Thailand | Napokae Learning Centre, Phattalung



Lokasi pelancongan pertanian (agrotourism) seterusnya ialah tempat belajar mengenai kehidupan petani tradisi di Siam. Bagus bawa anak-anak ke sini. Kita yang berasal dari kampung pun dah jarang dapat tengok apa yang dilalui oleh orang kampung seharian.

Ada kerbau besar sambut tetamu... gambar dari sebelah sana pun cantik tau.

Di Napokae Learning Centre kita dapat melihat sawah padi siap dengan kerbaunya, kolam ikan dengan jalanya, kedai cenderamata dengan tukang buat kraftangannya dan kedai menjual makanan. Ada juga homestay yang boleh disewakan pada kadar THB1500-1800 sebilik. Rumah kecil yang authentic. Kiranya bangun tidur terus nampak sawah padilah. Aku ada shoot video ala Adabi...melazatkan! Adabi... menyelerakan! hahhahah

Di sini juga ditunjukkan bagaimana untuk membajak, menyemai padi, mengajar kerbau membajak sawah dan aktiviti berkaitan. Peralatan bersawah pun ada. Kalau kita nak terbilat sama pun boleh. Kawasan seluas empat ekar di Khuan Khanun ini hanyalah 19km dari pekan Phattalung.


**Untuk sesi bergambar yang lebih menarik, payung berwarna terang juga boleh disewa di pintu masuk.

Sumber sini





Napokae Learning Centre
P2PV+CMQ, Makok Nuea
Khuan Khanun District,
Phatthalung 93110, Thailand

Coordinate: N7.73596° E100.04421°
Google Link: https://goo.gl/maps/41FoWFfsHov


Masuk adalah PERCUMA dan ia dibuka setiap hari :
08:30 – 17:30 – Isnin – Jumaat
08:00 – 18:30 : Sabtu & Ahad



Post a Comment

0 Comments