3h 2m di Bangkok, Thailand | Maeklong Railway Market & Chatuchak Weekend Market



Thailand | 3h 2m di Bangkok - Maeklong Railway Market & Chatuchak Weekend Market| Percutian kali ini bersama kakak, anak sulung yang sukar untuk bergerak bersama lagi because of her nature of work. Ye wak, anak kite dah kerja maknanya kite takdelah muda mana...tidak juga tua sebab masih berkhidmat dapat gaji bulan bulan juga masih aktif 'mengukur jalan' dan sekali-sekala panjat bukit #NotYourOrdinaryMakcik gituhh..

Perancangan awalnya kalau dia dapat bercuti panjang kami nak bawa dia masuk Hatyai-Phattalung selepas Eidul Adha 1445H tetapi cutinya lulus hanya untuk 21-23hb sahaja makan aku bawalah dia ke Bangkok berdua je.

Aku sebenarnya tak berhajat beli simkad baharu tapi beli jugalah bila berjalan dengan kakak. 3h 2m sangat singkat nak melawat banyak tempat, ada masa perlukan servis Bolt (macam Grab apps) untuk mempercepatkan perjalanan. Beli simkad AIS 299 baht di Don Mueng Airport eh..hari kedua dah habis. Top-up lagi 50 baht. Next time nak roaming je lah baru RM25 tiga hari.

Malam tu kami ke pasar malam Pratunam sebelum makan malam di Samat Muslim Food. Restoran ni dekat dengan ARL Rachaprop. Dalam perjalanan balik ke hotel kakak singgah berurut manakala aku mereput tunggu. Perut kenyang sangat kang muntah pula kena kepak badan.


Dua malam di Oriental Smile Hotel

Kakak dari time booking lebih berminat tidur hotel yang gah. Aku pula seorang yang praktikal, dari pagi keluar malam baru balik nak buat apa sewa tempat mahal? Yang penting ada air-cond, easy access to public transport and clean attached toilet. Kalau betul betul menggunakan fasiliti yang disediakan aku ok jer bayar lebih sikit untuk penginapan yang selesa bila bersama keluarga. Contohnya Nhan Moddang resort di Phattalung (belum diceritakan lagi road trip kali pertama kami tahun 2022 dahulu). Bilik cantik bentuk sarang tempua, breakfast dihantar ke bilik, kami berkayak dan anak-anak main water slide. Berbaloi bayar rm230++ sebilik semalam. Rasa nak stay dua malam.

Small family hotel ni 10 minit berjalan kaki ke ARL Rachaprop. Keluar hotel ke kanan- kiri sampai simpang empat- kanan lagi. Jalan ke depan sikit jumpa Restoran Samat Muslim di kanan dan Pratunam di depan lagi.

Dari hotel ke kanan- kanan, akan membawa ke BTS Phaya Thai.

Dari hotel ke kiri- kiri, akan membawa ke BTS Victory Monument. Idoklah dekat sangat pun. Kat jalan ni banyak kedai urut. Melintas jalan terus ke depan, ada kedai dobi. Nak seterika baju boleh upah 20 baht.

Sebelah kiri hotel ni ada hotel cantik- True Siam Hotel, kat simpang hujung sana DePrime@Rangnam dan Picnic Hotel. Dari simpang ni terus ke kiri menuju BTS Victory Monument ada Century the Movie Plaza.

Haa...panjang lebar direction aku bagi tu kalau tak jelas juga tak tahulah.


Hari Kedua | Maeklong Railway Market

Aku dah dua kali ke sini. Pertama kali pergi sendiri santai santai je, kali kedua dianjurkan TAT. Bangun awal dah tapi agak lambat juga keluar. Sekarang nak pergi ke pasar popular di kalangan pelancong dan rakyat tempatan, Maeklong Railway Market (Talad Rom Hub) di Samut Songkhram, kena naik minibus (van) di Sai Tai Mai (Southern Bus Station). Jauh dari bandar dan 73km ke MRM. Sepatutnya sejam lapan minit je.

Van bergerak jam 10.20 pagi dengan tiket 100 bath. Ada kaunter satu lagi tiket 60 bath tapi van gerak jam 11 pagi. Lambert.

Yang buat aku sakit hati kami diturunkan tepi highway dan disuruh berjalan ke MRM tengah panas tu. Hah?? Dua kali pemandu tu ulang suruh melintas jalan guna jejantas dan berjalan kaki ke sana. Ya Allah bapak jauh.. Kenapa tak bagitau masa beli tiket? Bengangnya lah. nasib baik ada tuktuk di hujung sana. Dia caj THB30 seorang kami setuju je lah. 

Sai Tai Mai atau Southern Bus Station. Untuk perjalanan jauh seperti Hatyai/Phuket/Krabi/Chumpon/Ranong/Surat Thani, kaunter tiketnya di tingkat atas. Van ke Samut Songkhram di belakang.

Di belakang ni kaunter tiket berkonsep terbuka. Jenuh berbahang kerja lapan jam.

Diturunkan kami di sini dan disuruh berjalan kaki. Takde pula memana review atau blogpost mengatakan kena turun tepi hignway. Hanets. 

Merasalah dia naik MRT-bas-van-tuk tuk-skytrain-3 wheeler hari ini. Hebat mak kau, kak.

Kami dah terlepas tiga keretapi. Memula fikir nak ke Amphawa floating market dulu lepas tu patah balik sebab AFM cuma 7.4km je tapi lepas berjalan-jalan tengok souvenir, selepas dicongak takut tak sempat pula. kami cari kedai makanan muslim tapi belum buka hmm...dahlah dari pagi tak makan lansung. 

