Negeri Sembilan | Seremban Street Art



Seremban Street Art | Seremban yang menjadi ibu negeri Negeri Sembilan tidak gah seperti Melaka, yang banyak tinggalan sejarahnya berada di pusat bandar. Tinggalan sejarah negeri ini tersebar di Seri Menanti, Bukit Putus, Tampin, Lukut dan lain-lain tempat.


Tarikan pelancongan Negeri Sembilan lebih berbentuk alami seperi hutan lipur dan air terjun juga gunung-ganang untuk aktiviti memanjat (hiking). Selain itu ada dua extreme park berdekatan iaitu ATV Kg Jikin Extreme Park dan Sendayan X Park. Masjid Sri Sendayan yang diwakafkan oleh Tan Sri Rashid Hussein yang indah itupun di Seremban juga, cuma bukan di tengah bandar.

Namun begitu para pelancong yang akan ke selatan tanahair sering dibawa singgah makan makanan tradisional Negeri Sembilan yang sangat enak berlemak santan di beberapa restoran terkenal atau mencuba pelbagai jenis juadah lain di pasar malam yang dipanggil Benteng, di Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Hiasan Mural Di Seremban
Untuk menyambut tetamu sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, beberapa lokasi tengah bandar Seremban diperindahkan dengan mural. Salah satu tempat yang aku sempat singgah ialah sebuah lorong di hadapan kedai Eco. 

Cantik-cantik juga mural yang terbaru ini dengan warna terang, mudah menangkap pandangan dan menggambarkan kepelbagaian budaya. Malah kawasan longkang juga diperbaiki supaya mudah untuk pengunjung bergambar. Tidaklah seperti mural yang dahulu, ada yang jalan raya lebih tinggi daripada kawasan mural, yang engkau nak bergambar pun tak boleh. Masa tu terus otak den membawang, siapolah punyo kojo buek setongah masak ni? 😔

Tahniah Majlis Perbandaran Seremban diatas usaha yang baik ini!

Diharap tiadalah berlaku vandalisma di tempat yang telah diperindah ini. Bersamalah kita menjaga kebersihan sekitarnya juga ya. Ini negara kita. Di tanah ini tempat kita mencari rezeki.





Sheikh Muzaffar pun ada haa...


**Nak parkir kenderaan di Seremban kena guna parking apps (weekend free). Ko jangan memain, penguatkuasa @MPSNS kemain efisien menyaman orang.






Post a Comment

1 Comments

  1. salam perkenalan sahabat , semoga baik2 belaka , saya new bie di alam blogger ni , done follow , follow me back ya.....=) https://bondayana393.blogspot.com/

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.