Thailand | Day 5 Percutian keluarga 5H 4M - Dari Ao Nang ke Betong



Hari terakhir ni sepatutnya berjalan di tepi pantai dan ambil gambar dah alang-alang hotel pun dekat sangat dengan pantai tapi bebudak ni tak nak. Kalau dah naik kereta memang takkan singgahlah, takde lot parkir. Boleh tengok gambar pantai di sini.

Puaslah sudah hati anak-anak dapat mandi laut dan naik bot. Sesungguhnya mak hangpa susah nak bawa ke shopping mall, nak hiking ke pergi pulau ke..tengok binatang ke..akan diusahakan. Budak ootd dah rancang nak ke sini dengan kawan-kawan selepas habis internship. 

Kami nak sarapan di kedai semalam tapi tak buka jadi pergi ke kedai yang menghadap jalan besar. Aku suruh makan nasi terus biar tak berbunyi sangat dalam kereta karang 😄, jauh oih perjalanan ke sempadan Malaysia-Thailand di Betong, 500 km 8 jam baru sampai. Gigih kan? hehehe..

Pemandangan di sepanjang jalan Krabi tu cantik dengan kehijauan dan bukit-bukau. Krabi terkenal dengan pemandangan indah dan pantai putih bersih dan air jernih. Ada banyak tarikan pelancongan di sini seperti kolam air panas, gua laut, batu karang dan taman laut.   Salah satunya Than Bok Khorani National Park dan Emerald Pool. Premium outlet pun ada..boleh search kat blog ni. Nak ke Phi Phi Island (Koh Phi Phi) pun boleh dari sini.

Kami tak sempat pergi banyak tempat kerana kekangan masa juga kewangan. Ramai yang nak dibawa dan aku tak naklah berkira sangat bab makan. Dalam hal membeli-belah, pepandai sendirilah simpan duit, dah bagitau sejak habis percutian 2022 lagi kan.. Ini pun habis RM3 ribu lebih tak termasuk tiga tayar tu.

Pelancong bertumpu di Ao Nang jadi jika berhasrat bercuti di musim sibuk seperti cuti Krismas, tempah bilik awal. Kalau tak bawa budak kecil boleh je terus tanya di sana. Tak semua hotel beriklan di booking site seperti Agoda dan Booking.com, tidak juga semua ada website sendiri.

Pulang..marilah pulang bersama-sama...


Pemandangan biasa anak-anak sekolah balik menaiki trak pikap atau tuk tuk dan semalui sekatan jalan raya.

Tuk tuk dan songteaw adalah pengangkutan awam di Thailand terutamanya di luar Bangkok.

Kami singgah solat jamak di Masjid Nah Mokhalate. Semasa bergambar di luar masjid ada seorang makcik ni tegur, dia kata sombong aih tak dan nak sembang. Aku pula ingkatkan bos dah tunggu dalam kereta tu yang cecepat keluar. Orang sini bercakap macam orang Baling/Pattani jadi aku fahamlah walaupun pekat loghatnya. Ramah makcik ni. 

Di sini jugalah Madrasah Nahdatul Sibyan. Alamatnya: Tempat 6, Mukim Tungfa, Daerah Sabai, Wilayah Songkhla, Thailand. Aku sempat menjenguk kelas di belakang masjid. Agak daif jugalah keadaannya. Mungkin kita boleh membantu seorang sedikit?

Di sepanjang jalan ada beberapa sekolah agama yang kami jumpa. Waktu bebudak balik sekolah ramai juga yang berjalan kaki selain tuk tuk. Bas sekolah nan hado.

Sederhana je kehidupan orang sini. Slow pace.

Masjid Nah Mokhalate.


Singgah di pekan Jaha di Yala membeli jajan. Habis beb, lapar...


Rasanya kami sampai rumah mak lebih kurang 9 malam. Lama betul duduk dalam kereta sama macam dari Seremban ke Baling sampai kebaih pungkok. Dari CIQ Betong ke rumah sekejap je dah sampai.

Begitulah kenangan percutian kami. InsyaAllah selagi passport hidup nak bawa lagi anak-anak ke luar negara paling tidak pun Singapura. Takkan nak biarkan luput. Kita simpanlah duit sikit sikit. Hujung tahun ni cuti sekolah seminggu je jadi adakah perjalanan seterusnya Seremban-Muar-Johor Bahru-Singapura?


JADUAL WAKTU OPERASI PINTU SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND
Kepada sesiapa yang hendak memandu ke selatan Thailand, sila rujuk jadual di bawah sebagai panduan. Siapkan juga pelan B seandainya tak sempat mengejar pintu sempadan A.

Selamat bercuti ke #AmazingThailand !







Post a Comment

0 Comments