Thailand | Berkayak di Nhan Moddang Resort, Phattalung



Seronoknya bila dapat kembali ke Nhan Moddang Resort 😍😍


Sesiapa yang follow blog ni mesti dah pernah baca tentang road trip 4x4 tahun 2016 dahulu. Itulah perjalanan darat paling jauh menggunakan kenderaan persendirian. Trip aku paling jauh menggunakan kenderaan awam secara solo pula ialah Phnom Pehn-Siem Reap-Aranyaprathet-Bangkok-Lopburi, 656km!

"Nhan" bermaksud sungai manakala "moddang" ialah semut/kerengga. Tengoklah banyak betul "kerengga gergasi" di resort ni. Aku suka resort ni dan aku percaya orang yang sukakan aktiviti sungai gonna love it too. 

Bilik-bilik di Nhan Moddang Resort ini unik. Dibuat bagaikan kita berada di dalam pangkal pokok yang besar. Ada air-cond dan bilik air pun luas cuma aku tak berapa gemar lampu kuning tu ja. Aku sukakan kehijauannya, redup diteduhi pepohon besar, ada sungai...bunyi deburan air sungai sangat mendamaikan. Harga pun sangat berpatutan, bermula daripada THB1290 sahaja!

Sebenarnya tak banyak review tentang Nhan Moddang Resort dalam Bahasa Melayu atau Inggeris jadi jemput baca dua dua post ai ya. 

Aktiviti yang boleh dibuat di sini:
1) Lawatan sehari ke wat, gua dan air terjun
2) Sauna dengan herba
3) Karaoke
4) Bilik mesyuarat pun ada untuk bincang bisnes
5) Gelongsor air
6) Yang utama di Nhan Moddang Resort pastinya berkayak. Tak sabar betul nak start!
Harga: Serendah THB200 (RM26) sahaja! Murah giler.










Meh tengok video berkayak di sini (klik). Best ke best??

Lagi video di sini.


BAGAIMANA UNTUK KE NHAN MODDANG RESORT?
Memandu sendiri
Dari bandar Pattalung, sila ikuti Highway 41 ke Pa Phayom sehingga berjumpa stesen minyak PTT kemudian belok kiri ke Highway 4270. Pandu sekitar 9km lagi dengan mengikuti signboard sebelum Huai Nam Sai Reservoir.

Dengan bas
Bila dah sampai Pa Phayom pihak resort akan fetch you di bus station. Bagi tau awal-awal ya jangan dah sampai baru nak suruh jemput pulak.


NHAN MODDANG RESORT
80, Lankoi
Pa Phayom
Phattalung 93110
Thailand
Tel : +66 810820206


Fb : nhanmoddangrafting


Nota:
1. Di sini ada reservoir juga. Jika kita mengambil jalan ke kanan bila keluar dari resort ni ia akan membawa ke Trang.

2. Bermula hari ini 11 Oktober 2021 kita telah dibenarkan untuk ke luar negara. Oleh kerana covid-19 masih berstatus pandemik, sila pastikan negara mana yang menerima warga Malaysia, apa syarat-syaratnya, berapa lama perlu kuarantin dan sebagainya. Kalau ke Phuket kita perlu kuarantin selama tujuh hari dan buat ujian covid. Nak masuk semula ke sini kena buat ujian covid-19 tiga hari sebelum pulang, buat sekali lagi bila sampai dan perlu kuarantin selama 14 hari. Jadi...hang kena mohon cuti sebulan!


Post a Comment

0 Comments