Lagi satu tempat menarik di Bukit Bendera - kawasan simpanan biosfera UNESCO iaitu The Habitat. Sejak kali pertama terbaca mengenai tempat ini kira-kira lima tahun lepas, keterujaan nak naik ke pelantar pemandangan 360 tertangguh banyak kali. Post covid je tiga tahun terbuang.
The Habitat terletak dalam kawasan hutan hujan khatulistiwa berusia 130 tahun di Bukit Bendera yang hanya 6 km dari George Town. Ia adalah satu projek konservasi yang baik untuk melihat tumbuhan dan haiwan di habitat asalnya seperti monyet, burung, serangga, kelawar dan rama-rama; memberikan pengalaman dan pendidikan di hutan yang asli dan pelbagai.
Projek ini dimulakan dengan visi untuk memberikan satu pengalaman menikmati alam kepada pengunjung tanpa pembinaan yang memberi impak besar terhadap keasliannya. Denai sepanjang 1.6 km telah diubahsuai dari denai asal binaan zaman kolonial awal 1800an, British East India Company, dengan menggunakan hydromedia iaitu konkrit berliang yang mengalirkan air ke dalam tanah. Pencahayaan pula menggunakan tenaga solar.
Mulakan jejak anda dengan menikmati keindahan flora dan fauna dalam suasana nyaman. Tarikan utama di hutan ini pastinya jambatan gantung sepanjang 230 meter (Langur Way Canopy Walk) dan Curtis Crest, pelantar tinjau 360 darjah berketinggian 800m dari aras laut! Dari ketinggian 13 meter Curtis Crest kita boleh nampak sebahagian Pulau Pinang serta kedua-dua jambatannya.
The view from the Curtis Crest Tree Top Walk is just stunning and breathtaking!
Curtis Crest tree top walk
Di The Habitat juga ada zipline/flying fox Colugo. Ada lima zipline, satu abseiling dan satu jambatan jaring yang membelah teduhan pokok hutan. Jangan risau, ada jurupandu bertauliah akan membantu anda.
Tiket masuk ke The Habitat:
Nak murah ambil kombo famili 2 dewasa + 2 kanak-kanak/warga emas
Waktu Beroperasi:
Dibuka setiap hari dari 9 pagi - 6 petang
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.