UPDATE: Tiket November dah habis 😭
Tambang separuh harga ke Padang Besar dengan KTMB ETS2 Business Class | Mungkin ada yang masih belum tahu bahawa bersempena pelancaran rasmi koc kelas bisnes ETS2, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menawarkan harga hebat untuk perjalanan 11 Oktober hingga 30 November ini.
Kos kelas perniagaan ini adalah untuk perjalanan ke dua destinasi iaitu:
KL Sentral ke Ipoh RM50
KL Sentral ke Padang Besar RM112
*Tiket perlu dibeli awal dan harga ini termasuk makanan
Yang lebih bagusnya, kanak-kanak berusia 4-12 tahun, warga emas, pesara kerajaan dan isteri serta golongan OKU mendapat 50% diskaun daripada harga promosi. Kanak-kanak 1-3 tahun yang tak ambil seat, PERCUMA (dah free tu kenalah pangku). Dahlah harga promosi dapat diskaun lagi, untunglah... kena cari boipren pesara kerajaanlah nampaknya.
Hanya satu koc dikhaskan untuk Kelas Bisnes (Koc A) daripada enam koc. Koc ke Padang Besar ini hanya DUA kali sehari, 8.30 pagi dan 9.26 malam dan akan berhenti di 12 stesen terpilih. Jadualnya ketibaannnya seperti di bawah:
Kelebihan koc Kelas Bisnes ETS2:
1. WiFi percuma
2. Ada pramugara/i melayan hang
3. Ruang duduk yang selesa dengan kerusi yang boleh dicondongkan 45 darjah
4. Lampu untuk membaca
5. Kit keselesaan
6. 12 single seat/24 couple seat
7. AVOD _ Audio Video on Board entertainment di tempat duduk memasing.
8. USB port
Cara membeli tiket:
1. Kaunter tiket KTMB - tunai, kad debit/kredit di stensen terpilih
2. Website KTMB
3. Applikasi mobile - KTMB Mobticket
Kalau sudah terbeli tiket ETS boleh ditukarkan kepada tiket kelas perniagaan dengan syarat tertentu. Sila berhubung dengan KTMB.
Jeng jeng jeng...!!! Ke Hatyai ke kita? 😎 Isnin 28 Oktober cuti ganti Deepavali 😈
2 Comments
Thanks for the article, its really very useful.
ReplyDeleteunderbust corset
This is veryhelpful
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.