Thailand | Day 4 Percutian keluarga 5H 4M - Krabi Sea Tour



Aktiviti yang ditunggu tunggu..!

7.30 pagi driver dah jemput kami untuk berkumpul di tepi pantai. Driver tu menonong je tak ambil satu pasangan lagi tu. Kami dah bagi tau pun dia kata dia hantar kami dulu nanti dia pusing balik padahal boleh je patah balik sekejap. Punyalah jauh nak pusing balik. Aiyoo nak cakap bagi faham pun susah serupa itu ayam itik.

Pakej setengah hari yang kami ambil ni membawa ke empat pulau iaitu Phranang Cave Beach, snorkelling di Chicken Island, Poda Island dan Tub Island. Buah, air dan peralatan snorkeling disediakan. Walaupun setengah hari tapi habis pukul tiga petang sebab tu kami tidur semalam lagi. Tak dan nak kejar pintu Betong CIQ dengan penatnya mandi laut.

Anak-anak seronok naik belakang trak pick-up 😊. Budak ootd terpaksa redha rambut kembang dia ah berubah bentuk hahhah...nak mandi laut pun kemain bersiap.



Bila pasangan tu sampai kami pun naik bot panjang. Kami berlapan je, senang. Penjual pakej tu kata enam orang dah boleh dapat private boat. Dia yang offer kami tak minta pun. Bila berlapan dapatlah kurangkan kos lagi. Biasalah dalam bot kena pakai jaket keselamatan, masa pakai tu aku dok fikir siapalah si kurus kering yang pakai sebelum aku...dekat sangat cangkuk dia.. terasa gemuk betul diri ini hahahahah...

Aku suka naik bot selagi laut tak berombak kuat dan bot tak berhenti teroleng-oleng di tengah laut. Pengalaman mencandat di Terengganu buat aku trauma. Semasa trip dengan TAT dulu pun kena sekali, lemah longlai sampai duduk atas lantai bot. Tak enjoy lansung naik bot mahal huhuu..




Sesampainya di pulau kami terus ke Phranang Cave Beach. Dari tempat bot berhenti ke PCB dalam 10 minit berjalan kaki di bawah batuan besar gua. Tempatnya macam a must visit jika ke Krabi untuk enjoy kehijauan dan formasi batunya mengkagumkan. Selain untuk mandi-manda, ramai juga ke sini untuk memanjat dinding gua. Ada juga yang hiking ke Railay Viewpoint. Aku dan Adik mandi, yang lelain ralit tengok orang panjat gua. Ada dalam sejam kat sini sebelum kami naik bot ke Chicken Island.

Kenapa namanya Chicken Island? Sebab bentuknya macam ayam. Itu je..hahah

Hiking di Phranang Cave

Nombor satu tak ikut sebab tak boleh cuti panjang. Hujung tahun kan semua nak clear annual leave. Yang nombor empat tak ikut sebab exam.

Tengok rock climbing di Phranang Cave Beach


Sebenarnya air laut ni jernih tapi tak secantik di Poda Island.



Di Chicken Island bot berhenti agak jauh dari pantai. Tujuannya pun untuk snnorkelling kan, jadi kenalah berenang-renang di lautan.

Belum sempat kapten bot parkir bebetul si abang dah buat back flip ke laut. Menggeleng kapten bot sebelah sambil bercakap dengan kapten kami. Mereka berempat pun turun snorkeling berdekatan pulau. Anak-anak semua boleh berenang cuma yang bongsu tak berapa mahir, kurang latihan sebab dia banyak mengelat. Aku suruh sambung belajar berenang dia pergi main bola. Aku ni penakut, mampu mandi di kolam renang je, thread water pun tak reti tak pandai terapung setempat. 

Lama sangat menunggu aku pun turun ke tepi bot. Siap pesan suruh apaknya tengok-tengokkan aku 😀. Dia pandang ke lain je aku jerit suruh perati aku balik hahahah... Bila turun tu kaki ternaik ke atas sebab pakai life jacket dah berdebar hati aku hahaa...masa ni teringat kata-kata rakan travel agent di Padang dulu, ko jatuh dalam laut mesti terapung kak. Ko ni banyak sangat tengok movie tu yang takut hahaah... gila dowh laut kot. Bila dah bertenang barulah berani memaut tangga dengan sebelah tangan sebelah lagi bagi ikan makan. Berebut datangnya! Indah sangat pemandangan tu. 

Sekejap je lah aku berendam, lepas shoot video yang blur tu terus naik. Nak naik pun alahai...masa tu berazam nak ringankan badan balik. 

Abang naik balik mempersiapkan adik. Dia dah siap buat back flip sebelum kapten bot parking bebetul.

Tunggu punya tunggu aku nampak si abang menunda Adik balik ke bot. Dia letih agaknya sebab jauh berenang. Melawan ombak lagi... Bila dah dekat dengan bot abang nombor dua tolong tarik dia. Dia kata seronok. Ok lah tu seronok...alhamdulillah... 

Ambil giliran 'menyelamat' selepas ditunda abang 😄

Kemudian kami ke Tub Island yang ada beting pasir yang menyambungkan dua pulau. Kita boleh berjalan atas beting tu bila air surut. Cantik juga tempat ni dengan air laut yang jernih. Sekadar mandi-manda dan bergambar je. Syok juga. Di Satun pun rasanya ada juga tapi air laut di sini lebih cantik.

Di Tub Island yang mana dua pulau disambung dengan beting pasir ketika paras air surut.


Dia tak kira lain, mandi je kerjanya. Air jernih dan bersih, syok!

Tak sia sia mak kau hantar belajar berenang.

Dia tunjuk skill backflip di Tub Island.



Akhir sekali kami dibawa ke Poda Island. Yang bawa bekalan akan makan tengahari di sini. Kami makan roti dan buah je. Masa turun dari bot kami bergerak ke sebelah kanan. Pengunjung tak ramai, air jernih tapi banyak batu. Lepas tu berpindah ke sebelah kiri. Haa...sini best mandi. Syok oihh...! Rasanya masa kat sini baru kapten minta park fee. Tak tahulah sampai ke tidak duit tiket taman negara tu kepada kerajaan sebab resit/tiket pun dia tak bagi.

Poda Island atau Koh Poda destinasi terakhir kami.

Pulau terakhir, Poda Island (Koh Poda).


Kembali ke darat, Glur Hostel benarkan kami mandi di shared bathroom mereka. Ambil beg dan pergi makan. Baru masing-masing terasa lapar 😀

Kedai makan View Khao station ni aku recommend hangpa pergi. Makanan yang kami minta semua sedap dan murah, matcha tea baru 30 baht. Di depannya ada kedai muslim juga. View Khao station ni di simpang nak ke Glur Hostel. Selepas Masjid Ao Nang (dari pantai), bila nampak papan tanda Green View Village Resort/Andaman Breeze Resort/Aonng Hill @ n/11, masuk simpang kanan tu. Dekat je.

Malam tu kami berpindah tempat tidur lagi dan berurut sekali lagi...




Post a Comment

0 Comments