Kuala Lumpur | New street art at Kwai Chai Hong



New street art at Kwai Chai Hong | Di Kuala Lumpur ada beberapa bangunan lama yang berusia ratusan tahun. Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan beberapa lagi menjadi destinasi wajib pelancong asing terutamanya dari barat. Namun adakah itu sahaja yang kita miliki?


Kuala Lumpur banyak menyimpan sejarah. Lebih seratus tahun dahulu ramai orang China datang ke tanah bertuah ini untuk menjadi pelombong bijih timah. Mereka berhijrah ke bumi bertuah ini kerana waktu itu mereka dilanda kemiskinan dan masalah kecanduan di negara asal. Datangnya mereka membawa sekali agama dan budaya. Populasi ketika itu didominasi lelaki dari puak Kantonis dan Hakka, anak isteri ditinggalkan di kampung halaman. Tinggi cabaran yang mereka hadapi ketika memulakan kehidupan di negara asing, dengan tak berduitnya...ditindas.. diperas.. gangguan penyakit... sakit kerana tak cukup zat dan sebagainya. Life was tough back then.

Kalau kita lihat gambar lama dan membaca cerita mengenai Kuala Lumpur dahulu kala sudah pasti kita dapat membayangkan bagaimana keadaannya. Selain daripada itu filem lama juga banyak membantu kita mendalami suasana ketika itu. Untuk lawatan berjalan kaki secara berpandu boleh ikuti Kuala Lumpur Free Heritage, Culture and Nature Guided Walk.


Bangunan sebelum perang dunia di China town
Siapa yang tak tahu Jalan Petaling (Petaling Street) yang terkenal sebagai tempat untuk membeli barangan tiruan dengan harga Yahudi. Situlah tumpuan pelancong selain Pasar Seni membawa ke Straits Trading Building, Masjid Jamek dan sekitarnya. Ramai yang hanya makan dan berbelanja di sana sedangkan di satu lorong ada seni jalanan yang menarik.

Selepas hampir seratus tahun berlalu, sedikit demi sedikit bangunan sejarah semakin terpinggir malah ada yang hilang. Di China town KL, Lorong Panggung telah ditransformasikan menjadi sebuah hasil seni agar sejarahnya tidak hilang ditelan zaman. Kwai Chai Hong, lokasinya bebetul di belakang Four Points by Sheraton yang belum siap lagi tu.



Mungkin ada yang nak tahu mengapa diberikan nama Lorong/Jalan Panggung? kerana... dahulunya jalan ini membawa ke panggung wayang.

Usaha lima pelabur mengkaji sejarah tempat ini, membeli bangunan lama dan memajukannya harus dipuji. Dengan bajet persendirian sebesar RM1.6 juta, ini bukan sikit punya pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga. Bangunan di Lorong Panggung ini telah wujud sejak 1884 dan 1906 lagi iaitu sebelum perang dunia pertama. Sebelum 1884 semua bangunan di sini diperbuat daripada kayu dan dijadikan kawasan penempatan manusia. Jika diperhatikan kedai-kedai di sini tiada kaki lima. Ada empat kedai yang menghadap belakang kedai lain.

Pekan Cina ini dahulunya dipanggil Chee Chong Kai kerana di sini ada kilang ubi kayu. Para petani dan pemborong akan membawa ubi ke sini untuk diproses dijadikan tepung. Peneroka dari Cina yang datang ke Nam Yong (Malaya) akan memilih tempat yang ramai kaum sebangsa mereka jadi berkumpullah mereka di Chee Chong Kai ini.


Kwai Chai Hong tapi tiada hantu
Bagaimana pula boleh dapat nama Kwai Chai Hong ni? Kwai kan bermaksud hantu?

Takde hantu pun... biasalah orang mulut tua tua dedulu yang jaga bebudak kecil yang nakal...

Jahat macam hantu!
Anak hantu!
Eh kau pergilah situ.. ada hantu!

hahahaa... ni zaman sekehlogi.


Untuk memasuki lorong belakang ini kita akan melalui satu pintu gerbang dan jambatan kayu. Sengaja dibina arch so that people will notice it. Menarik juga sebab ada pokok buluh dan tanglung di situ, ada lah feel masuk chinatown. Tiles yang dipasang pada pintu gerbang itu pun diambil dari bangunan lama yang runtuh.


Owh.. sebenarnya bila kita masuk dari Jalan Panggung sudah ada satu mural besar hasil kerja seorang artis Rusia. Nampak sama seperti yang di Pulau Pinang atau Ipoh tu. Di jambatan Kwai Chai Hong tu ada gambar pasangan yang sedang dating. Jika nak tahu apa yang diperbualkan sila scan QR code di sebelahnya. Gaya bahasanya macam di tahun 60an sangat.


Model @fredofs

Di situ juga ada satu tiang lampu yang lebih seratus tahun usianya. Tiangnya diperbuat daripada cast iron cuma bahagian bawah sahaja baharu supaya ia berfungsi semula. Dah tak boleh guna wiring lama tu... nak repair kosnya tinggi dan melibatkan yang lain. Bermula 1904 lampu-lampu jalan di Jalan Petaling telah ditukar dari lampu minyak tanah kepada berkuasa elektrik.

Kemudian ada gambar kanak-kanak bermain guli. Selepasnya lukisan seorang tukang tulis surat. Pada zaman itu tukang tulis surat ialah seorang yang berpelajaran kerana dia boleh menulis dan membaca berbanding dengan ramai lagi yang buta huruf. Servisnya sangat diperlukan untuk menghantar berita ke tanah air di China. Bahasa yang digunakan sangat halus sama seperti kita dahulu yang menghantar surat berkanda dinda 😁. Bila sampai ke penerima, mereka juga memerlukan khidmat orang lain untuk membacanya. Beruntunglah jika si pembaca tu jujur tapi kalau sebaliknya, nasiblah.

Jika dalam surat dari Malaya tu berbunyi, "saya sunyi di sini dan akan berkahwin lain"
tapi si pembaca berasa simpati dan menyampaikan, "saya tahu awak sunyi di sana tapi berharap tunggu kepulangan saya" hahahaa... mereputlah kau.





Kedatangan ramai lelaki dari negara asing ini telah membuka satu jenis 'pekerjaan' lain. Pelacuran menjadi lumrah ketika itu malah sekarang pun masih wujud di China town dan di kawasan lain juga. Ini digambarkan dengan wanita yang sedang melambai memanggil pelanggan dengan sapu tangan. 

Aku rasa tempat ini menarik untuk selfie dan makan-makan kerana ada restoran hispter di situ. Jika rajin berjalan sebenarnya ada lagi mural di jalan menghala ke monorel dan di tebing sungai berhadapan LRT Pasar Seni.

Kwai Chai Hong, another interesting place in Kuala Lumpur which is #dekatje . Jika anda dari Chow Kit atau Bukit Bintang, anda juga boleh menggunakan monorel dan turun di Stesen Maharajalela.

























Post a Comment

0 Comments