Pulau Pinang @ Penang | Apa ada di Bukit Bendera?



 Pulau Pinang @ Penang | Apa ada di Bukit Bendera?

Dua minggu lepas aku ke Bukit Bendera buat kali ketiga sepanjang hidup hahaha...kali kedua lebih dari 11 tahun dahulu sebab anak aku yang bongsu belum wujud lagi dalam gambar. Lama sangat dah.

Kali ni ikut rombongan naik bas Muhaizah yang ada usb port di belakang tempat duduk dan wifi percuma. Memula kemain teruja okeh, sekali bongkar beg tak jumpa kabel. Haru betul, tak memasal terbang rm35 beli charger dan kabel baru. 

Ok berbalik ke Bukit Bendera yang dilawati purata 1.86 juta pelancong setahun.

Lebar pinggan muka aku huhuu..

Untuk naik ke Bukit Bendera ada dua cara sama ada guna keretapi funikular (tram) atau hiking fuhh...tapi ada nampak SUV travel agency kat atas tu. Pergi Bukit Bendera wajiblah naik keretapi bukit ye tak? Inilah keretapi yang pertama dibina di luar Britain, hanya menggunakan satu kabel untuk jarak perjalanan sejauh 1.996 km sampai ke atas. Bila ada koc di stesen bawah bermakna satu set koc lagi di puncak sana di upper tunnel station.

Sebenarnya British gagal dalam usaha pertamanya membina landasan dan keretapi funikular maka terbiarlah projek tu selama 50 tahun. Dalam tempoh tu mereka membuat kajian dan memperbaiki kelemahan yang ada. Orang British ni dikenali kerjanya "built to last", buat bagi elok sebab nak guna lama. Tengok je lah bangunan Sultan Abdul Samad, Stesen Keretapi Ipoh dan lain-lain sampai ke hari ni ada. Keretapi yang ada sekarang ni adalah generasi ketiga, dah laju. Yang generasi kedua dulu lagi best lama sket nak sampai ke puncak. Yang generasi pertama digunakan sehingga 1977 sahaja.

Keretapi pertama beroperasi jam 6.30 pagi, 6.15 kaunter tiket dah buka hingga lapan malam. Pemegang myKad RM12 dua hala manakala pemegang myKid 4-12 tahun RM6, warga emas RM6 dan OKU percuma. Kalau ada bajet, beli tiket laluan ekspres RM40 dua hala, menonong je kau masuk dalam keretapi tu tak payah beratur panjang.

Di atas tu kita boleh explore dengan berjalan kaki atau naik shuttle tapi ofkos kena bayar.

Balai polis Bukit Bendera yang siap pada 1929.

'Gong' yang digunakan sejak 1882.

PULAU PINANG SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN BRITISH

British datang ke sini kerana lokasinya strategik untuk perdagangan dan berurus niaga rempah. Dalam buku sejarah pun kita dah belajar bahawa Pulau Pinang, Lembah Bujang dan Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang masyhur dahulu kala. Pedagang dari Afrika, India, asia menjadikannya tempat perlindungan semasa perubahan angin monsun. Sultan Kedah pula membuka jalan untuk British masuk ke sini kerana orang Siam sudah bertapak di utara.

Bukit Bendera atau Flag Hill dahulunya ibarat pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya kini. Kepercayaan orang British, sesiapa yang pertama pacak bendera tempat tu dia punya. Jadi geng British terus pacak bendera Union Jack di pokok pinang dalam kawasan rumah rehat TYT tu. Masa Francis Light naik ke sini - entah berjalan kaki ke naik gajah ke tak tahulah - dia tinggal di Strawberry Hill yang sekarang ini menjadi David Brown Hilltop Garden. Selepas tu dia pindah ke The Gate House, ke atas sikit sebelum naik ke rumah gabenor; rumah rehat gabenor/Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Gate House tu asalnya Guest House kemudian menjadi Guard House seterusnya Gate House. Dapurnya di bahagian bawah. Masa Penang Festival hari tu ada pameran di sini. 

Pintu pagar ke rumah rehat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pada hari tersebut beliau dijadualkan ke sini tapi tak lalu pula masa kami di sana, kalau tak aku nak minta dibawa melihat-lihat kawasan banglo atas tu. Aku berani je cakap. Cakap ja elok elok...nak takut padia?


Selepas je pagar untuk ke rumah rehat tu ada pokok african tulip atau nama saintifiknya Spathodea campanulata P. Beauv. Pokok ni sebenarnya didermakan oleh Singapura, mereka agaknya suruh try tanam kat sini mana tahu hidup sebab kat bawah sana tak mahu jadi. Eh elok pula hidupnya...mungkin sebab sejuk sikit kot atau tanahnya sesuai. Pokok ni tempat monyet healing (ko ingat ko je reti healing dekkk hahahaa). Mana mana monyet yang sakit akan duduk situ gigit daun kot jadi keluarga dia tak kacaulah, bagi dia pulih sendiri.

Dari sini kita akan turun ke Masjid Bukit Bendera lalu ke meriam yang dibawa dari Madras yang beratnya 2.6 tan. Selain meriam ini ada lagi di Singapura, Birmingham, Sri Lanka, India dan Fort Cornwallis.

Masjid Bukit Bendera

Di atas sana kita akan nampak juga pokok angsana atau red wood of Burma yang ditanam dari kaki bukit membawa ke puncak. Dahulu dari puncak bukit ini pihak British boleh nampak siapa yang datang dari laut. Jadi bila nampak musuh datang mereka akan tukar bendera dan bunyikan meriam dari Signal Hill untuk memberitahu tentera di Fort Cornwallis di bawah sana.


PAKEJ AKTIVITI DI BUKIT BENDERA

Pakej 2H 1M -  Nature Exploration Nature Team Building. 


Sabtu terakhir - Penang Hill Night Exploration


Ahad pertama setiap bulan - Penang Hill Heritage Bungalow Walks 


Ahad kedua setiap bulan - 1825 Moniot Heritage Walk


 Ahad minggu ketiga - Junior Rainforest Exploration

That's for now.

Nanti ai sambung cerita di Penang Hill Edgecliff Gallery Tour dan The Habibat. Gembira betul dah sampai sini.



Post a Comment

0 Comments