dengan driver sangat mahal, THB6500, tak mampu kami. Tour agency kata very far, kalau sewa kereta kena sewa 12 jam. Kalau ada kereta sendiri on je tu...takdelah jauh mana berbanding roadtrip yang biasa kami buat.

Malam semalam dah bagitau kakak aku nak pergi Pratunam look see look see dahulu sebelum ke Wat Arun yang dikenali juga Temple of Dawn. Biasanya begitulah aktiviti aku pepagi sebab di pasar kita boleh melihat budaya sesuatu kaum. Lagipun kekadang ada barang jualan yang menarik dan murah (dulu pernah beli swimming trunk kualiti baik murah betul di kedai kat Pratunam tu) tapi tak jadi pula.

Dah pukul 10 pagi baru kami memulakan langkah. Tak biasa aku buat gini waktu berkembara solo, masa lawatan jadi singkat dan hari dah panas. 10 pagi di bangkok bermakna 11 pagi di Malaysia. Paneh!

Setengah jam jugalah menunggu Bolt. Wah, naik Navara pagi tu. Pemandu bagitau nak bawa ikut highway sebab jalan sesak dan minta kami bayarkan tol. "I have no money", katanya. Satu sebab lagi aku elakkan keluar lambat terutamanya hujung minggu kerana orang lain semua dah bangun, kenderaan dah bersusun atas jalan raya.

Kami turun di BTS Saphan Thaksin di mana ia berdekatan dengan Sathorn Pier, jeti untuk ke Wat Arun. Kalau terus jalan darat pun boleh jer tapi kita nak tengok tempat orang kan?

Di luar jeti ada yang jual pakej dengan harga 200 baht. Kakak main setuju aje...eeh...senang kena tipu anak aku ni. Kita masuk ke jeti dan beli tiket di sana THB16 seorang dan tunggu Chao Phraya Express Boat dengan bendera warna oren. Tak kira turun di jeti mana harga tiket tetap sama THB16.

Konduktor akan jerit nama jeti (pier) atau nama mercu tanda (landmark), contohnya Icon Siam! Icon Siam! haa.. kau turunlah kat jeti tu. Kami dengar dia jerit "Wat Arun!" tapi kenapa kat sebelah sana? Buat bodow je lah kot kot dia bagi peringatan awal tapi berhenti kat jeti Wat Arun kan...sekali dia jalan terus hahahh... Kita kena turun di Tha Tien Pier kemudian menyeberang naik bot lain dengan tambang empat baht. Di jeti depan tu kami naik bot lain untuk berpatah balik dengan tambang 30 baht. Kemain tambang dia eh padahal dekat je.

Tiket masuk ke Wat Arun ialah 200 baht seorang dan pemeriksa tiket akan cop di tangan.

Icon Siam shopping mall. Naik bot pergi shopping, satu pengalaman yang berbeza.

Wat Arun @ Temple of Dawn. Dah beli tiket terus ke kanan untuk sewa kostum tradisional Thai.


Melaram di Wat Arun

Sebenarnya aku beriya nak ke Wat Arun sekali lagi selepas tengok kawan bergambar dengan pakaian tradisional Thai. Cantik weh. Macam pergi Bukit Tinggi lah, nak juga bergambar dengan pakaian tradisional mereka.

Pakaian tradisional Thai atau chut Thai - untuk perempuan ia terdiri daripada pha nung atau chong kraben, balus dan sabai. Pendududk di utara dan timur laut Thailand pakai sin dan chong kraben dengan blaus atau suea pat.

Dari arah jeti, selepas masuk tu kita ke kanan jalan terus melepasi pintu masuk lagi satu. Kita akan jumpa yang sewakan THB150 baht siap aksesori untuk dua jam. Mekap caj lain payung caj lain jurugambar professional (setengah jam) caj lain. Kami guna handphone jer...travel light katakan. Lepas tu kau bergasaklah bergambar dalam kawasan Wat Arun tu selama dua jam. Seronok kalau pergi dengan kawan yang pandai ambil gambar.

Rasanya ada tiga tempat menyewa kostum tradisional di sini dengan harga berbeza THB150, THB200 dan THB300. Aku kena yang THB200 bath tu, pemeriksa tiket bawa kami ke kedai tu. Mujur tak terus call kedai yang aku screenshot IG, THB300 dia caj. Kostum ni kita pakai terus di atas pakaian sedia ada. Ada banyak warna dan corak kain serta manik cantik cantik belaka bila dipakai. Oleh sebab blouse aku warna kuning keemasan, aku pilih kostum senada. Kakak pula lupa bawa inner jadi dia sewa blouse putih THB50. Cantik warna kostum yang dia pakai tu...hmm dia apa apa warna pun masuk.

