I guess this post is the most awaited one, the half day tour to the amazing cave in southern Thailand!
Selepas check-out dari Satun Riverside Resort kami menuju ke Satun Geopark, Prasad Hin Punyod tapi kami singgah dahulu di Wai Sai Thong Waterfall. Nanti I ceritakan yang ni pula. Katanya bulan Mac April lagi cantik air terjun ni sebab air melimpah ruah.
Kami menaiki bot panjang (longtail boat) dari Pak Bara Pier. Baru sekejap berlayar kami berhenti di sebuah beting pasir yang merintangi laut di antara Ko Na Ban dan tanah besar. Beting pasir ini diberi nama Dragon Back Ko Na Ban. Kalau kita tengok dari atas, ia ini seakan-akan seekor naga yang berada di tengah laut di antara Ko Na Ban dan tanah besar.
Kawasan beting pasir ini akan timbul diwaktu air surut dan tiada bot yang boleh melalui kawasan ini kerana terhalang oleh pasir. Kebiasaannya dari petang sehingga keesokan pagi. Sewaktu kami berada di sini airnya sangat cetek dan cantik untuk bergambar. Yang penting jangan pakai baju gelap macam bapak-bapak budak ni ⮟⮟⮟😄 Tak naik seri oiii..
**Pak Bara di dalam Langu District, salah satu daerah di Satun. Satun ni lebih dekat melalui pintu sempadan Wang Kelian (bahasa Thai: Wang Pranchan), sempadan yang lebih mudah dimasuki tak payah beratur terlalu lama seperti Padang Besar.Bot akan berhenti agak jauh dari pintu gua dan kita akan berpindah ke kayak pula. Syok aih naik kayak 💓. Kayuh kayuh kayuh....kita duduk je ada orang tukang kayuh heheh...Sewaktu air pasang kita perlu merebahkan diri sewaktu melintasi pintu gua. Haish...aku suka betullah pengalaman ni.
Sewaktu trip kami sampai pelancong tak ramai sebab covid-19 dah ada jadi ramai yang berhati-hati dan ada yang membatalkan trip mereka. Agak sunyilah. Jarang Thailand yang terkenal serata dunia dengan industri pelancongannya kesepian dari kunjungan pelancong. Bagusnya pula tempat tu bagaikan kami yang punya! Bergambar sakan.
UNESCO Global Geopark di Satun
Prasad Hin Punyod ibaratnya gua terbuka. Pemandangan dari atas dan dalam sangat cantik. Ada pantai, air laut yang hijau dan batu batan di sekelilingnya dengan beribu puncak. Batu ini telah wujud sejak berjuta tahun dahulu, tidak terjejas dengan pembangunan malah menjadi salah satu lokasi pelancongan ekologi yang sangat menarik.
Lawa ke idok? Mestilah lawa kan....gituh.
Foto dari google. Tak jumpa pula pautannya.
Kemudian dibawa ke Ao Tao Ba untuk melihat fosil. Berpeluh jugalah memanjat batuan tapi aku tak pergi jauh sangat untuk bergambar, risau sikit memijak batu yang tak rata tu.
Bagaimana untuk ke Prasat Hin Punyod?
Beli pakejlah, yang akan termasuk:
- makan tengahari
- air minuman dan buah-buahan
- jaket keselamatan
- servis kayak
- jurupandu tempatan yang berpengetahuan
- insurans kemalangan asas
Kita akan dibawa menaiki bot panjang tradisional (longtail boat) dari Pak Bara Pier atau jeti kecil di sekitar Pekan Satun melawat ke istana batu (gua) Prasat Hin Pun Yod serta melihat tinggalan fosil dengan pembentukan batu unik di Ao Tao Ba..
Jadual perjalanan ini boleh di semak di Jeti Pak Bara.
Harga Tiket Taman Negara Satun
Dewasa THB200
Kanak-kanak THB100
Jom!!
2 Comments
Cantik betul tempatnya
ReplyDeleteya, cantik! Best betul bergambar sebab tak ramai masa tu. Nanti kalau ke Hatyai lajak terus ke Satun. Dua jam aja.
DeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.