Hello....kita sambung lagi kisah di Phattalung. Cerita Satun sabaq na...
Aku sebenarnya frust sangat sebab tak jumpa gambar-gambar yang telah dipindahkan dari handphone ke laptop. Dah save tapi takde dalam folder trip ni, entah ke folder manalah perginya. Naya Pak Karim 😞 Sebahagiannya nasib baik dah post ke instagram, penat aku ootd.
Balik dari trip tiga jam ke Thale Noi Waterbird Park Santuary tu kami balik ke resort untuk breakfast. Sri Pakra Andacurra Resort tu memang best lah tapi breakfast kureng sket kat tekak aku. Semalam plan nak berenang sat tapi kolam tu kena lalu tempat makan erm...tak jadilah. Kalau ada kawan takpe gak.
Kami check-out dan terus ke Varni Southern Wickery atau Varni Craft. Di sini tempat penghasilan kain tenunan dan anyaman krajood atau kita panggil pokok kercut. Pokok kercut banyak kegunaan sehingga boleh diinovasikan menjadi straw dan kertas.
Seperti biasa sesi ada penerangan kepada tetamu dalam bahasa Thai tetapi kami dah bawa sesiap translator dari KL. Senang bila faham.
Kami juga diberi peluang untuk menganyam kercut dan melukis corak. Memandangkan tangan aku tak berseni lansung jadi aku tak lukis, cuma minta mereka jahitkan nama sahaja. Aku ngak ngerti weh bab seni ni...memasak bolehlah untuk makan sendiri. Sendiri masak sendiri puji gituh.
Banyak produk yang Varni hasilkan, penuh bengkel sampai ke siling. Ikutkan hati nak je beli lampu tapi bila teringat kerajinan mengemas yang bermusim, aku abaikan niat tu. Beg pun ada bermacam corak. Cantik dan berkualiti barangan Varni. Owh baru teringat. Aku ternampak ada satu produk yang dibuat untuk Starbucks tapi Varni tak jual kepada tetamu. Apa benda entah, kalau brand sekuat Starbucks pun tempah mestilah mereka yakin dengan kualiti si pengeluar kan?
Masa di Varni Craft tu aku berjalan sampai belakang ke tempat pekerja menjahit nama. Adalah seekor anak anjing cute terikat dengan tali kat situ. Bila nampak anak anjing tu tak lepas bebas aku pun pi dekat kat pekerja-pekerja. sekali anak anjing tu jilat kaki aku... argh sudah! Melilau aku cari tanah. Mujur ada sikit kat pintu masuk. Naik hairan kontraktor tu tengok aku terjenguk-jenguk keluar masuk. Mujur si comel tu jilat kaki je, kalau jilat skirt kembang dah jenuh cari mana nak sertu.
Selesai di sini kami pi makan Thai dessert pula. THB10 je semangkuk, macam nak cuba semua.
Varni Craft
Tel: +66 74 610 415
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.