Kedai berlapis di pekan ni dan banyak sekali kedai emas kat sini weh 😍😍😍 Setahu aku orang Thailand pakai emas 965 tak seperti kita pakai barangan perhiasan emas mutu 916. Ya Allah kalau berjalan seorang memang aku jejak semua kedai emas hahahha... Anak aku bagi masuk satu kedai je, satu kedai lagi intai dari luar. Walaupun tahu mahal disebabkan nilai mawatang Malaysia yang masih belum pulih tapi kalau ada yang berkenan beli je lah buat kenangan. In the long term insyaAllah akan untung juga. Aku tengah kemaruk emas sekarang ni dah macam acik acik sangat hahaha..

Sudahnya kami masuk ke Train Cafe tepi landasan tu minum coconut shake. Mango sticky rice habis pula hmmm lagi sekali hahahahah...

Mendekati 2.30 petang dari dalam kafe aku nampak semakin ramai orang di landasan. Landasan yang tadinya lengang terus padat dengan pelancong. Tepat waktu yang dijangkakan kereta api 2.30 petang pun tiba.  Puaslah hati kakak dapat tengok dan ambil video walaupun berdiri di lapisan kedua. Seronok tengok kereta api lalu di pasar aktif. Bila sampai masanya semua payung/bumbung ditarik untuk memberi laluan kepada keretapi. Slow je kereta api gerak dan terjerit-jeritlah pekedai dan polis (ke jaga?) suruh kami berada di belakang tali. Degil jugalah pelancong-pelancong kat sana hahaha...


Recreate photo.

Kereta api parkir di sini.

Shopping dulu sebelum kereta api datang.



Foto Tourism Authority of Thailand.

Betapa dekatnya jarak.

Elok ekor keretapi berlalu kain teduhan ditarik semula dan barangan jualan disusun. Pantas dan menarik!

Selesai saja acara yang ditunggu-tunggu kami pun bergegas ke stesen minibus beli tiket van ke Bangkok pukul 3 petang. Van dari sini pun mungkin setiap 40 minit sekali dengan tambang THB100.

Lali tidur sampai bandar Bangkok hehehe...


Jadual Ketibaan & Bertolak Kereta Api

Chatuchak Weekend Market

Kami tersedar dari tidur bila pemandu jerit Chatuchak! Chatuchak! 😇 Mujur sedar.

Tempat pertama yang kami tuju ialah kedai makan! Lapaq gila. Kedai tertulis Muslim Food di Chatuchak Market di section 12 Soi 2 menjual makanan dengan harga yang sangat berpatutan. Nasi beriyani hanya 50 baht. Semoga murah rezeki dia. 

Kemudian kami jalan-jalan cari souvenir. Tak banyak pun beli dan tak habis pusing kawasan tu pun.

Bila nampak kedai ni terus masuk lorong tu untuk ke kedai makanan halal.

Alamat kedai muslim food kat atas tu.

Cantik cantik cushion cover kat kedai ni.

Barangan kraf diperbuat daripada tin minuman ringan terpakai. Orang Thai memang kreatif.


Melawat pusat membeli-belah di Bangkok

Selepas tu kami naik skytrain turun di BTS Siam dengan tambang 47 baht. Dalam empat kali lawatan ke Bangkok tahun tahun sebelumnya aku tak pernah masuk ke shopping malls yang besar dah gah ni sebab sibuk ke tempat lain seperti Kanchanaburi, Pattaya, Lopburi, Cha Am dan sebagainya. Ada Siam Paragon, Siam Centre, Siam Discovery, Siam Square...Mahboonkrong (MBK mall) pun walking distance tapi kalau nak naik skytrain juga turun di BTS National Stadium. Aku pernah masuk ke Central World aje. Shopping malls di bangkok jauh lagi best daripada KL; besar, berdekatan antara satu sama lain, banyak pilihan. Heaven untuk orang yang badannya saiz standard. Yang badannya saiz standard Malaysia (terobes di Asia Tenggara) susah sikit hahahhaha.. takpelah kan, jimat duit (pujuk hati sendiri).

Pusat membeli-belah Siam Paragon. Sebelahnya pun shopping mall juga.

Eh kakak nak makan lagi...padahal pukul enam tadi dah makan di Chatuchak Market. Nak phadthai katanya. Jadi kami cuba restoran Phrigkiao di hadapan/sebelah Novotel Siam Square. Sedak dooh!

Restoran halal bersebelahan/depan Novotel Siam Centre.

Untuk memenuhi salah satu hajat ke Bangkok buat kali keduanya kami ke pusat urut berdekatan. Power betullah tukang urut aku tu. Aku ambil Thai massage, sambil urut dia cakap sepatutnya ambil oil massage, jangan kira harga tapi ambil yang bagus sebab nak lembutkan tendon...begitulah lebih kurang. Dia selalu suruh aku relaks dan tepuk tepuk manja di kaki bila terasa keras. Bukan aku tak relaks, aku memang penat sungguh dan kaki hampir cramp masa naik tangga stesen skytrain 😑

Balik tu naik tuktuk bila susah dapat Bolt. Janji 80 baht bila dah sampai alih alih nak kelepet 100 bath. Memang tak setuju la, bukan sebab berkira tapi kita usaha mengelakkan penipuan dan tidak menyokong tourist trap.

Bersambung..



Post a Comment

0 Comments