Matic Fest kembali selepas 5 tahun!



Image result for matic fest 2019 poster

Aduhh... lupa pula nak promote Matic Fest 2019 ni (kerja free memang selalu lupa.. kah!).

Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) melalui Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Matic Fest 2019 dijadualkan berlangsung mulai 1 hingga 3 November 2019 ini. Semalam dah start, wak.

Menurut Pengarah Matic Encik Rudy Irwan Shukaime, Matic Fest 2019 ada sedikit kelainan berbanding program pada 2014 dahulu. Kali ini pelbagai aktiviti disediakan bagi mempromosikan kebudayaan serta produk pelancongan negara selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020) dan usaha untuk mempromosi Matic sebagai pusat sehenti yang menyediakan kemudahan pelancongan daripada segi perkhidmatan serta kemudahan. Jadi program tiga hari ini bukan sahaja diidi engan hiburan tetapi juga pengalaman unik yang selaras dengan pendekatan "Experience Tourism".

Kira-kira 40 tapak reruai juga disediakan yang menawarkan pelbagai produk seni, kraf dan warisan serta hidangan masyarakat tempatan mengikut negeri seperti nasi kerabu, nasi dagang, char koey teow, rojak, asam pedas dan sebagainya.

Antara aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung ialah:
1. Pertandingan gusti lengan, panah tempur, gasing pangkah, Hot Wheels
2. Demonstrasi mencanting batik dan kraf
3. Demonstrasi masakan
4. Persembahan mempertahankan diri
5. Persembahan muzik tradisional dan kebudayaan seperti wayang kulit, dikir barat, caklempong, guzheng. 
6. Persembahan dari Pretty Ugly, The Rudean, Dewangga Sakti, Banyak Bunyik Republik, Suehaila dan ramai lagi.

Jualan makanan pun ada...seperti pelbagai jenis asam pedas, laksa, bihun sup utara, kuih-muih tradisional dan makanan tradisi dari Sabah dan Sarawak.

Majlis perasmian Matic Fest akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Seni & Budaya, YB Datuk Mohammadin Ketapi jam 2.30 petang ini.

Masuk adalah PERCUMA.


Persembahan tarian sempena pelancaran Matic Fest 2019 minggu lalu.







En Rudi Irwan, Pengarah Matic duduk di tengah.

**Untuk makluman, persembahan kebudayaan dilansungkan pada hari Isnin hingga Sabtu jam 3-4 petang di Auditorium Mini MATIC .

Di manakah Matic?
Berdekatan dengan Hotel Renaissance dan Hotel Maya, kiranya opposite lah.

Bagaimana untuk ke Matic menggunakan pengangkutan awam?
LRT - turun di Stesen Dang Wangi atau KLCC.
Monorel - turun di Stesen Bukit Nanas. Yang ni lebih dekat.


Malaysia Tourism Centre (MATIC)
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

03 9235 4848 / 4900 / 4800
03 2162 1149
infomatic@matic.gov.my





Post a Comment

0 Comments