Bercuti Selepas PKP



 Assalamualaikum and hi...

Semalam dari pagi beria aku tunggu nak tempah slot vaksin Astra Zeneca rupanya untuk rakyat negara negeri Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur je dulu. Padan muka 😁 sebab tak baca bebetul info KKM. Dia punya reload page tu macam nak tempah tiket kapal terbang masa Zero Fare! hahahah...

Tempat aku ni - Seremban - PKPB sambung-menyambung. Bila seluruh Negeri Sembilan dah PKPP Seremban dan Port Dickson manjang PKPB. Masa memula PKP 1.0 18 Mac 2020 dahulu aku sepertimana ramai orang lain redha aje, kita faham tujuannya dan kita semua mesti berkorban untuk pulih and it works, until.... (sila isi tempat kosong). 

Lama kelamaan selepas setahun tiga bulan aku mula rasa letih. Nak keluar tak boleh sesuka hati, pergi kedai kena pakai facemask, kena semak suhu badan, kena scan qr code, tak boleh berlamaan seperti dahulu... balik kampung merentas daerah pun tak boleh. Now the SOP being tighten tak boleh dine-in in restaurant...hmm...  Now you have money but even KL you cannot go. Penat. Fronliners lagi penat. Gigih aku apply kerja balik sebab lama sangat terkurung. Semalam Tok Pa dah jelaskan gomen tak boleh buat penyelesaian once and for all atas faktor ekonomi, maka kita kena hadaplah SOP ketat-longgar-ketat-longgar macam pakai kain pelikat ni.


Bila Fikiran Tak Kena Perintah Kawalan Pergerakan...

Sesiapa yang rajin baca blog aku ni fahamlah kan kekerapan aku berjalan-jalan menikmati alam di zaman dahulu (2019 dan sebelumnya). I hope you get something from here that help you plan your trips.

Aku masih istiqamah menambah info tempat yang telah terpaksa dikorbankan akibat pandemik Covid-19 ini. Selain itu aku juga mencari hotel untuk Staycation KL. Lebih setahun tak pergi KL, apalah yang dah berubah ya? Nak sangat bawa anak-anak bercuti walaupun cuti sekolah mereka dua tahun ini terlalu lama. Selalu mereka ulang keseronokan menginap di Sofitel dulu. 

Sementara ni aku mark aje lah memana hotel yang menawarkan suasana dan harga terbaik. Rasanya dua bulan lepas ramai share gambar staycation KL tapi masalahnya kami tak boleh rentas negeri. Rasa macam duduk oversea pula.

Kami sekeluarga dengan mak abah serta adik-beradik sebenarnya dah tempah bilik di Cameron Highland untuk cuti sekolah pertengahan tahun ni tapi ditangguhkan ke Ogos/September nanti. Itupun kalau masalah covid ni pulihlah. Oleh kerana stay di CH satu malam je aku cadang nak lajak ke Pangkor Laut Resort. Tengok tengok je lah dulu room rates, manalah tahu ada special offer dapatlah merasa tidur di five star resort.

pangkorlautresort.com

Sekiranya Majlis Keselamatan Negara hanya benarkan pergerakan dalam negeri aku rasa nak bawa bebudak ni ke Grand Lexis Port Dickson sajalah. Yang penting aku dan mereka kena keluar dari rumah barang seketika, for our mental health hahahah... penat ooiii jadi cikgu Pdpr ni semua subjek kena ajar 😂. 

lexis.my

Percutian Untuk 'Menyambung Nyawa'

Sebenarnya kan tanpa kita menyedari, tempahan hotel atau resort itu membantu 'menghidupkan' ramai orang. Ia ada kesan berangkai.

Tempahan bilik yang banyak memerlukan ramai pekerja untuk memastikan ia sentiasa kemas dan bersih. Sarapan pagi kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang chef dan beberapa pembantu. Mesti ada tukang cuci, penyambut tetamu yang ramah, tukang angkat beg, perlu juga penyelenggara elektrik dan pengurus untuk memastikan semuanya sempurna.... Malah jika kita menggunakan pesawat kena ada pemandu untuk menghantar ke resort. Tu belum kira lagi perbelanjaan di luar hotel, makan minum beli jajan cenderahati bagai.

Sewaan bilik membantu si bapa untuk menyediakan makanan untuk tanggungangnya. Tips yang kita hulurkan dapat mengurangkan beban pengurangan gaji akibat kemelesetan ekonomi.

Marilah kita bergembira sambil 'menyambung nyawa'.


Book now, travel later.





 




Post a Comment

0 Comments