Thailand | Lad Tainod's Green Market - Pasar Minggu Dalam Kebun di Phattalung



Walau pun belum puas menikmati suasana di Nhan Moddang Resort kami terpaksa juga check-out untuk meneruskan lawatan ke Lad Tainod's Green Market. Hari ini penuh jadual dengan aturcara yang telah ditetapkan. Kita ikut je.

Lad Tainod's Green Market ni pasar minggu dalam suasana kampung seperti dedulu. Gerainya diperbuat daripada buluh berbumbungkan atap nipah. Diteduhi pula dengan pokok hijau segar di sekelilingnya. Suasanya sejuk segar malah menjelang tengahari pun tak terasa perit matahari.

Masa kami pergi tu ada tiga kumpulan buskers. Aku suka yang di depan sekali. Walau tak faham sepatah pun tapi enjoy dengan muziknya.

Banyak gerai dengan pelbagai barang jualan makanan dan hasil pertanian. Makanan pun banyak dan agak murah sekitar THB20 hingga THB50 sahaja tapi makanan halal tak banyak pilihanlah. Tak kisah pun...saja datang nak tengok tempat orang. Aku rasa paling menarik ialah cara menghidang nasi kerabu dalam daun keladi dan pisang. Padanan warna hijau daun pisang dan biru bunga telang nampak sangat menarik. Rasa nak beli.

Selain daripada tu gerai kraftangan pun ada bermacam jenis kerja tangan. Nak beli beg, dah dapat beg makan kita beli 'gajah' comel je lah.

Kalau kita datang sini dengan geng shopping tapi kita tak minat shopping, kita boleh lepak di ruang pameran lukisan atau berehat sambil membaca buku.

Nah....ada video pendek kat Lad Tainod's Green Market. Klik sini.









Lad Tainod's Green Market
หมู่ ที่ 4 บ้าน ศาลา ม่วง Don Sai
Khuan Khanun District
Phatthalung 93110, Thailand
•+66 74 673 616


Post a Comment

0 Comments