Kami bergambar sekitar bangunan utama itu je kemudian masuk tengok ruang ibadah pastu balik. Kalau aku pergi sorang habis segala pelusuk aku masuk. Pengalaman dan gambar aku mesti worth that 200 baht entrance ticket.

Perlu diingat, wat adalah kawasan ibadah penganut agama Buddha jadi kenalah jaga kelakuan memasing. Sepertimana kita nak orang lain menghormati agama kita, kita pun kenalah beradab di 'rumah' orang. Bukan bersetuju dengan mereka tetapi MENGHORMATI. Pakailah pakaian yang sopan menutup lutut dan ketiak. Kalau tak, kena sewa kain sarung THB20 sehelai. Memang murah tapi lecehlah bersarung bagai.

Cantik dan segak belaka memasing. 


Kita bikin romantis...bikin paling romantis..💕🎶🎸



Boleh ke bunyikan gong ni eh? Aku rasa pernah tengok satu dokumentari yang mana sami Buddha bengang dengan sesetengah pelancong yang main gong la bunyikan loceng la..

Puaslah hati setelah bergambar di Wat Arun. Mungkin akan ke sini lagi bila berat dah turun 14 kg nanti 😄


Bagaimana Untuk ke Wat Arun Menggunakan Pengangkutan Awam?

Aku suka guna public transport to Wat Arun walaupun gunakan kenderaan sewa khas lebih mudah. Tak sukar mana pun cuma perlukan lebih tenaga dan masa sahaja. Kita bercuti ye dak...santai sudah.

1) Dengan menaiki bas:
Tengok mana laluan bas tu, tahan je tengah jalan. Turun di Wat Pho dan berjalan kaki enam minit. 


2) Dengan menaiki Airport Rail Link (ARL) dan MRT:

Dari ARL turun di Makasan, tukar naik MRT Petchaburi (MRT blue line) dan turun di MRT Sanam Chai. Lepas tu jalan kaki ke Wat Arun. Cara ini kena belanja lebih sikit berbanding bas.


3) Dengan Menaiki Skytrain Dan Bot:
Cara ni paling menarik. Naik skytrain (lrt) dari mana-mana stesen kemudian turun di BTS Saphan Thaksin. Jalan kaki sikit ke Jeti Sathorn (Sathorn Pier), beli tiket THB16 naik bot Chao Phraya Express yang ada bendera warna oren dan turun di Tha Tien Pier. Naik pula bot lain ke Wat Arun dengan tambang THB4. 

Jadual Chao Phraya Express Boat (Bendera Oren)
Isnin ke Jumaat:    6:00 pagi – 6:10 petang

Sabtu:                    7:30 pagi – 5:00 petang

Ahad:                    9:00 pagi – 5:00 petang

*Bertolak setiap 15 ke 30 minit


Lokasi Pelancongan Menarik Berhampiran Wat Arun
1. Grand Palace
    Dahulunya merupakan istana Raja Thai dengan senibina menarik.

2. Asiatique the Riverfront
  Pasar malam yang banyak pilihan barangan jualan. Kedudukannya berdekatan sungai dan wat menambah daya tarikannya.



Bangkok metro map:



Akhirnya dapatlah aku menghabiskan duit syiling Thai yang memberatkan handbag aku masa ke Bangkok hari tu. Kakak pun merasa naik semua public transport dari Bolt, skytrain, MRT, bas, van, teksi, tuktuk, motor roda tiga, bot dua jenis dan berjalan kaki dengan mak dia yang kuat berjalan ni. Pergh...semua dia naik dalam masa 3 hari 2 malam jer.

Sesampainya semula ke BTS Saphan Thaksin, aku bercadang nak tempah Bolt je tapi ada motor roda tiga kat situ jadi aku try tanya. 400 baht dia nak! Amboiii...ini kali kelima dah aku ke Bangkok dah banyak aku study fasal tourist trap.

Akhirnya kami naik skytrain turun di BTS Phrom Phong for our late lunch at Usman Thai Muslim Food. Kalau turun di BTS Sukumvit pun sama jauh 1km berjalan kaki 😓 tapi takpelah lalu kedai-kedai dan Emsphere shopping mall. Just to kill the time, sempatlah aku masuk Ikea di Emsphere tu. Kebetulan minggu kami datang tu ada sambutan elgibiti, berwarna-warni kebanyakan tempat. 

Meriah betul kawasan tu dengan pelbagai jualan. Di jalan-jalan kecil begitu banyak sekali pusat urut tapi kebanyakan transaksi secara tunai. Malam di Bangkok sangat happening!

Emsphere shopping mall.

Surau di lapangan terbang Don Mueng. Dalam ni pun ada tandas.

Tamat sudah trip Bangkok bersama kakak. Alhamdulillah...semoga ada kesempatan berjalan lagi di lain waktu.





Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.