Thailand | Wang Sai Thong Waterfall



 Halluu...! 

Masih di Satun, kita ke Namtok (air terjun) Wang Sai Tong pula. Satun banyak tempat menarik dan hanya dua jam dari Hatyai. Biasanya warga Malayia ke sini melalui sempadan Wang Klian.

Sumber di sini.


Kami ke sini selepas check-out dari Satun Riverside Resort, dalam perjalanan ke Satun Geopark- Prasat Hin Punyod. Seperti aliran sungai di hadapan resort tersebut, air terjun di sini juga tidak begitu banyak waktu itu.

Air terjun ini bersebelahan jalan Toong Nang Kaew-Wang Sai Tong's, di utara Satun diantara Trang dan Phattalung. Air terjun bertingkat dari batu kapur ini cantik dan bunyi air jatuh tu mendamaikan. Kalau dapat mandi lagi bagus ni. Sebenarnya kita boleh panjat hingga ke puncak. Walaupun tak licin tapi berhati-hatilah ya.

Kaum "Ngor Par" atau Negrito kadang kala akan melalui kawasan ini. Jika bernasib baik dapatlah kita tengok kaum asli ini yang masih mengamalkan cara hidup asal mereka.

Sumber di sini.

Harga tiket masuk THB200 seorang dan dipakejkan sekali dengan lawatan ke Phu Pha Phet Cave. Caj meletak kenderaan THB30.


Wang Sai Tong Waterfall
Moo 10, Nam Pood sub-district
Muaeng La Ngu district

7.090819, 99.909221

Post a Comment

0 Comments