Lee Jun Yan rebut anugerah EMAS IJM Land Designer Awards 2019 | Semalam adalah hari bertuah bagi seorang pereka muda apabila berjaya memenangi pertandingan rekaan dalaman yang dianjurkan oleh IJM Land Berhad.
Setelah bersaing selama lima bulan, Lee Jun Yan dan Boon Zi Yang telah disenarai pendek oleh panel hakim untuk merealisasikan konsep, idea dan rancangan yang bertemakan Keluarga Moden dan Ruang di Kalista 2 Executive Apartment, Seremban 2. Hanya enam minggu masa yang diperuntukkan bagi memastikan konsep mereka sempurna dari setiap sudut di unit apartment yang kosong yang disediakan.
Daripada 116 penyertaan, 30 peserta telah dipilih ke peringkat seterusnya dan akhirnya dua orang pereka muda ini berjaya ke peringkat akhir. Menurut ketua hakim iLDA 2019 Fandarie Su, walaupun beliau seorang yang sangat berpengalaman dalam pertandingan sebegini, menghakimi rekaan dalam keadaan sebenar adalah lebih sukar daripada yang diterjemahkan di atas kertas. Kriteria yang digunakan bagi penilaian unit (on site) adalah seperti berikut:
Konsep Reka Bentuk 40%
Inovasi Reka Bentuk 30%
Pengurusan Ruang 30%
Lee Jun Yan telah memenangi Public's Choice Award, Media's Choice Award dan GOLD Award. Menang besar dengan hadiah wang tunai RM20,000 !!
Pertandingan ini telah mendapat tajaan daripada Kubiq & Signature Kitchen, TA Studio & Da Vinci Malaysia, LM Home, Inovar Malaysia dan Lampu & Hiasan Seng Hup. Kos tajaan adalah sebanyak RM120,000 bagi setiap unit.
Melalui inisiatif kali keempat ini, IJM Land mahu pereka dalaman muda mengembangkan wawasan mereka dan mendorong komuniti reka bentuk dalaman untuk mencapai piawaian yang lebih tinggi.
Pemenang utama pertandingan rekaan dalaman IJM Land Designer Awards 2019, Mr Lee Jun Yan, diapit oleh Dato' Hoo Kim See dan ketua hakim Ms Fandarie Su.
Pemenang utama dan kedua diapit oleh Dato' Hoo Kim See dan barisan hakim.
My comment as a layman
As some of you might already know, aku berminat dengan property. Paling tidak aku berangan mengenainya so visiting a show house is some kind of therapy jugalah.
Ini pendapat aku ye...
Rekaan dalaman Lee Jun Yan lebih praktikal, tidak terasa kemewahannya. Menurut beliau tumpuan lebih diberikan untuk mencipta feature wall. Lee hanya menggunakan cat untuk menghias dinding.
Oleh kerana pertandingan ini menfokuskan kepada keluarga muda dan kecil, aku rasa hiasan bilik tidur anak juga menyumbang kepada kemenangannya. Orang baru ada anak seorang dua memang excited lebih, nak ada tema begini nak hias begitu. Lainlah aku yang ada ramai anak ni fikir macam mana nak muatkan bebudak ni dalam bilik je hahahah....
Dalam bilik tidur utama ada cermin besar yang penting ooiii... nak ejas mekap tudung segala.
Paling aku suka living room nampak luas dengan warna cerah dan hiasan dinding di meja makan. Hiasan yang tidak heavy tapi menarik. Dapur pun terasa lapang dan kemas. Tiles bilik air bercorak dengan warna asas putih.
Kemudian kami ke apartment rekaan Boon Zi Yang.
Masuk je.... wow... terasa kemewahan dan very relaxing. Beliau banyak menggunakan warna emas dan biru/hijau gelap dengan lampu kuning. Macam resort lima bintang pun ada juga. Kalau hang jenis kerja banyak guna otak bila balik rumah dengan hiasan begini pergh... hilang masalah sampai pagi esok.
Bilik utama gabungan warna gelap dan pink jadi ia tak membosankan. Memang terasalah luxury nya tu dengan katil tinggi bertilam tebal.
Satu bilik di khaskan sebagai bilik kerja (duh... balik rumah pun nak kena sambung kerja opis). Cuma aku kurang berkenan satu ruang di belakang sofa yang dipasang tabir. Aku suka rumah yang nampak luas.
Boon membina selapis lagi siling dan ditampal warna emas di tepinya. Design Boon lebih rumit untuk direalisasikan berbanding Lee, yang lebih praktikal untuk sebuah keluarga kecil. Aku rasa kalau duduk rumah Boon ni nak makan order kat food Panda je lah 😄... sayang dapur hahah...
Anyway, both of them are talented. Congratulation!
Anyway, both of them are talented. Congratulation!
***
Sewaktu press conference emcee tanya, ada soalan tak?
Ada sebenarnya tapi segan nak tanya. Soalan saya... pembeli unit tersebut dapat semua lekapan dan lengkapan tu secara percuma ke? hahaha... tu je nak tanya (acah nak beli 😄) sebab aku dah buat q&a session dengan interior designer sewaktu site visit.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.